Prolog

538 22 4
                                    

"Sayang, passport mana?".

Aku sedang berdiri dan bersiap di hadapan cermin, bila dia tiba-tiba melangkah masuk ke bilik.

"Ada dalam handbag". Aku mengisyaratkan pandangan ke meja sisi di tepi katil, tempat beg tangan aku elok terletak.

"Wanginya!".
Dia menapak perlahan mendekati, dan berdiri betul-betul di belakang aku.
Kedua belah tangan dilingkarkan ke pinggang; pelukan penuh rindu.

"Sayang..." aku cuba bergerak, tetapi seketika itu satu kucupan lembut singgah di pipi.

Sekali.
Dua kali.
Tiga kali...

Dan kemudian kucupan itu mulai perlahan-lahan turun ke leher...

Sekali.
Dua kali.
Tiga kali...

"Sayang... i nak bersiap ni..."

Dia tersengih nakal. Rangkulan erat di pinggang dilepaskan.

Memang selalu dia begitu... sengaja menerbit rasa sensual kerana dia tahu aku pasti akan cuba menolak.

Sex is off the table.
Dari dulu lagi kami sudah berjanji tentang hal yang satu ini.

Hubungan begini memang bukan yang sempurna. Tapi sudah setahun kami bersama. Aku sendiri tak tahu apa akan jadi pada hubungan ini setahun ke depan.

Aku mahu hubungan yang konkrit, jelas matlamat dan menyokong aku.
Persoalannya, adakah dia mahu?

*****

Aku keluar dari bilik sambil senyum menyengih.

Plan asal masuk bilik sebab nak ambil passport untuk isi whitecard... sekali melarat sampai bercium-ciuman pulak!

Aku memang tak boleh tahan kalau dia wangi-wangi macam tu...

Tapi, wajarlah dia tolak!

Sex is completely off the table.
Kami pernah berbincang akan hal yang satu ini.

Dah setahun berlalu. Aku masih melayan long distance relationship ni. Aku sendiri tak tahu apa akan jadi pada hubungan ini setahun akan datang.

Aku mahu settle down, tinggal bersama, dan membina masa depan.
Persoalannya, adakah dia mahu?

AdiWhere stories live. Discover now