Bab 1 : Temasik Moden

380 17 2
                                        




"Gilaaaaaa! Dekat sejam woi!"
Amy menggeleng-gelengkan kepala tanda tak percaya.
Kereta yang berada dalam barisan mula bergerak dua meter ke depan, kemudian berhenti lagi.

"Ada bawak vape atau gula-gula getah?"
Aku dan Amy serentak menggeleng. Gila apa aku dengan Amy hisap vape?!

"Ikan masin?". Adi ketawa. Saja menyakat.

Benda larangan macam ni yang kadang buat kita - pelancong dari Malaysia biasanya - terpaksa menjawab sekejap kat kaunter kastam... Nasib tak baik, kena denda.

Kereta diarah menuju barisan kaunter. Immigration & Checkpoints Authority (ICA).

Welcome to Singapore.

*****

Mummy dah, Transformer dah, baru tadi habis ride Human, sekarang tengah beratur nak naik Cylon.

"Korang okay tak?" Adi bertanya pada aku dan Amy.
Amy sengih lebar, masih okay dan sedang bergembira nampaknya. Memang adrenaline junkie!

Aku angguk perlahan. Gemuruh tadi masih tak hilang.

Tu la... nak sangat naik roller coaster kan...

"Lepas ni kita keluar, makan kat bawah".
Idea dari Adi sememangnya dipersetujui. Disebabkan dia selalu datang (annual pass, memang lah!) jadi aku dan Amy mengikut sahaja.

*****

"Sayang, kenapa ramai orang beratur tu?".
Memang panjang barisan tu. Beratur dari depan kedai sampai ke arah monorail.

"Beli mask". Adi menoleh ke arah yang sama.

"Last month masa attend conference, diorang cakap pasal penyakit misteri kat China", sambung dia.

Kalau bab menjaga kesihatan, rakyat Singapura ni memang laju. Mungkin sesetengah orang sebut 'kiasu' tapi bagi aku sifat begini memang perlu. Jika ambil mudah, makin teruk lah nanti!

"Sayang, lepas ni kita singgah Gardens by the Bay, boleh?" aku teringin nak tengok keindahan lampu dan pencahayaan waktu malam.

"Kalau nak pergi, baik sekarang. Mungkin masih sempat naik Skyway". Adi bagi idea. Pemandu pelancong aku ni memang superb!

*****

8 dollar per person. Dia bayarkan untuk aku dan Amy sekali.
Amy memang teruja gila nak merasa berjalan atas Skyway.

Dari atas ni memang jelas nampak Singapore Flyer. Cantik betul!

"Sayang... Bulan depan free tak?" Adi merangkul bahu aku.

Bulan depan?

"Tak ada banyak event... agak free... kenapa?"

"Tengok Kinabalu, jom!".

Aku pandang muka Adi. Serius lah?

"I nak luangkan masa dengan you. Kita tak tahu sampai bila kita boleh ada masa berdua macam ni..."

AdiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang