Hi!
Aku sangat ingin berterima kasih kepada korang yang tak pernah jemu dalam memberi sokongan serta semangat untuk aku menulis dan menghabiskan kisah ini - dari zaman HANI sampai harini, di chapter ke 30 Adi.
Sama seperti HANI, keinginan aku cuma satu - mahu menamatkan kisah ini sebaik dan secepat mungkin.
Namun begitu, berbanding HANI, sesungguhnya ADI adalah hasil garapan imaginasi perkembangan emosi (dan spiritual), yang dipacu oleh kematangan fikiran serta perjalanan masa.
Aku benar-benar ingin mohon maaf andai ADI tidak seperti apa yang korang mahu serta bayangkan - sambungan kisah romantis Adi-Hani.
Sesungguhnya, terlalu banyak pasangan yang melalui perkara sebegini di alam realiti. Dan kisah ini secebis contoh picisan kisah cinta terpencil.
Aku sendiri tidak tahu apa akan terjadi pada Hani.
Adakah dia akan memilih Ben dan melupakan Adi atau memilih Adi dan terus mengharung kehidupan menentang arus?
Atau juga Hani memilih untuk putuskan semua hubungan dan memilih untuk kembali single? Ohhhh.... *gelak sendiri*
Doakan aku untuk gigih menamatkan kisah ini, ya!
Sekali lagi, terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!
"Embrace who you are. Literally. Hug yourself. Accept who you are" - Ellen DeGeneres.
-Adimosby
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...