Bab 20 : Jusco Tebrau

156 16 6
                                    

"Hi! Morning!" senyuman paling manis Ben berikan, sayangnya tak nampak dek facemask yang menutupi separuh wajah.

"Morning, Ben" aku senyum membalas. Sejak kes aku tolong Ben pasal hal rumah sewa bulan lepas, makin kerap Ben datang singgah dan menyapa.

"Meeting pagi ni?" aku tanya lembut, cuba memulakan perbualan.

"Yeah. Dengar cerita tak lama lagi lockdown balik" riak wajah Ben bertukar gusar. "Takut projek kena hold je" sambung Ben.

Sejak awal tahun makin teruk kes positif harian negara. Tidak seperti hujung tahun lepas, Cuti Perayaan Hari Natal masih meriah dengan kebebasan merentas negeri. Sekarang, rumours tentang lockdown kedua bersepah-sepah dalam media sosial. (#takpastijangankongsi)

"Hani, malam esok free?" Ben dah berdiri depan meja. Aku diam sebentar, cuba berfikir dan mengambil masa sebelum menjawab.

"Free. Kenapa?"

"Nak ajak join budak-budak office buat bakar-bakar malam esok. Farewell Zairul..." wajah Ben nampak benar berharap.

*****

"I dah janji takkan buat perangai merepek kan..." gelak kecil dari Adi kedengaran.

Aku juga tersenyum. Adi bersungguh cuba make up hal dia merajuk-tak-rasional tempoh hari.

Aku bagitahu dia tentang pelawaan Ben semalam, dan aku sedang bersiap sementara menunggu Ben menjemput aku.

"I sayang you" aku tekankan perkataan sayang, agar dia jelas faham perasaan aku ini tak pernah berubah, apatah lagi terdetik untuk bermain cinta dengan orang lain.

"I sayang you jugak..." walau hanya suara, aku tahu Adi sedang sengih senang.

*****

"Hani, thanks sudi join kitorang" ujar Ben apabila kereta yang dipandu dia tiba di halaman rumah. Dia menghantar aku pulang usai selesai majlis.

"Hani, boleh Ben tanya soalan tak? Tapi... sedikit peribadi" aku yang hampir nak ucap 'terima kasih selamat jalan' tak jadi nak buka pintu kereta.

"Apa tu?" suspen pulak rasanya.

"Hani... single?" lembut Ben bertanya.

Apa aku nak jawab?
Nak jawab jujur, atau kalis?

Tapi Ben nampaknya bersungguh nak mengenali aku..

Aku senyum segaris lalu menggeleng perlahan.

Sorry, Ben!

Long distance relationship antara aku dan Adi mungkin banyak ujian dan halangan tapi aku bukan jenis main kayu tiga.

*****

"Tapi Ben tu nampak macam gigih je nak tackle kau..." Amy buat muka serius.

Aku sedang berkongsi cerita dengan Amy tentang Ben. Sejak kebelakangan ini Ben kerap text aku. Tapi Ben bukan jenis lelaki mengayat soalan cliche. Tak pernah ada soalan "dah makan?", "tengah buat apa?", "rindu I tak?". Nope. Tak ada.

Text dari Ben lebih kepada keselamatan dan kebajikan aku.

+ Jammed dari arah rumah you ke office pagi ni. Better ikut EDL terus ke office.

+ Petang ni hujan. Prepare payung.

+ 36degree. Keep hydrated!

Itu antara koleksi text dari Ben yang membuat aku kadang rasa senang dengan perlakuan dia.

"Hani ada borak hal Ben ni dengan Adi?" suara Amy masih dalam mod serius.

Aku geleng perlahan.

Aku tak mahu Adi salah faham.
Walaupun Adi dah berjanji yang dia akan lebih rasional, aku sangsi untuk bercerita hal begini dengan Adi.

Aku sayang Adi.
Tapi dia jauh.
Ben, cuma sekadar kawan.

Dan Ben ada diwaktu aku memerlukan.
Tapi Ben cuma sekadar kawan.

*****

"Hani, dah beli barang dapur?" Ben datang mendekat ke workspace aku.

"Huh? Belum. Biasa awal bulan" dahi aku berkerut mendengar soalan Ben.

Apahal Ben tiba-tiba tanya pasal groceries shopping pulak ni?

"Better pergi beli. Akan ada pengumuman dari kerajaan pasal lockdown lagi dalam masa terdekat" Ben pandang aku, seolah tak percaya mendengar aku belum shopping barang dapur.

+ Amy, ada plan nak beli barang dapur?

Aku hantar text pada Amy dengan harapan petang karang dia ikut aku pergi mall.

+ Tak. Harini busy. Nak teman ke?

Reply dari Amy membuat aku mengeluh kecil.
Alamak... Amy taknak teman la pulak.

"Kalau nak pergi, boleh join I. Petang karang I nak singgah Jusco Tebrau" Ben mempelawa lembut.

+ Takpe, Hani pergi sendiri.
Reply ringkas pada Amy.

"Ok Ben, petang nanti kita pergi sekali".


Ben sekadar kawan, yang sering ada di masa aku memerlukan.

AdiWhere stories live. Discover now