Bab 9 : Ipo Mali Talak Sombong

207 16 2
                                    

Popiah basah dengan taburan telur hancur dihidang di depan kami. Satu pinggan untuk Amy manakala sepinggan lagi aku kongsi bersama Adi.

"Makan wey... Lejen ni!" Amy mempelawa sambil tangannya siap membawa sepotong ke mulut. Adi yang duduk disebelah turut sama menikmati menu popular tersebut.

Hari ini kami bertiga ambil cuti dan penuhi permintaan Adi untuk ikut short trip ke Ipoh. Kalau ikutkan hati, aku mahu ke Pulau Pinang... tapi kes positif di utara yang semakin meningkat menyebabkan kami memilih pekan lama yang hipster ini sebagai lokasi pilihan.

"Amy, dari sini ke Lumut berapa jauh?" sambil mengunyah, aku lontarkan soalan kepada pemandu pelancong tak bertauliah kami.

"Dalam sejam... Apasal?" Amy menjawab, namun matanya tetap menatap potongan popiah yang dah tinggal separuh pinggan.

"You nak pergi Lumut ke?" Adi menoleh dan bertanya lembut. Aku diam sambil berfikir sejenak. Sejam perjalanan boleh tahan jauh jugak...

"Jom lah... boleh cari ikan bilis untuk mak" Adi senyum lembut.
Haila.. ini lah antara sebab aku boleh jatuh sayang kat dia ni... Pandai ambil hati...

"Kemain senyum sampai telinga..." suara Amy aku biarkan berlalu bak kelopak sakura di tiup angin.


"UTP kat sebelah kanan tu..." Amy memperlahankan kenderaan untuk memberi kami sedikit masa melihat arah yang sama. Suara dia kedengaran bangga. Her alma mater, kot?
"Dulu kau selalu turun Ipoh la Amy?" tanya Adi yang berada di sebelah aku.
"Apa barang Ipoh... Aku gi Penang beb..." gelak menganjing Amy memang macam mintak penampar.

"Ha.. sebelah kiri ni...." suara Amy tiba-tiba naik oktaf. Excited semacam. Aku dan Adi menjenguk ke luar tingkap. Bangunan dengan warna ungu gelap itu memang menjadi identiti...

Tiba-tiba Amy mula menyanyi..

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya...

Ceh! Ingatkan budak UTP...

*****

Adi ajak makan laksa telur sarang di Kuala Kangsar, sambil dia mahu melawat Masjid Ubudiah - masjid berkubu emas lambang keindahan senibina Islam.

"Kalau kita tak ikut Terowong Menora tak boleh ke?".

"You betul-betul takut ke?". Kedengaran ikhlas pertanyaan yang muncul dari mulut Adi. Aku hanya angguk kecil, namun bersungguh. Aku memang trauma dengan terowong yang satu ni.

Seketika itu juga tangan aku digenggam erat, tanda ada yang memberi sokongan. Kalau korang ingat Adi yang genggam, korang salah. Amy sebenarnya yang genggam tangan aku.

"Aku paham. Takpe, biar aku drive. Kau dengan Adi duduk belakang!" Amy selamba memberi arahan.

Kereta dipandu menghala Chemor.

"Alang-alang dah lalu jalan lama, kita singgah Jambatan Victoria dulu boleh?". Adi dan perangai suka explore berpisah tiada.

*****

Bilis mata biru, mata tak biru, jenis siap kopek, yang belum kopek, saiz sedang, saiz halus, bilis tamban, ikan kering, udang kering, sotong kering, dan terakhir makanan ringan. Semua itu hasil rambang mata di Jeti Lumut kelmarin. Banyak rupanya produk hasil laut Pangkor!

Dan semalam, dari Kuala Kangsar pula, dua biji labu sayong dengan ukiran tradisional sudah terletak elok di dalam bonet kereta.

"Okay, aku uruskan check out sekejap lepas tu jom pekena Nasi Ganja!" Amy meletakkan beg terakhir dalam bonet dan terus ke kaunter.


"Sayang, dari KL ke sini dekat dua jam setengah, ke Lumut sejam, ke Penang sejam setengah..." keluhan aku ternyata menarik perhatian dia.

"Sayang... kalau I stay Johor, ada kemungkinan I jadi redundant... then I mungkin kena retrench.. Now ada opportunity jaga northern, I should grab this opportunity". Panjang lebar penjelasan dia.

Aku tahu short trip kali ini bukan sekadar makan dan eksplorasi... dua minggu lepas dia sampaikan berita kena pindah ke HQ. Dan kemudian, dia bagitahu yang business travel kini lebih tertumpu ke arah utara. Lumut dan Seberang Perai bakal menjadi 'tempat berak kencing'.

"I know you will support my decision. I know you will understand". Mata dia menatap terus ke dalam mata aku.

"And I thanked god for that". Ayat terakhir dia membuat aku tidak berdaya mahu meneruskan perbualan. Penang - JB bukan dekat....

"Okay! Jom pekena Nasi Ganja!" Amy mengambil tempat duduk di belakang.

"Vanggey! Vanggey! Vanggey!" Adi pula menyahut, memadam aura sedih yang memenuhi ruang antara aku dan dia sebentar tadi.

Hujung minggu hadapan, kehidupan aku bakal berubah. Adi akan berpindah ke KL, meninggalkan aku di Johor.





Sayang... sakit tak perasaan merindu?

AdiWhere stories live. Discover now