Bab 23 : Tragik OZ

166 14 5
                                    

Aku rindu Adi.
Rindu. Sangat.

Tanjung Katung airnya biru,
Tempat mandi nak dara jelita,
Sama sekampung hai sedang di rindu,
Inikan lagi jauh di mata...

Menderu lagi air mata. Ingatkan tonton Bujang Lapok boleh release stress, tapi lagu ni membuat aku lagi teringat pada Adi.

Amy yang duduk di sebelah melayan aku menonton filem legend di saluran tv nasional, acap kali menoleh semata mahu memastikan aku tak menangis.

Gagal Amy, gagal! Tetap juga air mata aku berjuraian.

"Hani... dah tiga hari Hani macam ni..." Amy hulur tisu.

"Menangis takkan selesaikan masalah" sambung dia lagi.

Melihatkan aku yang masih diam, Amy merapatkan tubuh dan mengusap belakang aku dengan perlahan, cuba untuk menenangkan aku.

"Masa Amy dapat tahu Faiz ada orang lain, separuh hati Amy hancur... tapi separuh lagi masih tersisa sayang untuk dia"

"Tapi Amy belajar untuk terima. Sebab macam Amy pernah cakap... kalau pasangan kita terdetik untuk curang, takkan ada apa pun yang mampu kita buat untuk halang perasaan dia" tepukan lembut di bahu seolah Amy memberi aku satu kekuatan baru.

"Faiz tu lagi lah... jauh... merantau... masa dia nak fly balik Australia dulu pun, Amy banyak berhabis nak tolong dia... tapi, masih jugak dia pilih untuk ada orang lain".

Aku angkat muka lantas memandang Amy dengan pandangan dalam.

Menyemai kasih dengan seorang perempuan yang memilih untuk menukar jantina melalui pembedahan, ubatan serta suntikan hormon. Kemudian pegangan dan prinsip dalam beragama membuatkan diri memilih untuk kekal rasional lantas berpisah. Kemudian bertemu kembali atas dasar persahabatan, yang kemudian meleret menjadi bab hati dan perasaan. Sekali lagi bersusah payah membantu orang tercinta yang mahu bermastautin membina hidup di negeri orang.

Dan akhirnya dikhianati.

Kisah cinta Amy pastinya lebih tragis dari aku!

*****

"Nah. I dengar you tak sihat".

Satu beg plastik berisi beberapa ketul roti dengan krim coklat, tiga botol kecil minuman isotonik, sekotak Panadol Soluble, sepapan paracetamol, sekotak CoolFever, minyak angin Cap Kapak botol kecil, dan hand sanitizer saiz besar di gantung ke pagar rumah.

"Ni I baru beli. In case you rasa demam, I bawak you pergi klinik, ya?"

Ben dengan aura teman-lelaki-pilihan sedang berdiri di pintu pagar memandang aku. Dahinya sedikit berkerut. Sedang berasa risau, mungkin.

"I okay. I tak cukup rehat je sebenarnya..." aku menolak baik pelawaan Ben. Sungguhpun begitu, hati aku sedikit tersentuh dengan cara Ben yang sering melayan aku dengan baik.

Ben memang boleh jadi calon suami pilihan. Tutur kata sopan dan teratur, sering tersenyum dan menyapa lembut, bercakap yang perlu dengan nada yang menyenangkan - ini semua tanda pertuturan seorang lelaki matang.

Dari segi fizikal, Ben memang punya banyak ciri menarik. Good looking, tinggi, susuk badan atletik, berjanggut nipis tanpa jambang hipster, rambut pendek kemas (cuma sekarang dengan gaya man bun sebab barber tak buka, tapi masih mampu menarik perhatian).

Dari segi perwatakan, Ben seorang mudah diajak berborak, pendengar yang baik, mudah dibawa berbincang, punya sense of humor yang sering membuat aku ketawa senang. Dan sifat mengambil berat dia itu benar-benar membuat aku bersyukur punya teman seperti Ben.

"Hani... Ben serius ni... kalau Hani rasa tak sihat, kita gi klinik... at least buat RTK test?"

Serius benar nada Ben.

"Ben... thanks... kalau I betul tak sihat,nanti I minta Amy hantar gi klinik..."

"Terima kasih banyak-banyak hantar semua ni..." sambung aku sambil mengangkat plastik di tangan.

"Lagipun, kesian you... susah-susah je datang, hantar segala ni, offer nak hantar ke klinik lagi..." segan juga aku dengan layanan baik Ben.

Aku pandang Ben yang sedang tersenyum di sebalik facemask di sebalik pagar.

"I care sebab I sayang".

Tegak tak ada belok-belok.
Berdesup laju.
Tepat. Bullseye.

Ben luah perasaan dia pada aku yang dah jadi patung kat situ.

"Ben..."

"I tahu you dah ada steady boyfriend" Ben dah potong cakap aku.

"I just care for you. I ikhlas ni. Jangan rasa terhutang budi atau apa-apa" tenang Ben lafazkan apa yang dia rasa, dalam masa yang sama memastikan aku tak rasa terbeban dengan perasaan.

Kan dah cakap, Ben ni memang calon suami pilihan!

"Jodoh tu rahsia tuhan, Ben" itu je aku mampu balas.


Adakah dengan tidak semena-mena aku telah berikan harapan pada Ben?

AdiWhere stories live. Discover now