Coverall jacket warna biru gelap itu dipadan dengan Levi's 501 gaya lusuh. Safety helmet warna putih dan Red Wing safety boot dicapai. Akhir sekali, Rayban Aviator dilekap kemas. Pergh! Gaya stereotype engineer construction site!Ben senyum sendiri. Harini dia akan singgah ke office dahulu sebelum bergerak ke site office. Semburan Davidoff Cool Water ke serata tubuh merupakan sentuhan terakhir sebelum kunci kereta dicapai. Terasa kemain handsome pagi ni!
"Nah, I belikan ni untuk you. Ada lebih tu, you bagi la sesiapa". Ben meletakkan beberapa bungkus nasi lemak di hadapan Hani yang sedang khusyuk mengadap skrin komputer.
Hani mengangkat wajah dan memandang gerangan manusia baik hati yang membelikan dia sarapan pagi ini. Keningnya terangkat sedikit, tanda bertanya.
Duh! Dia tak kenal rupanya! Kemain beria berhensem-hensem pagi ni... spoil betul la facemask ni!
Ben menyumpah sendiri."Ben...." perlahan dia bersuara, memperkenalkan diri.
"Oi Ben!", Amy yang baru tiba menyapa.
"Huish... untuk Hani je ke..." seperti biasa Amy rileks membahan orang walaupun hari masih pagi."Ambik la Amy... banyak ni... Thanks Ben". Sambil mengambil sebungkus dan menghulur bakinya pada Amy, Hani cuba berwajah manis tanda hormat pada orang yang memberi.
"Takpe, aku dah makan". Amy menolak dengan baik. Memang tadi dia dah sarapan di rumah... sarapan dengan Hani!
"Weh, site kau commissioning bila?" Amy mula ajak berborak sambil melangkah menjauh dari workspace Hani. Nak tak nak, Ben terpaksa mengikut.
"Adeh! Melepas..." dengus Ben sambil menoleh sekilas ke arah Hani yang sibuk menawarkan sarapan nasi lemak percuma kepada akak cleaner yang sedang mengemop lantai.
*****
"Hani... aku nak gerak ke office Permas" Amy tiba-tiba muncul di depan meja. Aku hanya respon dengan anggukan kecil.
"Ok.. jumpa petang karang" Amy melambai sambil menapak keluar. Dan seketika kemudian, kelihatan kereta dia melintasi pintu utama.
"Hani...."
Suara yang tidak asing kedengaran.
Ahhhh sudah... mamat ni lagi..."Sorry Ben! I nak keluar hantar dokumen ke PTP ni! Office boy MC harini" aku segera mencapai handbag dan envelope putih hampir seinci tebal. Ada urusan kerja yang lebih penting perlu diselesaikan. Maaf, lain kali je lah kita bersembang ye...
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Dah hampir satu jam aku tersangkut kat sini. Tiba-tiba kereta boleh breakdown pulak! Dari bunyi, macam bateri yang problem.
+ Hani, dah call towing?
Text dari Amy.+ Dah, tapi mungkin lambat lagi sampai.
+ Tarik terus ke SC?
+ Ya.
Aku malas call Bateriku. Kot bukan masalah bateri, sia-sia je...+ Sorry, Amy masih stuck dalam meeting ni.
+ Tak apa... Hani naik lori sekali terus ke SC.
+ Sorry...
Waktu-waktu begini lah aku teringat Adi...
Kalau dia ada kat sini, mesti dia akan call, just to keep me calm...
dan advise aku apa nak buat...
dan pasti dia akan muncul, bila ketika aku memerlukan dia..
Why do you have to go.......?
+ Ben masih kat site. Dekat dengan area Hani.
+ Ben kata dia on the way...
+ Hani kat parking Blok B kan?
Huh? Bulat mata aku baca text dari Amy.
****
"Thanks".
Apa je lagi aku boleh ucap selain terima kasih?
Dah la datang semata-mata nak teman aku sementara tunggu towing truck, siap bawakkan air minuman dan roti... lepas tu offer untuk hantar aku ke service center...
Sampai service center, dia tunggu sampai kereta siap check... bila confirm bateri kena tukar, dia juga dahulukan bayaran bateri sebab aku tak cukup cash dan mesin kad pula rosak...
"Tak ada hal lah... kebetulan masa Amy text tu I dah dekat dengan PTP..."
"Thanks, again!" aku benar-benar maksudkannya.
Ben hanya senyum. Aku tahu dia sedang senyum walaupun separuh wajahnya terlindung disebalik facemask.
"Drive carefully. Kalau perlukan apa-apa bantuan next time, call je". Dia melambai perlahan dari sisi tingkap kereta.
Alamak... Ben ni tengah flirting dengan aku ke?
YOU ARE READING
Adi
Narrativa generalePernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...