Bab 14 : Kopi Kluang

171 12 6
                                    

"Hani okay tak?" suara Amy membunuh lamunan aku. Perlahan aku menoleh ke arah Amy yang sedang memandu.

"Rose tu, cantik... kan?" soalan aku membuat Amy automatik tekan brek sedikit, dan bertukar lane dari kanan ke kiri. Kereta yang tadi memecut, mulai diperlahankan kelajuannya.

Amy ambil beberapa detik sebelum bersuara. "Rose tu masih muda... Banyak lagi benda dia boleh explore, apatah lagi kalau sekadar hal cintan cintun".

Jawapan Amy hanya mampu aku balas dengan segaris senyuman nipis. Seperti biasa, Amy dapat meneka apa yang aku cuba nak sampaikan.

Aku larikan pandangan ke luar tingkap. Barisan pokok sawit melatari pemandangan sepanjang perjalanan dari tol Skudai menuju utara.

Pagi ini, aku dan Amy bercadang untuk berkunjung menziarahi emak. Maksud aku, emak Adi. Dah lama juga aku tak datang, sejak Adi berpindah aku kira...

*****

"Waalaikumussalammmm warahmatullahhhh". Emak tersenyum senang melihat kami yang berdiri di pintu pagar. Kerepek pisang tanda buah tangan dihulur.

"Buat apa susah-susah..." emak senyum lagi.
"Ha, jom masuk! Korang berdua dah makan?".

Mak, memang tak mungkin lah kitorang berdua nak berhenti R&R semata-mata nak lunch... memang pasti lah kitorang sengaja set timing sampai rumah mak waktu makan tengahari macam ni... untung-untung dapat makan masakan mak...

"Mak masak apa mak? Sedapnya bau..." Amy melangkah beriringan dengan mak.

Harum asam rebus dengan daun kesum memenuhi rongga hidung sewaktu kami melangkah ke ruang dapur.

Semangkuk asam rebus ikan pelaling, sepinggan pak choi goreng dengan rencah udang, telur dadar, dan ikan bilis kicap.

Semuanya favourite Adi.

*****

"Emak memang suka kalau dia duduk JB, tapi mak tetap sokong dia nak pindah untuk kerja lebih baik. Dah besar panjang, pandai lah urus sendiri.

Perempuan sekarang tak macam perempuan zaman mak... Perempuan sekarang lebih berdikari, kuat serba serbi.

Macam Hani, macam Amy... muda-muda ni, kerja dulu. Sekurang-kurangnya ada simpanan sendiri atau beli sebiji rumah kecil buat aset...

Dah berlaki nanti... ada anak... lagi banyak cabarannya".

Sesi luahan hati sambil nasihat petang hari yang ditaja khas oleh emak itu kami terima dengan senyuman. Sifat emak memang begitu, menasihati mana yang patut. Sindrom mak-mak.

Sesi melepak petang ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran seteko kopi-O Cap Televisyen dan sebekas cucur udang air tangan mak. Sedap yakmat!

"Korang berdua ni, boyfriend ada?". Soalan mak membuat cucur udang aku tersekat di kerongkong. Aku pandang Amy, ternyata dia juga sama seperti aku.

"Nikah masa COVID ni bagus. Jimat. Tak payah pelamin, tak payah mak andam, tak payah dewan.. jimat belas-belas ribu!

Duit hantaran tu, guna sikit untuk hantar makanan ke rumah anak yatim.. biar barakah... baki tu kumpul dan guna untuk deposit rumah.

Tak buat majlis besar, tak apa. Semua orang paham". Mak masih sambung nasihat.

Ya mak... Hani faham.. masalahnya, mak nak ke datang rumah pinang Hani?

*****

"Terima kasih lawat mak".
Nada itu kedengaran begitu ikhlas.

Aku hanya senyum sendiri. Bukan mahu puji diri, tapi untung juga punya seseorang yang aku boleh gelar 'mak' di tanah rantau ini.

"Mak gembira ada orang datang jenguk... tengok... teman..."
Senyum aku makin meleret bila mendengar.

"Kalau dah rindu, tak dapat tengok orang, tengok bumbung rumahnya pun dah cukup", balas aku sambil ketawa. Indah kiasan orang dahulu...

"Kalau dah rindu... tak jumpa orangnya, jumpa maknya pun dah cukup".

Kata-kata Adi membuat aku ketawa besar.

"Perasan!" balas aku sambil mencebik, sekadar mahu mengusik dia.

"I rindu you... you tak rindu I ke?".
Pertanyaan spontan dari Adi membunuh tawa aku.

+ Hi, Hani
+ Esok ada datang PTP, kan?
+ Site sini dah nak habis projek, kitorang plan nak buat makan-makan
+ Kalau free, jom lah join kitorang lunch esok

"Sayang?"
Suara Adi membawa fokus aku kembali ke Facetime.

Notifikasi Whatsapp yang baru sahaja tertera di kuis ke tepi.

"I rindu you, sayang. Rindu. Gila."
Alamak... mata dah mula masuk habuk...

"Hey... jangan nangis..."
Adi perasan emosi aku dah bertukar.

"Kita dah bincang hal ni kan, sayang? You know this is only for temporary..." suara dia pun dah bergetar.

Temporary? Sampai bila?

+ Harap dapat jumpa Hani esok.

Notifikasi Whatsapp mengganggu sekali lagi.

Haish Ben ni... macam mana dia tahu esok aku ada kerja kat PTP? Siap ajak lunch pulak...

"Sayang, kalau dah mengantuk, pergi lah tidur. Esok kita sambung lagi" Adi seperti nampak aku terganggu dengan bunyi notifikasi yang masuk.

"Belum mengantuk. You ada kerja lain ke?" Awal pulak dia ni nak tidur... baru pukul 8...

"Nak keluar beli makan jap...." dan kemudian dia menyambung "dengan Rose".

"OK".
Panggilan aku tamatkan.

Maaf perangai macam budak-budak. Aku sedang PMS. Waktu ini mood bergelora. Banyak benda jadi serba tak kena.

+ I tahu mood you tak okay
+ I faham you tak happy sekarang
+ Tapi I tahu you sebenarnya orang yang jenis sangat memahami
+ Sebab tu I sayang you

Text dari Adi serta merta meruntuhkan tembok ego aku.

+ I love you.
Itu je lah yang aku boleh jawab.

+ And I love you too, Hani. - Adi

Macam mana lah aku tak rindu kat kau, sayang oiii....

AdiWhere stories live. Discover now