🎶 Gendang di palu...
Pengantin baru...
Duduk bersanding...
Tersipu malu... 🎵🎶Aku melihat dari jauh pasangan mempelai yang duduk di atas pelamin nan indah itu. Walaupun jemputan terdiri dari kaum kerabat terdekat, majlis persandingan itu berjalan penuh lancar.
"Adi... sikit nya nasi kau ambik?" Amy menegur aku yang sedang meneguk air oren. Mata aku masih tak lepas memandang pelamin tempat pengantin baru duduk berdampingan.
Segak sekali pengantin lelaki. Dengan tengkolok. Dengan keris. Dengan hiasan raja sehari.
Sayangnya busana seperti itu bukan untuk orang seperti aku. Mana mungkin aku boleh bersanding memakai tengkolok!
"Adi... makan la... jangan sedih..." Amy menolak mangkuk bubur anak lebah pemanis mulut mendekat pada pinggan nasi aku.
Aku bukan tak mahu makan, tapi aku mahu segera berjumpa dengan pengantin perempuan. Aku mahu ucap 'selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu'.
Dan mungkin aku boleh selit ucapan "terima kasih sudi jalan-jalan bersama selama ni... lepas ni boleh la jalan dengan suami".
"Tak apa.. lepas ni aku teman kau okay..." Amy dari tadi cuba membuat perasaan kembali tenang.
Aku pandang Amy. Bertuah sungguh ada member yang tetap support dimasa kita memerlukan.
"Thanks Amy..." sungguh aku bersyukur.
*****
"Adi! Terima kasih datang!" pengantin perempuan kelihatan begitu gembira melihat kedatangan aku di majlis resepsinya. Kotak hadiah aku hulur dan disambut dengan senyuman manis dari kedua mempelai.
"Dah makan?" soal dia.
"Dah.. tapi sikit betul.. tak lalu makan kot.. sedih lepas duduk ni sorang-sorang" Amy yang berada di belakang aku ketawa besar. Amy ni nak merasa Flying Knee agaknya...
"Selamat Pengantin Baru..." aku memandang pengantin lelaki di sebelah. Bertuah kau, bro...
*****
Melihat betapa riuh gembira majlis perkahwinan ini, timbul sedikit perasaan cemburu dalam hati aku. Tipu jika aku bilang aku tidak terfikir akan majlis perkahwinan sendiri. Masalahnya, mana mungkin aku boleh berkahwin dengan pasangan sejenis!
Agama.
Fitrah.
Undang-undang.Semua tidak berpihak pada aku.
Tidak berpihak pada kita.
Pada kita semua.
Kita — pengkid.Dan bila tiba masa pasangan kita mula sedar akan realiti hidup, maka dia memilih untuk keluar dari dunia kelabu ini.
Saya nak kahwin. Ada anak. Bina keluarga.
Cliché?
*****
Pasangan pengantin itu sedang senyum lebar. Sesi fotografi dengan saudara mara dan sahabat handai sedang berlangsung.
"Amy! Sini! Korang pulak!" pengantin perempuan itu memanggil kami bertiga untuk sesi foto bersama.
Amy yang pertama melangkah. Diikuti aku. Dan Hani yang terakhir di belakang.
"Rose! Sorry lambat sikit... jammed teruk tadi kat Rawang" Hani bersalaman dengan pengantin perempuan.
"Tak apa... asal Hani sudi datang majlis ni pun Rose dah happy gila!" senyum Rose tak pernah hilang sepanjang majlis resepsi berlangsung.
Eh?
Siapa kata ini majlis Hani?
Ni majlis kahwin Rose si housemate aku kat KL. Kan haritu dia bertunang...
YOU ARE READING
Adi
Ficción GeneralPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...