"Korang sampai pukul berapa?!" suara teruja menggegar rumah.
Aku memang excited bila dapat tahu Adi dan Amy mahu datang bertemu aku di Johor. Dari pagi aku sibuk mengemas rumah dan memasak. Semestinya semua yang terhidang atas meja merupakan favourite si Adi.
"Ni dah kat Seremban", Amy menjawab.
"Sayang, you masak ke?". Sedetik kemudian suara Adi pula kedengaran.
Aku senyum lebar.
"Ya. I tunggu you ni. Drive safely, sayang".Hati sedang kembang berbunga.
*****
"Alhamdulillah... kenyang macam ular sawa" Amy yang baru selesai mencuci pinggan berjalan ke arah kami sambil tersengih senang. Aku dan Adi sedang duduk berdua di ruang tamu.
"Sejak duduk sorang-sorang ni makin handal pulak kau memasak, ek?" Amy dah mula menyakat.
"Biasa buat roti telur je..." Adi pulak menyambung (sambil sengih mintak pelempang gayanya).
Dua ekor ni kalau aku libas pakai sudip agak-agaknya bertaubat tak?
"Malas makan kat luar... bosan makan sorang... I masak yang simple je kat rumah" nada merajuk yang jelas itu membuat Adi mendekatkan diri pada aku.
"Ha.... sebab tu kitorang balik ni!" Amy tiba-tiba dilanda keterujaan.
"Tapi... biar Adi la yang cakap..." Amy pandang Adi yang sedang tersenyum di sebelah aku.Adi meraih tangan kiri aku lalu menyentuh cincin yang tersarung di jari manis. Senyuman dia masih belum pudar. Jemari aku digenggam perlahan. Matanya merenung ke dalam mata aku. Riak wajahnya bertukar sedikit serius.
Dengan perlahan, Adi membawa genggaman jemari aku ke arah bibir, lalu mengucupnya dengan lembut.
"Pindah KL, jom?"
*****
"So, Along dengan Abang Ben macam mana?"
"Along KIV dulu... belum boleh fikir".
"Abang Ben tahu Adi ajak Along pindah?"
"Belum." Aku balas ringkas sambil menghela nafas berat. Jemari pula laju mengacau susu panas dalam mug.
"Adi tahu Abang Ben proposed Along?"
Aku telan air liur mendengar soalan dari Hana.
"Mesti Adi tak tahu, kan?" Hana seolah tahu apa yang sedang berlaku.
Kejadian Ben proposed aku haritu tersimpan kemas menjadi rahsia antara aku dan Hana. Cuma pada Hana aku bercerita, kerana pada waktu itu fikiran aku juga agak kusut.
Sejujurnya tiada siapa yang tahu hubungan aku dengan Adi, melainkan Amy. Pada Hana, aku lebih selesa berkongsi perihal Ben.
Aku tak mahu Hana memandang serong pada aku, atau juga pada Adi.
Walaupun pada zahir Hana terbuka dan menerima Adi, tapi aku tetap hati-hati dalam bercerita tentang hubungan antara aku dan Adi.
Perihal hati dan perasaan yang menyimpang begini bukan mudah untuk diluah melalui kata-kata. Penerimaan orang takkan pernah sama. Cuma yang pernah dan sedang melaluinya sahaja akan faham.
YOU ARE READING
Adi
Fiction généralePernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...