Aku menghela nafas lega apabila email dari SDMC berkenaan permohonan EnterSarawak telah diluluskan. Hampir seminggu menunggu, kini aku boleh tarik nafas lega dan bersiap untuk berlepas esok pagi. Aplikasi Malaysia Airlines dalam telefon dibuka dan daftar masuk disahkan. Sektor minyak dan gas Malaysia Timur baru kembali di buka dan aku diminta untuk meninjau perkembangan projek di sana."Esok flight you pukul 8, kan? So by 6:30 dah kena ada kat airport" Rose menyapa aku. Esok pagi dia yang akan tolong hantar aku ke KLIA.
"Dah call Hani?" dia menyambung pertanyaan.
Aku hanya diam membisu. Rose menepuk bahu aku perlahan, tanda dia faham apa yang sedang aku alami.
"You nak jalan jauh... if anything happen, takkan you nak rasa menyesal... seumur hidup?" soalan Rose membuat aku tersentak. Keras, padu dan rasional pertanyaan tersebut.
"Nanti I text dia".
Sejak balik dari JB hampir sebulan, aku makin jarang menghubungi Hani. Mungkin saja aku masih terkesan dengan perbualan terakhir kami tentang hubungan dia dan Ben.
*****
Boeing 737 penerbangan MH2574 selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10:30 pagi. Urusan pendaftaran kemasukan agak ketat kerana kes COVID-19 masih tinggi di sini.
+ Touchdown.
Hantaran mesej pendek untuk Hani agar dia tau keadaan semasa aku di sini. Usai mengambil bagasi, aku terus menuju branch office yang teletak di Lutong.Tak sampai seminit, balasan mesej aku terima.
+ Take care.
+ I love you.Telefon kembali aku simpan tanpa berniat membalas mesej tersebut.
*****
Hotel tempat aku menginap terletak di kawasan Miri Waterfront yang merupakan kawasan strategik. Dari atas, aku boleh lihat tugu ikonik Miri Seahorse serta Offshore Support Vessel (OSV) yang menyelusuri Sungai Baong bersebelahan hotel.
+ You dah dinner?
Text dari Hani diterima. Sepanjang hari tak hubungi dia, mungkin dia risau dan mahu tahu keadaan aku di sini.
"Hey... you okay?" suara Hani dihujung talian.
"Yup. Okay".
"How's Miri?" tanya dia lagi.
Hmm.. macam mana aku nak cerita tentang Miri pada Hani, ya?
"Underrated" jujur jawapan dari aku.
Miri adalah sebuah bandar yang membangun yang terancang, aku kira. Bandar ini bersih dan aman, kualiti jalan raya yang jauh lebih baik dari tanggapan aku (jika dibanding dengan Johor Bahru!), serta mempunyai pelbagai tempat menarik untuk diterokai.
New Miri City Hall gah berdiri menjadi mercu tanda baru bandar ini. Taman sekitar juga memberi vibes positif kepada penduduk setempat untuk aktiviti riadah. Marina Bay adalah tempat wajib dikunjungi bagi aktiviti santai sambil melihat matahari terbenam dan Rumah Api unik berbentuk kuda laut pastinya merupakan salah satu ikon wajib dilawati di Miri.
Bagi aku yang pertama kali berkunjung ke Miri, perkara yang aku takkan lupa pastilah panorama rumah agam persis rumah kartel Mexico yang ada di Miri. Besar yakmatttt!! Siapa kata orang Sarawak masih tinggal atas pokok, benar dia bebal!
"Makan okay?" risau benar si Hani ni kot aku tak selera makan makanan Borneo...
"Lalapan Bawal mantap, kuih Bongkol dan Serabai sumpah sedap.. petang tadi makan Mee Kolok dengan Mee Jawa" jawapan aku membuat Hani terdiam.
"Esok you meeting kat mana?" Hani bertanya lagi.
"Esok ke Bintulu. Lusa flight balik KL dari Bintulu".
"You macam seronok je business trip kalini?" suara Hani kedengaran macam jealous...
"Esok I sewa 4x4... nak cuba jalan PanBorneo!" aku tak dapat nak selindung yang aku sangat teruja untuk trip esok. Perjalanan Miri-Bintulu melalui lebuhraya PanBorneo yang masih belum siap pastinya menjanjikan pengalaman baru buat aku.
"Lunch esok I nak singgah Batu Niah cuba Mee Udang Sepit Biru" aku telan air liur sendiri.
"Drive carefully esok. Ingatlah orang tersayang" cubaan lawak hambar dari Hani.
"I selalu je ingat... takut dia je tak ingat" ayat terakhir itu membuat Hani diam membisu, mungkin dia terasa agaknya.
"I dah nak tidur ni... sana mungkin masih awal tapi sini dah gelap gelita" ujar aku lagi. Sebenarnya, aku memang agak letih setelah seharian travel.
"Okay. Take care. Drive carefully. Love you". suara Hani seakan bergetar nak menangis.
"Yup!" itu sahaja yang aku mampu balas.
Hey, jangan salahkan aku... di kebanyakan masa aku memang chill dan mudah memaafkan tapi apa salahnya sekali sekala keras hati?
*****
"Oi!" aku terjerit kecil bila Amy menjenguk dari dalam kereta. Dia menemani Rose menjemput aku di KLIA.
Perjalanan satu jam balik rumah penuh dengan cerita pengalaman aku memandu di sepanjang PanBorneo, rumah panjang Sarawak yang kini dimodenisasi, kedai menjual babi secara terbuka, dan betapa sedap Laksa Sarawak Miri berbanding Laksa Sarawak Kuching! (disclaimer : menurut tekak dan selera penulis).
"Aku ada job interview kat KL esok" Amy menjelaskan keberadaan dia sewaktu kami makan malam bersama.
"Kau nak pindah KL?" tanpa selindung aku bertanya. Amy hanya angguk kecil mengiyakan pertanyaan aku.
"Aku bagitahu kau awal-awal, sebab kau tuan rumah... dan kalau aku dapat kerja ni, Hani tinggal sorang kat Johor" seperti biasa sifat jujur dan concern Amy terserlah.
"Adi... balik la JB. Jumpa Hani. Aku kesian tengok dia. Macam orang patah hati" Amy cuba memujuk aku.
"Beb, aku pun tak tahu apa status aku sekarang ni. Entah dia pilih Ben..." aku tunduk, tak mampu bertentang mata dengan Amy. Manakan tidak, mata aku dah start rasa panas.
"Ben pun datang interview jugak tau".
Ayat Amy membuat aku mendongak dan memandang dia tak berkelip.
Serius Ben nak pindah KL? Habis tu Hani cemana?
+ Salam Ila.. Mak rasa nak balik kampung bulan depan.
+ Kau free ke? Boleh hantar mak?Whatsapp dari mak menghentikan perbualan aku dan Amy.
+ InsyaAllah boleh. Memang plan nak ambil cuti.
(yang sebenarnya mohon cuti sebab nak turun JB selesaikan soal cintan cintun, tapi aku tak boleh la bagitahu mak sebegini rupa....)
+ Mak ingat nak ajak Hani sekali. Boleh ke?
Dan aku terus cari nama Hani.
+ Salam.
+ You free?
+ Mak nak call you.*****
Nota kaki : seperti gaya penulisan HANI, ADI juga mempunyai masalah yang sama - chapter tak semetri/flashback chapter. Mohon maaf akan kegilaan aku yang satu ini. Mungkin ada masa nanti aku akan buat list chapter ikut susunan masa.
YOU ARE READING
Adi
Genel KurguPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...