Bab 21: Surat MITI di Tol Skudai

155 14 6
                                    


"Harini masak asam rebus" aku senyum sambil tangan kanan mencampak daun kesum - bahan terakhir, ke dalam periuk yang sedang mendidih. Semerbak aroma harum cili, nenas dan kesum yang direneh menerpa deria bau.

"Ikan pelaling goreng" sambung aku lagi.

"Masak untuk boyfriend, ke?" ketawa kecil kedengaran di hujung talian.

"Iye. Mana tahu untung-untuk boyfriend ajak kawen!" aku membalas. Dia ketawa lagi.

"Beb..." Amy yang baru turun menyapa aku yang berada di dapur.

Aku berpaling lantas butang speaker ditekan.

"Amy ada ni. Seminggu berkurung dalam bilik, dia dah mula bercakap dengan dinding" aku menyakat Amy yang masih berbaju tidur dan muka sememeh belum mandi.

Gema hilai ketawa kedengaran dari speaker telefon.

Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang baru seminggu diumumkan tidak membenarkan non-essential company termasuk syarikat pembinaan untuk bekerja. Hasilnya, aku dan Amy terperuk di rumah.

"Adi! Sedap oi bau asam rebus girlfriend kau masak... balik JB la woi!" Amy tiba-tiba menjerit ke arah telefon yang berada dalam genggaman aku.

Sekali lagi dekah ketawa kedengaran.

"Sayang! Betul la I masak asam rebus!" aku tiba-tiba rasa nak marah pulak bila Adi ketawa seolah aku sedang menipu.

"Sayang...." nada suara dia memujuk.

"I dah masuk tol Skudai ni".

What?!

"Tunggu I sampai ya. Kita makan sama".

Oh my god! Adi datang!!

*****

"I ada kerja kat PTP esok. Rentas pakai surat MITI". Adi sedang menjelaskan bagaimana dia boleh terlepas sampai ke Johor.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal you balik sini?"

"Sebab I nak buat suprise pada you, sayang". Telapak tangan aku diraih lalu dikucup lembut.

"Oi! Bersemut-semut.... Aku sembur Ridsect jap lagi!" Amy yang menapak dari arah dapur buat muka menyampah dengan adegan cheesy dari aku dan Adi yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Lama kau kat sini, Di?" Amy ambil tempat di sofa bersebelahan Adi.

"Seminggu". Adi sengih, tetapi aku pula yang tergamam.

"You stay sini seminggu?" suara aku dah naik oktaf akibat teruja.

"Ya, sayang. I ada kat sini, teman you, seminggu". Dengan selamba Adi merangkul bahu aku, membuatkan aku berada dalam pelukannya.

"Boleh you masak sedap-sedap macam tadi sepanjang I ada kat sini..." alahai, manisnya ayat awak, sayang!

"Rose kat sana, sorang-sorang?" Amy potong stim dengan soalan tentang Rose.

"Dia sempat balik Teluk Intan. Selagi belum boleh masuk office, memang tak balik KL la dia".

Ah! Aku tak peduli pasal Rose. Yang penting, Adi ada teman aku seminggu!

AdiWhere stories live. Discover now