Bab 2 : Akinabalu

316 18 0
                                    

"Sia bilang macam di KK.. Ada di KK.. Semuanya macam di KK.. Aramai..."

"Sayang, boleh berenti jap nyanyi tu?" aku menoleh ke arah dia yang dari tadi asyik mengulang lirik yang sama...

Dari tadi 'macam di KK... macam di KK...'
Masalahnya kita dah nak sampai Kundasang!

"Kenapa, sayang?" dia bertanya.
"Suara I tak sedap ke?" soal dia lagi.
"Atau nak I nyanyi lagu mainstream bila sampai sini?" dia menoleh sekilas memandang aku.

"Tinggi-tinggi gunung Kinabalu... Tinggi lagi sayang sama kamu... biru-biru hujung Kinabalu.. tengok dari jauh, hati saya rindu..."
Ehhhh... dia sambung nyanyi lagi!

Sebenarnya aku risau. Sebab keadaan jalan yang mulai gelap, dan pasti akan berkabus tak lama lagi. Baru pukul 7 tapi gelapnya macam dah pukul 8!

Perjalanan memandu sendiri dari Kota Kinabalu ke Kundasang adalah pengalaman baru buat aku. Bagi yang biasa memandu ke Cameron atau Genting, memandu ke Kundasang memang terasa kelainannya. Lebih-lebih lagi skil para pemandu di sini... aku berani jamin sehebat Takumi Fujiwara!

"Sayang, esok pagi pukul 8 dah kena sampai ladang tu tau!"Adi di sebelah mengingatkan aku tentang jadual esok..
Hmm.. bagus dia dah tak nyanyi lagi..

"Iya sayang.. I ingat".

Nak tengok Kinabalu gah di pagi hari, kena keluar awal. Jam 9, kalau nasib tak baik, Kinabalu akan mula dilindung awan.

*****

Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu,
Kecantikannya; kecantikanMu,
Keindahannya; keindahanMu,
Kekuatannya; kekuatanMu
Kekuasaannya; kekuasaanMu
Perlindungannya; perlindunganMu

Kinabalu....
Gah berdiri dihadapan kami.
Tanpa kabus dan awan pagi.

*****

"You penat tak?" soalan cliche dari dia sepanjang hari.

'Tengok Kinabalu, jom!'
Itu yang dia sebut bulan lepas...

Tengok Kinabalu..., heh?

Tapi ni, baru lepas cuba fish massage... sebelum tu layan kolam air panas...
Kalau ikut kepala dia, banyak lagi tempat nak explore kat Ranau ni!

"Sayang, I rasa you patut tukar kerja la... you bagus jadi tour guide, tau!"
Saja aku usik dia. Mungkin sebab kerap travel, dia cukup arif dengan urusan itinerari.

"Good idea. Boleh kerja dekat dengan you... settle down kat PD?" Dia sengih.

Hmmm.. tak habis-habis lagi dengan rancangan 'settle down' dia tu... haish....

*****

Sejuk mencengkam membuat aku terbangun. Sekilas aku buka applikasi Weather. 14 darjah celcius.

Dia di sebelah turut kelihatan tak selesa, berperang dengan kesejukan. Walaupun memakai sweater dan berselimut, tubuh aku masih menggigil...

"You... sejuk gila..." aku cuba membangunkan dia.

"Sayang, I pun sejuk. Pilih antara dua ni" suara dia agak keras. Mungkin marah kerana tidurnya di ganggu.

"One, get here. Tidur sebelah I. Peluk I" dia beranjak sedikit, memberi aku lebih ruang untuk baring.

"Second, we get naked, hug each other, skin-to skin..."

Shit! Just shut up!

Aku terus meluru ke katil, menarik selimut dan membalut tubuh. Aku dengar ketawa kecil dia...

Gila nak bogel dan berpeluk berdua! Dengan cuaca sejuk macam ni... lain yang jadi karang!

Aku sedar dia kemudiannya merapatkan diri.
"Sayang.. I pun sejuk juga.. kongsi selimut, boleh?" nada dia seolah merayu.

Aku lepaskan balutan dan dia tarik perlahan. Aku memusingkan badan membelakangi dia. Dan tidak semena-mena aku rasa hangat tangan dia memeluk aku.

Eh? Sekejap. Apasal rasa lain macam?

Dari bawah, tangan dia sudah menyingkap sebahagian sweater, dan sekarang tangan dia berada dalam baju aku.

This is the first time dia buat macam ni.

Dan seketika kemudian, aku rasa hangat di kawasan dada. Dia memeluk erat, betul-betul dikawasan payudara. Dan tangan kanannya benar-benar........

Damn! Masalahnya, aku rasa selesa.

AdiWhere stories live. Discover now