Seminggu Adi di Johor - meneman aku dengan segala aktiviti domestik dari memasak, mengemas rumah, cuci baju sampailah tolong setup workplace baru. Work from home memaksa aku menyediakan satu ruang khas demi bekerja dengan lebih selesa.
"Sayang, dah seminggu you masak breakfast untuk I. Esok, biar I lah yang buat breakfast, okay?" pelawaan dari Adi aku sambut dengan senyuman.
"Pancake?" Oh! Dah lama tak makan pancake yang Adi buat.
Adi ketawa kecil. "Iya, boleh sayang... esok I buatkan pancake untuk you".
"Eh? Bukan buat untuk Amy ke?" aku sengih dan menunggu reaksi Adi. Dia yang faham dengan usikan aku seraya menjawab.
"Untuk korang...."
Kami kemudiannya ketawa, mengenang moment manis lebih dua tahun dahulu.
*****
Tiga keping mini pancake terhidang atas island table. Tapi kalini tiada hirisan strawberry sebab breakfast pagi ni tak dirancang pun. Tapi food plating Adi masih ada sentuhan signature dia - siraman sirap coklat berbentuk mini love di tepi pinggan. Typical-sweet-Adi.
"Uish! Dah lama betul aku tak makan breakfast siap love-love gini, Di!" Amy dah ambik tempat di depan island sambil tangannya mencapai garfu. Siot betul Amy! Biasa kitorang breakfast roti bakar je.
"Sebelum aku balik KL jap lagi, dipersilakan menjamu selera.... Bon appetite!"
"Assalamualaikum".
Suara orang bagi salam di luar.Adi dah melangkah keluar, meninggalkan Amy dan aku yang sedang duduk di island, mengadap pinggan dengan pancake untuk disuap ke dalam mulut.
Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni?
Seketika kemudian Adi melangkah masuk sambil tangannya memegang satu envelope putih bersaiz A4.
"Sayang, Ben datang tadi. Dia mintak pass dokumen ni".
Aku yang sedang menyuap potongan pancake tiba-tiba terkaku.
Envelope dengan tulisan tangan 'Claim' diletak dihadapan aku.
Aku pandang wajah Adi, namun dia kelihatan tenang. Adi yang kemudian duduk dihadapan aku tenang membawa mug kopi ke mulut, meneguk perlahan, lalu perlahan memandang wajah aku.
"Eh? Kenapa? Makan lah... tak sedap ke?"
Adi soal aku dengan dahi yang berkerut."You jumpa Ben kat luar? Dia pass dokumen je ke?" Serius nada suara aku menggigil.
Aku tak buat salah dengan Adi tapi Ben datang secara mengejut... membuatkan aku turut sama terkejut.
"Dia dah text you bagitahu dia nak datang... you tak perasan kot". Serta merta aku seluk poket dan buka telefon.
+ Salam Hani. I nak singgah rumah hantar claim boleh? - Ben, 8:30am
WFH menyebabkan semua staf perlu menghantar document bagi tujuan claim kepada aku. Tapi kebanyakan mereka hantar melalui postage courier atau softcopy melalui email. Lain pulak dengan Ben... dia hantar byhand!
Pancake terasa melekat di kerongkong.
*****
Sejurus melepasi hentian Machap, Adi terus belok menghala exit tol dan singgah sebentar menjenguk mak. Lepas maghrib dia teruskan perjalanan balik ke KL.
Minggu ni, dia sibuk pula dengan outstation sampai ke Penang.
Aku cuma dapat berborak sekejap, dan hanya text di kebanyakan masa.
Sejak insiden Adi jumpa Ben, belum sempat lagi aku nak berborak tentang hal ini dengan Adi.
Dah pukul 6:30 petang, hari Jumaat. Biasanya Adi dah tak busy...
Favourite List. 'My Love'.
Butang 'call' ditekan."Assalamualaikum". Suara Adi seperti berbisik.
"Sayang? Dekat mana? Dah balik dari Penang?" Jarang sekali Adi bercakap perlahan macam tengah dalam selimut.
"Dah. Tapi belum sampai KL".
Ada bunyi latar suara beberapa orang sedang bercakap."You kat mana ni?" oktaf suara aku naik.
"Nanti I call balik. Kat rumah parents Rose. Teluk Intan".
*****
"Amy....." aku ketuk pintu bilik Amy beberapa kali. Air mata dah berjuraian.
"Weh? Apasal?" Amy buka pintu dan menurunkan headphone dari kepala.
"Adi... Rose..."
Hanya dua patah ini sahaja yang boleh aku sebut.
"Hani... weh... ok2.. duduk... rileks.. tenang..."
Nak tenang macam mana? Adi kat rumah parents Rose! 😭
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...