Aku rindu Adi.
Playlist Spotify aku sekarang penuh dengan lagu-lagu melankolik -- yang menambah rasa sesak dalam dada.Aku sedang terlentang atas katil dan tangan mencapai Fernex Athlete milik Adi. Sengaja aku pinta dia tinggalkan barang yang satu ini.
Sungguh, bantal ini lah yang menemani tidur aku setiap malam. Dan bila mana rasa rindu mula datang bertandang, bantal ini juga yang aku peluk penuh kejap lalu menjadi teman setia pengelap air mata.Bercakap tentang bantal, teringat kali pertama Adi ajak aku keluar. Dia jual nama emak yang nak datang singgah tidur di rumah. Modal ajakan dia konon nak beli bantal ala hotel untuk bilik tetamu.
"So, you nak pilih bantal macam mana?" soal aku sewaktu kami melewati rak bahagian bilik tidur. Dia sedang ralit menyentuh display set koleksi terbaru Sheridan yang cantik terhampar.
"Beli cadar mahal, tapi tetap kena tidur sorang diri pun tak best jugak, kan?" dia mengalihkan pandangan pada aku sambil mencebik bibir.
Nak tergelak aku tengok wajah dia masa tu...
"Dah tu... cari je lah teman tidur..." aku sendiri tak sangka kenapa lancang sangat mulut aku membalas pertanyaan dia.
Mungkin padu sangat jawapan aku sampai dia tak terjawab.
Usai membeli barang, dia bertanya mahu makan di mana... aku usulkan Nando's. Siapa sangka aku jumpa seseorang yang makan peri-peri chicken dengan sos campur sama seperti aku!
Shit! I missed you! So much!
+ Sayang.
Text dari Adi tiba-tiba muncul. Eh, kuasa telepati ke?+ Facetime boleh?
Belum sempat Adi balas, aku terus tekan butang dail.FaceTime unavailable.
What?! Dia reject call aku?!+ Meeting with Europe team.
Hmm, kalau pukul 10 masih meeting, confirm dia busy sampai tengah malam..
+ Just wanna say good night, sleep tight and don't let bedbugs bite.
Ucapan selamat malam versi Adi, walaupun curi quote Peter Parker.+ Thanks. Good night, sayang.
Balasan simple dari aku.Tanda 'typing' masih belum hilang, tanda dia sedang mengarang ayat panjang.
+ And in case I don't see you, good afternoon, good evening and good night.
+Night, honey.
+Eh, I mean... Hani.
+Night, Hani.Ketawa pecah. Lawak ni takkan pernah basi. Gosh, I miss you, Adi!
+ I love you, I do.
Sambungan text dari dia.
Mata mula berkaca.
+ I do love you too.
Telefon di letak ke tepi dan mata dipejam sambil berdoa malam ini dia datang bertemu dalam mimpi indah.
*****
Aku membelek telefon sambil tersengih.
'From Teluk Mak Intan With Love'.
Adi baru sahaja menghantar sekeping gambar berlatar belakang Leaning Tower of Teluk Intan. Hujung minggu begini memang dia akan habiskan masa explore kawasan setempat.
"You pergi sorang ke?" aku tak dapat nak sembunyikan perasaan. Cemburu sebab dia dapat pergi berjalan... dan musykil sebab siapa yang ambilkan gambar dia tadi?
"I dengan housemate baru. Kebetulan dia orang sini".
Housemate baru? Takde angin takde ribut tiba-tiba ada housemate baru?
"Sayang, I kat petrol pump ni. Nanti I call balik okay?"
Adi letak telefon sebelum sempat aku jawab. Jujurnya, hati aku dilanda gelisah.
+ Siapa nama housemate baru you?
Text dihantar. Dekat 10 minit juga aku tunggu dia reply...+ Rose.
I am speechless.
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...