+ I dah sampai.Adi datang bertemu aku hari ini. Dah hampir dua bulan sejak lockdown. Dia dah kembali bekerja dan mula travel. Company dia tersenarai dalam kategori 'essential status'. Dan sebagai pengurus, dia dapat surat kebenaran merentas negeri.
"I rindu you". Itu ayat pertama dilontar sewaktu aku masuk ke dalam kereta. Dia hanya tersenyum senang. Walaupun sering berhubung melalui aplikasi Facetime, mana mungkin sama virtual dibanding dengan physical contact.
"You raya dengan mak?" aku tak sabar mengaju soalan yang satu ni. Dia cuma tersengih dan mengangguk. Aku gembira untuk dia, tapi aku sedih mengenangkan aku bakal berhari raya keseorangan di sini.
"Kedai makan banyak belum buka. Kita berbuka drive-thru je boleh?" dia bertanya lembut.
Kereta di hala ke restoran makanan segera terdekat. Barisan di laluan pandu lalu memang panjang, tapi memandangkan ini sahaja pilihan paling mudah, aku turutkan. Jam dah menunjukkan pukul 6:30 petang.
*****
"I tahu I selalu cakap pasal settledown. Tapi ini lebih dari sekadar settledown, you know..." nada dia kedengaran lembut memujuk.
Dia tarik nafas panjang, dan kemudian menyambung. "Makan gaji dah tak cukup lagi. You dah masuk survival mode. Sektor perhotelan, sektor penerbangan... pendek kata tourism industry yang paling terkesan atas pandemik ni". Hujah dia tiada yang dongeng.
Bukan sedikit rakan-rakan yang mula mengeluh bila syarikat mula kurangkan kos operasi. Bila guest tak ada, hotel nak jana pendapatan dari mana?
"As usual, I takkan paksa. I tak pernah paksa. Semua keputusan dalam tangan you". Sifat diplomasi dia masih terserlah.
"Kalau pun you diberhentikan, pampasan untuk retrenchment tak banyak sebab multiply tahun you berkhidmat". Aku tahu dia memang banyak pengalaman bekerja, termasuk pengalaman pernah kena retrenched.
"I tahu you sayangkan career you. But at least, just think about it".
Azan Maghrib dari radio berkumandang.
*****
Dia cadangkan aku kembali ke Johor, dan tinggal bersama dia. Industri pelancongan antara yang paling terkesan, malah belum nampak sinar jelas masa depan pekerja sektor perhotelan seperti aku.
Mujur lah kesedaran menyediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan seperti yang disarankan itu aku berjaya penuhi. Itu pun ilham dari dia yang memberi pinjam buku merancang kewangan semasa aku tinggal bersama lebih setahun lalu.
Dan sekarang, dana itu juga yang membantu aku untuk terus survive.
*****
+ Sayang.
Tak sampai lima saat tanda 'online' kelihatan. Pasti dia sedang mengadap telefon.
+ I nak raya dengan you, mak & Amy.
Dan dia reply dengan sticker 'Selamat Hari Raya!' bertema ketupat dan letupan mercun.
Laptop di buka.
I am writing to formally inform you on my decision to resign...
YOU ARE READING
Adi
Ficción GeneralPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...