"I percaya you".
Hanya itu yang mampu aku sebut waktu Hani bagitahu tentang Ben.
Long distance relationship memang mencabar. Apatah lagi bila kau seringkali terpisah sejauh 800km, ditambah dengan getir waktu pandemik yang menghalang kau menemui dia.
Sebenarnya, kalau nak balik Johor, aku boleh guna surat company. Tapi, ini bukan kes kecemasan yang memerlukan aku menggunakan taktik kotor sebegitu.
Percaya pada pasangan bukan sesuatu yang mudah. Aku tahu Hani pun sering tergugat bila aku sebut nama Rose. Dan sekarang, Ben pula masuk dalam cerita kami.
"Adi". Rose yang baru siap masak roti telur untuk sarapan menyapa aku di meja makan.
Aku rindu roti telur hasil air tangan Hani. Seperti waktu dulu, zaman kami bersarapan berdua di rumah.
"Kot ye pun rindu girlfriend, makan lah sikit" Rose ketawa melihat wajah aku yang sememangnya sarat dengan masalah.
"Bukan lah... kalau rindu, I boleh je video call sekarang" dalih aku.
"Adi, video call tu takkan cukup.. trust me". Rose menolak pinggan roti telur ke arah aku. Wajah dia memang penuh dengan sifat percaya diri dengan nasihat yang baru dia berikan pada aku.
"Hani okay?" soalan Rose membuat riak wajah aku bertambah sarat jadinya!
"Patut tak I balik Johor?" belum sempat membalas soalan, pertanyaan ikhlas aku ajukan dengan harapan mahu dapatkan respon ikhlas dari Rose.
"Next week you kena gi Penang kan?"
"Isnin sampai Khamis. I rasa nak ambil cuti Jumaat. Balik Johor". Senafas aku jawab.
"You should" Rose angguk setuju.
Aku pandang Rose. Nasib baik budak ni paham masalah orang tua bujang terlajak macam aku ni...
*****
"Tiba-tiba terjengul".
Aku suap nasi masuk ke mulut, sedaya upaya mengabaikan bebelan mak.
"Dah sampai tol tu, call la dulu..."
Aku tambah lauk ikan bilis kicap dan terus menikmati nikmat masakan air tangan mak.
"Dah balik JB, jumpa budak-budak tu?"
Adeh! Tersedak aku.
Gelas air dicapai."Mak, orang balik ni pasal kerja... terus singgah sini.."
Tipu mak berdosa woi!
Tapi, ini je alasan paling logik.Aku singgah rumah jenguk mak sekejap. Tak boleh lama-lama, takut juga orang memandang... kes COVID makin naik, ziarah-menzirahi ni boleh kena kecam.
"Esok pagi orang balik KL, mak".
"Eh? Ingat nak kau balik JB jumpa budak-budak tu... tengok rumah?" nada suara kehairanan dari mak.
"Amy kat Desaru. Hani sibuk. Esok pun ada kerja. Balik KL lah".
Ampun mak... tipu sunat...
*****
"Mak kata you singgah rumah?!"
Tak ada salam, suara Hani naik oktaf."Ye" sepatah jawapan dari aku.
"Kenapa tak bagitahu balik Johor?"
"Singgah je". Jawapan dua patah pulak.
"Tak turun sini?" aku sedar nada dia dah bergetar. Sedih, mungkin.
"Tak sempat. Kerja". Tiga patah.
Masing-masing diam.
"Adi! Makan jom!" jelas kedengaran laungan Rose dari arah dapur.
"Ok la. Bye". Hani letak telefon.
Aku yang merajuk, dia pulak yang berangin...
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...