"Thanks Amy!"Serius, aku peluk Amy sekuatnya. Peduli apa kalau orang nak sound pasal social distancing sekarang ni!
Gembira, syukur, lega dan terharu...
"Tarahal punya!" seperti biasa Amy hanya tersengih. Rangkulan dilepaskan.
Dah dekat sebulan aku balik ke Johor dan menjadi penganggur terhormat.
'Hospitality industry bukan tempat terbaik buat masa ni, atau enam bulan ke hadapan', pesan dia sewaktu aku usulkan mahu mencari kerja. Jadi, tumpuan aku lebih terarah pada kilang-kilang di kawasan perindustrian terdekat.Dua minggu berlalu, banyak tempat dah aku hantar resume, namun panggilan interview masih juga belum dapat... sampailah minggu lepas Amy bagitahu syarikat tempat dia bekerja ada kekosongan jawatan.
"Tapi clerical works je. Kau okay ke?" Amy risau kalau aku tak berapa suka kerja macamtu.
Suka tak suka tolak tepi. Dalam zaman ekonomi mencabar ni, peluang yang datang harus disambar.
Alhamdulillah, interview berjalan lancar dan jawapan "saya boleh start kerja esok" mungkin faktor utama aku dapat kerja ni...
"Jom, Hani belanja lunch!" aku beriringan dengan Amy melangkah keluar dari kawasan lobi ke arah parkir pelawat.
"Boleh belanja I sekali?" suara garau di belakang membuatkan aku dan Amy serentak menoleh.
Iskh! Mamat mana pulak ni main menyampuk perbualan orang? Tapi lanyard yang tergantung kat leher dia ada logo syarikat...
"Woi, Ben!" Amy menjerit kecil.
Lelaki itu kemudian ketawa dan melangkah mendekat.
"Apasal kau boleh ada kat sini? Pengerang dah settle ke?" Amy meneruskan perbualan dengan Ben.
"Slow gila. Boss panggil balik, aku kena jaga site Gelang Patah"Oh, Amy kenal rupanya mamat ni...
"Aiseh! Lupa pulak... Ben, ni Hani. Admin baru ganti Nurul". Amy mulakan sesi bersuai kenal.
"Hani, ni Ben. Jaga bahagian projek sama macam aku"."Hi Hani".
Aku hanya membalas dengan senyum tanda hormat.
Tinggi dalam 175cm. Muka clean bukan jenis hipster berjambang. Rambut potongan kemas, mungkin sebab kerap pakai safety helmet kot...
"Kitorang nak gi makan ni. Jom lah join?" Amy mempelawa Ben. Gaya macam sesi borak diorang tak habis lagi dan nak sambung kat meja makan.
Ben pandang Amy dan kemudian mengalihkan pandangan dia ke arah aku.
"Eh, tak apa... aku gurau je tadi... aku nak gerak gi site dah ni... jumpa kau lagi nanti, beb" Ben senyum. "Bye, Hani" sambungnya.
"Orait, jumpa kau bila-bila free" Amy angkat tangan.
Aku cuma senyum sekali lagi ke arah Ben. Nasib baik dia tolak pelawaan Amy...
Sewaktu melangkah ke arah kereta , telefon dalam handbag terasa bergetar.
+ Interview amacam?
Text dari buah hati pengarang jantung.+ I am no longer penanam anggur!!!
+ Start bila?
Soalan dari dia belum habis.+ Esok.
+ Great! Congratulations!
"Esok first day, datang awal sikit tau. Jalan ke arah sini memang jam kalau pagi-pagi" Amy mengingatkan aku.
Dulu masa kerja resort, jalan yang aku lalui ke tempat kerja memang berlainan. Aku mengarah ke timur, dan kawasan perindustrian ini menghala ke barat.
Sekarang, aku kena menghadap jam setiap pagi. Nak buat macam mana, demi sesuap nasi...
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...