Bab 37 : Girls Talk di Damansara

203 11 5
                                    



"Terpulang... Along yang buat keputusan untuk diri Along sendiri. Tak ada sesiapa boleh paksa kalau Along tak nak".

Hana menghulur susu suam pada aku yang sedang berteleku di hujung katil. Aku ambil cuti beberapa hari dan pulang ke Kuala Lumpur berjumpa abah dan mama serta Hana yang kini sedang cuti semester.

"Abang Ben tu boleh je nak proposed sampai enam belas kali... Tapi kalau Along tak sedia, tak nak, tak berminat... dia pun tak boleh nak paksa Along terima dia" Hana menepuk bahu aku tanda memberi sokongan.

"Adi dengan Kak Amy cakap apa?" nada Hana jujur sangat concern pada keadaan aku. Tak semena perasaan sedih datang kembali merobek ketenangan hati. Baru kelmarin kami bertemu dan berbincang mengenai hal ini.

Air mata tumpah lagi.

*****

"I sedia undur diri".

Wajah Adi ternyata sugul, seiring ungkapan yang baru disebutnya sebentar tadi. Dia menundukkan wajah, cuba untuk melarikan pandangan dari menatap aku.

Cawan kopi di atas meja ditenung, tanda dia bungkam dengan kata-kata. Tidak ada perkataan yang boleh meredakan suasana yang sedang kami hadapi.

+ Korang okay?

Telefon yang terletak atas meja bernyala dengan tanda notifikasi WhatsApp terpapar pada skrin. Text dari Amy membelah sunyi antara kami, walau pada hakikatnya cafe ini bising dengan hiruk-pikuk manusia yang lalu lalang.

Aku membiarkan sahaja soalan Amy tinggal tanda tanya. Belum masanya untuk aku menjawab. Sekarang ini, dia yang berada di depan mata lebih penting. Kami sedang berlawan dengan perasaan dan itu satu-satunya ungkapan yang keluar dari mulut dia sepanjang hampir setengah jam kami di sini.

Seketika kemudian dia menarik nafas panjang lalu bersandar. Mungkin dia sudah mula menyesuaikan diri dan mahu meneruskan perbualan.

"Perkara ni realistik" ujarnya sambil mengangguk-angguk kecil. Dia mencapai cawan kopi dan menghirup perlahan. Sunyi kembali menghantui ruang antara kami.

Aku masih berdiam menunggu respon penuh dari dia.

"Logik. Rasional". Sekali lagi dia angguk-angguk kecil. Cawan di letak kembali ke meja.

"Mungkin masanya dah sampai untuk kita sedar realiti" ada getar dalam nada dia.

Aku hanya mampu memaku pandangan pada wajahnya yang kini sedang bersungguh menahan perasaan.

"Terima kasih sebab jujur pada I".
Ayat terakhir Adi membuatkan genang air mata yang aku cuba tahan dari tadi tumpah juga akhirnya.

Adi tetap Adi.
Rasional dan realistik adalah pasak prinsip, terutama apabila menyentuh perihal hati dan perasaan.

*****

IOI City Mall penuh sesak di hujung minggu. Hana mengajak aku keluar membeli barang keperluan untuk rumah sewa barunya. Semester depan dia akan mula menjalani latihan industri. Hampir satu jam kami menghabiskan masa di HomePro membeli segala keperluan.

"Along, kita pergi makan jom?" ajakan Hana memang tak dapat aku tolak. Perut sudah berkeroncong minta di isi. Kami beriringan menuju deretan restoran berdekatan.

"Hani?" satu suara menyapa aku dari belakang. Suara yang agak familiar.

"Eh? Rose!"

Walaupun separuh wajah terlindung dek pelitup muka, Rose tersenyum senang melihat aku.

AdiWhere stories live. Discover now