"Aku memang suka dia dari dulu..." tenang Ben jawab.
"Tapi dulu dia awek Shah" sambung Ben sambil teh tarik kurang manis di depannya diteguk. Haus pulak berbual dengan Amy ni!
"Tapi sekarang pun dia girlfriend orang, jugak...". Amy serba salah nak bagitahu perkara sebenar, takut nanti Ben jatuh kerusi.
"Awek... bukan bini" Ben pandang Amy sambil sengih.
Iskh mamat ni...
"Ben, kau serius suka Hani?" sekali lagi soalan itu ditanya.
Ben angguk, pasti sungguh gayanya!
*****
"Habis tu, Adi tak turun sini jumpa kita?"panas juga hati bila dengar Adi balik jenguk mak tapi tak turun JB.
"Hani tanya sepatah, dia jawab sepatah! Sakit hati!" Hani meluahkan rasa marah dia pada Amy.
"Jap Amy call dia" telefon dicapai dan nama 'Adi Housemate' di tekan.
Ya, Adi bukan lagi housemate tapi nak letak 'Adi Exhousemate' rasa tak kena... apatah lagi 'Adi Landlord'.
"Salam. Adi... apasal tak turun JB?"
*****
Aishhhh... Ben ni betul-betul susahkan aku la... yang gatal ajak Hani keluar dah kenapa... Hari tu aku dah pesan si Hani ni girlfriend orang... tengok! Sekarang dah kantoi dengan Adi pulak... Yang si Hani ni pulak gatal ikut Ben dah kenapa?
"Hani tolong spotcheck rumah sewa Ben je lah! Dia mintak tolong..." suara Hani kedengaran serius.
"Adi patut percaya Hani.. tanya Hani direct... Hani boleh explain..." ehh.. makin yakin Hani ni dengan hujahan dia.
"Kalau Hani nampak Rose berdua dengan Adi, dalam satu kereta, Hani jeles tak?"
Patah riuk semua hujahan Hani.
"Tolong Hani boleh? Dapatkan surat rentas negeri... Hani nak jumpa Adi". Dah start merengek si Hani ni.
Disebabkan aku rasa Ben tu kawan aku dan dia telah membuat onar ke atas hubungan Hani-Adi maka aku dengan tanpa keterpaksaan akan support dan tolong Hani.
*****
"Lawa budak yang jaga booth tu weh". Ben menepuk bahu Shah sambil matanya dibawa ke arah Hani yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Lawa, kan? Mesti ar... awek aku semua lawa beb" Shah sengih.
"Dem!" Ben menolak bahu Shah sambil ketawa besar. "Laju kau buat kerja!" Ben menambah.
Mata di bawa kembali pada Hani yang sibuk membantu urusan pendaftaran pasukan media. MarCom yang diselia Shah dan Hani adalah antara team paling sibuk pada hari temasya triathlon berlangsung. Jaga pihak media memang letih!
"Shah, aku gerak dulu. Group aku jap lagi dah nak bertolak balik. Jumpa kau bila-bila senang".
Ben memandang ke luar tingkap. Fikirannya dibawa jauh, teringat kali pertama dia berjumpa Hani. Waktu itu dia tahu dia tidak punya kesempatan untuk mengenali Hani dengan lebih lanjut.
Tapi semua berubah bila dia dapat tahu Shah ingin bertunang, tapi bukan dengan Hani!
Dan hatinya cukup berbunga apabila terserempak Hani di pejabat, sewaktu Hani baru pulang temuduga. Hani yang kebetulan sedang berborak dengan Amy - gadis sekerja yang cukup ngam dengan dia - merupakan peluang baik untuk dia memperkenal diri.
"Rol! Kau ingat tak awek Shah budak yang kerja satu resort dengan dia dulu tu?" Ben tunjuk gambar Hani yang dia curi-curi rakam waktu Hani berada di lobi semalam.
"Oh.. ha.. ingat... Lawa budak ni" Zairul sengih.
"Dia kerja sini oi! Ganti Nurul!" Ben dah sengih sampai telinga.
"Dia masih dengan Shah?" Zairul tanya tegak.
"Shah dengan orang lain... dah putus kot" sengih makin melebar.
"Pergh! Ada can la kau Ben!" Zairul tepuk-tepuk bahu Ben. Dia masih ingat sejak balik dari family day dulu, Ben tak habis-habis kutuk Shah yang sejenis simpan awek keliling pinggang. Mungkin pasal cemburu Shah banyak awek, atau Ben dah sangkut kat Hani.
Well, kali ni, Ben ada chance baik nak tackle Hani. Sebagai kawan baik, dia sokong kalau Ben dah sedia nak bina masjid.
"Makan nasik minyak la kita..." Zairul sengaja menyakat Ben.
Tengah PKP gini mana boleh buat kenduri oi!
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...