Bab 3 : JB ke PD

280 18 0
                                    


Tiga hari dua malam. Macam tak puas menikmati keindahan Negeri Bawah Bayu ini.

"Terima kasih sponsor I bercuti dan release stress". Aku memandang dia di sebelah yang dari tadi asyik dengan telefon. Sekejap dahi dia berkerut. Selepas itu menggeleng-geleng kepala.

Dia memandang aku lantas menghulur sekeping pelitup muka. "Nah, pakai ni." ujar dia seperti memberi arahan.

"I rasa tak lama lagi mungkin susah nak pergi travel..." dia menyimpan telefon ke dalam poket. Wajah aku ditenung lama.

"Terima kasih juga, sudi luangkan masa dengan I". Kemudian dia menyandarkan diri ke kerusi.

"Dan create moment dengan I..." sambung dia lagi.

"A great moment". Dia kemudiannya sengih macam kerang busuk.

Aku memukul manja lengan dia. Siot betul! Aku rasa aku paham apa yang dia maksudkan dengan 'great moment' tu.

Muka aku dah merah macam kena siram sos cili.

*****

"Apa yang best honeymoon korang?" Amy yang sedang memandu seakan teruja nak mendengar story percutian kami.

"Honeymoon apanya..." aku mencebik. Amy selalu gurau macam tu...

Adi yang duduk di kerusi sebelah pemandu menoleh ke arah aku yang duduk di belakang. Sengih gatal dia dah keluar...

"Kundasang sejuk... tapi seronok... kan sayang?" dia sengih lagi. Saja mengenakan aku lah tu! Malas nak layan!

"Seronok macam mana tu?" Amy bertanya lagi, ikhlas soalannya.

"Pagi memang sejuk gila, rasa macam nak bergulung dalam selimut, tak nak bangun" Adi dah ketawa... Iskh! Geramnyaaaaa......

"Makan apa sedap?" Amy sambung lagi bertanya.

"Sayap ayam!" aku dan Adi menjawab serentak, kemudian ketawa.
Kepak ayam bakar kat depan Kundasang War Memorial tu memang sedap gila!

Sepanjang jalan dari Senai Airport sampai rumah, kami tak habis bercerita tentang pengalaman percutian kali ini.

*****

"Sayang, drive baik-baik. Pakai facemask. Make sure sentiasa bawak hand sanitizer". Dia memang nampak risau, tapi InsyaAllah aku akan baik-baik sahaja. Ini bukan kali pertama aku memandu seorang diri dari Johor ke Port Dickson. Biasanya lebih kurang tiga jam aku dah sampai.

Aku menghulur tangan, meminta salam.

Dia nampak terkejut dengan tindakan aku, namun tetap menghulurkan tangan. Aku menundukkan wajah dan cium lembut. Salam dilepaskan.

"Jaga diri". Ciuman di pipi kanan aku berikan.

Entah kenapa, terimbau kembali hari aku berpindah dari rumah ini, setahun nan lalu.

Melihatkan aku berdiri diam, dia mendekatkan diri pada aku. Tangan dia merangkul pinggang aku dengan lembut. Gaya romantis, seperti biasa.

"Sayang, I love you. I do" dia berbisik ke tepi telinga. Rasa hangat menjalar dalam hati.

"I do love you, too".

Kereta bergerak perlahan keluar dari kawasan perumahan.

Kenapa rasa sedih ni? Tahun lepas tak ada lah rasa sedih sampai macam ni!

AdiWhere stories live. Discover now