Bab 6 : Tol Ayer Hitam

254 17 2
                                    


"Dari mana, nak kemana, cik?". Soalan standard dari konstable yang berdiri di bawah payung, cuba berlindung dari bahang matahari jam 1 petang.

"Dari JPO, encik. Nak balik rumah". Aku nampak Adi hulur kad pengenalan pada abang polis. Kad pengenalan dia memang masih beralamat rumah mak.

"Haish! Orang tengah risau kes naik, awak boleh pergi shopping pulak!". Abang polis bersuara garang. Tapi dia di sebelah cuma senyum, tenang.

"Banyak sale?". Abang polis yang seorang lagi bertanya.

"Levi's tengah buat sale, encik". Dia pancing abang polis dengan info jualan seluar jeans murah pulak!

Kad pengenalan dikembalikan dan abang polis buat isyarat 'jalan!'. Kereta berhenti di lampu isyarat simpang tol Ayer Hitam.

Dia hanya tersengih dan Amy yang duduk di belakang menjerit girang.

Selamat Hari Raya!

*****

Mak memang nampak gembira. Mungkin sebab tahun ni aku dan Amy turut beraya bersama.

"Hani, kau nak pakai sedondon dengan Adi ke?" Amy punya soalan memang jenis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Sewaktu pack barang nak balik kampung, Adi dah pesan tahun ni Royal Blue adalah tema warna baju raya. Mujur aku ada sehelai baju kurung warna yang sama.

"Adi pakai apa? Kurta?" Amy tanya sambil buat muka curious.

Aku hanya angkat bahu. Jujur aku memang tak tahu dia pakai apa pagi raya nanti.

*****

Amy tak habis tersengih. Seronok betul berhari raya bersama keluarga. Haiceh!

Mak rebus ketupat dan masak kuah lodeh, menu wajib hari raya di rumah ini.
Ayam masak merah, rendang daging dan kuah kacang cantik bersusun di atas meja.

Mari menambah kalori!

"Hadilla..." suara mak dari dapur kedengaran.

Aku dan Amy tersentak. Ini kali pertama kami berdua dengar mak sebut nama dia...

Adi yang baru bersiap muncul dari bilik. Dengan baju kurung plain warna royal blue dan shawl hitam siap lilit leher, aku hampir tak kenal dia.

Amy tersedak lalu terbatuk. Dia kemudian berjalan ke arah Amy dan menepuk (dengan kuat) belakang Amy. Mungkin membantu, mungkin juga sengaja memukul Amy.

"Formal occasion". Rendah dia menuturkan sambil berlalu ke arah dapur.


AdiWhere stories live. Discover now