"Ni ada beli lebih, mak bagi je lah jiran-jiran".
Aku letak plastik berisi ketulan belacan Bintulu ke atas meja. Mak hanya senyum mengangguk. Ternyata emak suka bila ada lebihan ole-ole, dapat juga dia bersedekah."Mak masak asam pedas ikan mayong harini". Mak bangun seraya berlalu ke arah dapur. Aku mengikut rapat kerana perut sudah berkeroncong.
Di luar hujan lebat. Nikmatnya dapat makan asam pedas air tangan emak sambil menikmati cuaca sejuk yang sebentar ini.
"Banyaknya masak..." aku membuka penutup periuk sederhana besar yang sepertiga penuh dengan ketulan isi ikan mayong. Haruman asam pedas semerbak menusuk hidung.
"Saja masak banyak. Sekejap lagi Hani singgah, nak ajak makan".
Hani nak singgah?
"Dia nak hantar kain yang beli minggu lepas... nak tempah sekali dengan mak".
Mak menjawab tenang seolah dapat mendengar isi hati aku.
Jauhnya nak hantar kain tempah buat baju... hantar la kat KL... kan ke majlis dia nanti kat KL?
Aku cuma mampu bermonolog sendirian.*****
Hani tiba setelah aku siap makan. Memang aku sengaja makan dulu tak tunggu dia.
Perut lapar minta di isi, kalau lambat gastrik pula nanti, kan?Aku duduk di beranda sambil menikmati angin sejuk. Dengan tiba-tiba, satu sosok berdiri di sebelah aku.
"Jom pergi Gunung Lambak?" Hani duduk di sebelah aku (dengan tanpa rasa bersalah).
Dah la duduk sebelah tak mintak izin, pastu suka-suka je nak ajak aku pergi berjalan!
"You pernah janji nak bawak I, kan?" suaranya merengek manja.
Eh? Excuse me... apasal pulak nak suruh aku bawak? Suruh la tunang kau....
"You memang taknak bercakap dengan I ke?"
Melihatkan aku masih diam, Hani merapatkan wajahnya ke cuping telinga aku.
"I rindu you" ujar dia perlahan.
Tegak tubuh aku mendengar ungkapan rindu dari dia. Otak aku sedaya upaya memproses ayat yang baru diucapnya sebentar tadi. Aku jadi confuse.
"Ben?" Itu je yang mampu aku respon.
"Jom pergi Gunung Lambak?" kali ini nada Hani sedikit serius.
Melihatkan dia bersungguh, tanpa berbasa-basi aku bangun dan ambil kunci kereta.
"Mak, kitorang keluar kejap" aku melaung pada mak yang berada di dapur. Belum sempat mendengar balasan emak, aku sudah melangkah keluar.
Ada hal penting yang nak diselesaikan.
*****
Aku tidak jadi bawa Hani ke Gunung Lambak. Hujan lebat tadi pasti membuatkan walkway basah, licin malahan berbahaya. Disebabkan itu, aku pilih untuk santai minum di restoran dalam rumah agam yang berkonsep resort berdekatan Gunung Lambak. Hani hanya diam menurut.
Meja berdekatan kolam renang yang aku pilih itu memang agak tersorok dan lebih private.
Nun di hujung kelihatan berbalam gunung dilitupi kabus yang ternyata menaikkan seri pemandangan. Udara sejuk mula menggigit hidung tetapi cuaca sebegini ternyata membuat emosi aku lebih stabil."Let's talk". Itu ayat pertama Hani setelah minuman kami dihidang.
Cawan berisi cappuccino itu aku hirup dengan tenang dan perlahan, sedikit demi sedikit. Aku sengaja ambil sedikit masa biar kopi panas itu mengalir di tenggorok lalu mengurangkan kepedihan akibat udara sejuk.
"Hm, kita nak cakap apa je ni?"
Sengaja aku lontarkan soalan bodoh tanpa memandang wajah Hani. Ketika ini, aku rasa harga diri aku paling mahal mengalahkan harga 'vibranium'."I tahu kita masih dalam status on-hold, KIV. Tapi kita patut discuss pasal hubungan kita ni".
Ucapan Hani membuat kening aku berkerut (dengan sekerut-kerut kejadian).
"Wait. What? On-hold apa ni?"
Aku confuse, tapi muka Hani lagi confuse kuasa dua."Jap. Bila masa kita on-hold?" Aku sambung bertanya dan pakukan pandangan pada wajah Hani sedang terbeliak, mungkin terkejut.
"Jap, kita tak on-hold ke? Habis tu kenapa you tak contact I?" Soalan Hani membuat aku jadi makin keliru.
"Jap, bukan kita dah putus ke?" Aku bertanya sambil oktaf dah naik satu tangga.
"Jap, bila masa kita putus?!" Hani dah menjerit kecil.
"Jap." Aku minta sedikit masa mahu menghela nafas.
"Jap" Hani pun sama, meminta sedikit ruang untuk berfikir tentang apa yang sedang berlaku.Sekejap eh kawan-kawan.
Aku sedang cuba memproses apa yang sedang berlaku sekarang.Kitorang bukan dalam status on-hold.
Dan salah seorang ingat kitorang masih belum putus.Jadi, apa status sebenar hubungan aku dengan Hani ni???
Ahhhh sudah!
Korang pun confuse jugak, kan?!
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...