Bab 15 : Mencari Penawar di Bandar Penawar

181 13 4
                                        

Amy makin sibuk sejak bertukar ke tapak projek Bandar Penawar. Pagi hari lagi dia dah keluar rumah. Jarang aku dapat breakfast dengan dia. Balik pula nun jejak malam hari.

Pergi kerja tak nampak matahari, balik kerja pun tak nampak matahari.

"Bagus la macam tu... lagi mudah untuk dia move on bila focus pada kerjaya" ujar Adi sewaktu kami sedang melayan sesi pillow talk.

"Amy tu punya lah sempoi, setia, menyokong partner... lawa, baik hati, kelakar... reti bawak diri, jaga friendship" Aku cuba list segala point sisi baik Amy. Memang banyak markahnya!

"Tetap jugak Faiz nak cari lain" aku menyambung sesi luahan hati-tak-puas-hati.

"LDR bukan mudah nak maintain... you patut lagi faham" ayat penyata dari Adi membuat mulut aku terkunci.

*****

"Nah, air". Huluran cawan plastik dengan air oren itu aku sambut dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang pinggan berisi nasi ayam, seketul karipap dan sepotong tembikai.

"Hani, cuba lah rasa cheesecake ni. My wife yang buat". Zairul menghulur piring berisi sepotong kek. Sekali lagi tangan kanan aku menyambut huluran piring, cawan dan pinggan yang silih berganti.

Aku potong secebis cheesecake dan masukkan ke mulut.

Ui! Memang sedap! Boleh buat meniaga!

"Kan! Sedap kan!" Zairul ketawa. Aku angguk laju. Potongan ke dua masuk ke mulut.

"Wife Zairul ni memang ada business jual kek. Siap boleh ambil tempahan"

"My wife dulu kerja hotel jugak, kat Melaka. Lepas kena retrenched, dia meniaga jual kek". Zairul mula bercerita. Aku agak curious Zairul sibuk masukkan info tentang dunia perhotelan.

"Hani dulu, D'rhu Resort, kan?" soalan yang paling aku malas jawab kini ditanya Zairul. Nampaknya terpaksa aku layankan sesi berborak ni.

"Ha'ah. Tapi dulu Marketing. Lama dah tinggalkan resort tu" skema jawapan yang aku dah hafal bila mana orang bertanya tentang kerja dulu.

"Mana Zairul tahu dulu Hani kerja kat sana?" aku memang pelik sebab Zairul macam dah lama kenal aku, padahal ini baru pertama kali aku berkesempatan berborak dengan dia.

"Hani tak ingat kot... Dulu company kita ni pernah buat event kat resort you..."

"Tapi masa tu kitorang banyak liaise dengan Shah" sambung Zairul lagi.

Hah! Terjawab akhirnya...

"Masa Hani masuk sini, Ben la yang dok kecoh bagitau kitorang" Zairul yang dari tadi ketawa menyiku Ben yang sedang berdiri di sebelahnya.

Aku sangat yakin rona wajah Ben dari selamba bertukar malu.

"Shah tu member Ben masa kat uni". Ben mula bersuara untuk memperjelas keadaan. Dari body language, Ben seolah mahu menambah ayat... tapi melihat Zairul di sebelah, dia tak jadi meneruskan kata-kata.

"Ok lah Hani... terima kasih sebab sudi datang jengok kitorang kat site sini... ini kira farewell party untuk semua... after commissioning, I pun ingat nak chow join projek lain kat Melaka" Zairul mendongak dan memandang ke arah Ben.

"Ben ni je yang masih setia nak stay kat Johor. Dengarnya sebab ada marka kat sini" sekali lagi Zairul menyiku Ben.

"Hoish!" Ben mencerun ke arah Zairul yang sedang ketawa besar.

Aku membiarkan Ben dan Zairul, dan memusatkan pandangan aku kembali pada cheesecake. Namun, otak aku tak henti berfikir.

Ben kawan Shah...

"Hani..." suara Ben mengejutkan aku. Aku berpaling pada Ben yang kini duduk di kerusi bersebelahan aku.

"Ben nak gi opis Pasir Gudang. Boleh Ben tumpang Hani balik sana jap lagi?"

Haritu Ben tolong aku masa kereta rosak. Takkan Ben nak tumpang kereta aku harini aku tak bagi pulak?

"Okay" mudah pulak perkataan itu meluncur keluar dari mulut aku. Ben dah senyum sampai telinga

*****

"Sorry kalau Zairul agak bold tadi". Suara Ben seperti sedang memohon maaf.

"Ben ada jumpa Shah ke dalam tempoh PKP ni?" aku malas nak berpusing-pusing. Satu benda aku belajar tentang lelaki - kalau nak jawapan, tanya straight to the point.

"Last masa dia plan nak bertunang tu la" dahi Ben berkerut seolah sedang recall kali terakhir dia bertemu Shah.

Huh? Bertunang?

"Shah bertunang dengan siapa?" terlalu mudah aku jatuh ke perangkap 'sifat inkuiri tinggi'.

"Natasha". Jawapan Ben memang dah boleh di agak.

Aku menggenggam stereng kereta dengan lebih kemas. Berita Shah bertunang tidak lah memeranjatkan aku, tapi fakta benar yang Ben mengenali Shah membuat aku kurang selesa jadinya.

"Hani... Ben dah kenal Hani dari zaman Hani kerja resort, sebenarnya. Tapi masa tu... Hani dengan Shah".

"Harap Hani tak salah faham..." sambung Ben lagi.

Ya tak ya jugak. Shah tu dah tinggal sejarah... sekarang aku dah kerja lain, hidup aku juga dah lain, circle of friends aku juga berkembang... dan Ben kini adalah salah satu darinya.

"Tak lah... Shah tu cerita lama". Aku ukir senyuman. Aku dah move on bertahun dah...

"Terima kasih sudi datang makan-makan harini" walaupun hanya separuh muka yang terlihat (sebab masing-masing pakai facemask), riak wajah gembira Ben jelas kelihatan.

"Terima kasih sudi jemput I".

Aku penuhi jemputan atas dasar hormat dan ingin balas jasa baik Ben membantu aku tempoh hari. Selain itu, Amy yang semakin sibuk membuatkan aku mulai rasa kesorangan. Adi? Hanya panggilan video yang menemani aku.

"Hani, esok free ke?" Ben sedang memusatkan pandangan ke arah aku.

Ah! Sudah... dia tanya aku free ke tak?
Korang rasa apa soalan dia seterusnya?

AdiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang