"Hani... suka Ben?"
Pertanyaan Amy itu memang menyentak perasaan aku.Aku tak mampu memberikan respon walaupun aku tahu Amy sedang merenung dan menunggu jawapan dari mulut aku.
"Hani masih ingat kali pertama kita berborak tentang hubungan yang macam ni?"
Amy mengembalikan ingatan aku pada malam dua tahun yang lalu.Malam itu, aku gusar menunggu Adi yang lewat balik ke rumah. Remuk hati aku bila dapat tahu yang Adi sebenarnya bersama Nawwar yang pada ketika itu merupakan assistantnya.
Dan pada malam itu, aku benar-benar luahkan segalanya pada Amy -- tentang perasaan aku terhadap Adi, tentang blackmail dari Shah dan tawaran kerja baru di Port Dickson.
"Amy dah pernah pesan, kan? Hubungan macam ni banyak halangan, banyak risiko..." suara Amy menarik aku kembali ke realiti.
"Hani pernah couple dengan lelaki. Jadi paling tidak, pasti ada terdetik dalam hati untuk berkahwin, ada anak, bina keluarga..." Amy menepuk perlahan bahu aku.
"Hani... tak salah pun kalau Hani rasa something dengan Ben. Itu fitrah" ujar Amy sebelum dia kemudiannya menghabiskan air minuman dan menuju ke sinki. Usai membasuh cawan, dia kembali dan berdiri di sebelah aku.
"Hani berhak buat pilihan sebab ini adalah tentang masa depan Hani sendiri" Amy kemudian melangkah meninggalkan aku keseorangan di island table berteman segelas susu yang kini sudah separa sejuk.
Dan apabila telefon yang diletak bersebelah gelas tiba-tiba bergetar menandakan ada mesej baru masuk, aku tahu yang lambat laun aku harus memberitahu Adi akan hal ini.
+ I dah dapat tarikh 2nd dose. Venue masih sama. I'm coming home.
*****
Melihatkan Adi yang bercucuran air mata, mana mungkin aku boleh tahan perasaan aku!
"Sayang... I am sorry. Please forgive me".
Cliché! Ayat cliché! Tapi, cuma itu yang mampu aku ucap pada ketika ini.
Aku tahu aku salah kerana terus-terusan keluar dengan Ben dan membelakangi Adi.
"You tak perlu minta maaf. Menjadi perempuan yang mencintai perempuan, I sentiasa bersedia untuk saat seperti sekarang".
Sebuah realiti perit dihempap tanpa ehsan pada jiwa aku.
"Adi...".
Sayangnya suara lirih aku tidak mampu memecah hening suasana.
"I tidur bilik bawah malam ni". Dan dengan ayat itu Adi meninggalkan aku berseorangan.
*****
"Kalau you tak sihat, ambil cuti dan stay kat sini" aku masih gigih memujuk Adi yang sedang mengemas bagasi untuk pulang ke Kuala Lumpur sebentar lagi.
Dos kedua vaksin dia terima pagi tadi. Lepas lunch, dia sudah gegas mahu pulang secepat mungkin.
"I nak singgah Melaka hantar Amy... lambat sangat nanti sesak pulak" walaupun nada Adi seakan bersahaja, aku tahu dia sedang cuba menyembunyi perasaan.
Walau dalam musim PKP begini, masih banyak kenderaan di jalanan atas urusan kerja. Pasti susur keluar tol Ayer Keroh sesak dengan kereta berbaris panjang menunggu lepasi roadblock!
Tapi, apa daya aku nak halang Adi. Pertama, dia memang nampak sihat. Kedua, dia memang perlu menghantar Amy pulang ke Melaka.
"Hani, minggu depan aku tak balik" kedengaran suara Amy yang tiba-tiba muncul di depan pintu bilik.
"Dah tu bila Amy plan nak balik? You?" aku menoleh ke arah Adi.
"Tunggu pengumuman boleh rentas negeri. 95% vaccinated" sehela nafas sahaja Adi jawab.
Huh? Kalau ikut statistik dan trend, mungkin sebulan dua lagi baru dapat capai peratusan tu!
"Sama dengan aku. Koyak jugak tiap minggu nak gi swab test. RT-PCR pulak tu! Makin besar lubang hidung aku!" walaupun Amy ketawa, entah kenapa hati aku terguris.
Semua orang nak menjauhkan diri dari aku ke?
YOU ARE READING
Adi
Ficción GeneralPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...