Bab 43 : Semua Kenangan Dari Setiap Tempat

136 5 0
                                    


"So, macam mana? Suka rumah ni?" Adi bertanya sambil melangkah beriringan dengan aku menuju dapur.

"Untuk dapur, basic electrical appliances semua lengkap. Tapi kitorang pun sebenarnya jarang memasak". Aku menambah walaupun pada dasarnya Adi yang lebih layak bercakap. Sebab semua barang dalam rumah ini Adi yang punya!

"Rumah ni fully furnished. Kitorang tak plan nak jual barang-barang dalam rumah ni". Adi bergerak dan kemudian berdiri bersebelahan aku. Mungkin untuk memberi tanggapan yang lebih positif kepada prospek kami.

"Island table ni tempat favourite kitorang. Praktikal dan selesa. Banyak kenangan...", ujar aku sambil alihkan pandangan pada Adi. Sesaat itu aku dapat menangkap perubahan riak wajah Adi. Dia sedang tersenyum malu-malu.... Mungkin juga dia sama seperti aku - sedang mengimbau kenangan perkenalan pertama kami di island table ini.

Pancake, strawberry, coklat syrup.... diadun bersama senyuman dan kata manis. Fasa jatuh hati!

"Kalau semua okay, I will forward the tenancy agreement to you. Kos untuk stamp duty kita bahagi dua, ya?", sambung Adi pada gadis yang sedang berdiri di depan kami, yang juga menjadi bakal penyewa rumah ini.

"Ok Adi. Senang deal bila jumpa tuan rumah. Proceed". Gadis itu memberi persetujuan sambil senyum senang.

*****

"Korang dah siap pack semua barang?" Wajah penuh ceria Amy jelas nampak pada skrin telefon di tangan. Aku sedang FaceTime dengan Amy sambil mengemas kotak terakhir yang bakal disumbat dalam bonet kereta.

"Semua dah siap. Esok kitorang tidur rumah mak dulu. Ahad pagi baru gerak KL" balas aku.

"Okay... kirim salam mak esok. Jumpa korang lusa!" Amy senyum dan talian dimatikan.

"Sayang, esok kita pergi breakfast kacang pool dulu, nak?" Aku berpaling pada Adi yang masih menghadap laptop sejak lepas Maghrib tadi. Jam sudah melepasi angka 10. Kebiasaanya Adi sudah baring mahu beradu pada waktu begini.

"Busy betul you harini?" aku bangun dan berjalan ke arah Adi yang masih duduk tegak di meja kerja. Tangan kanannya sibuk menggerakkan tetikus ke kiri dan kanan, tanda dia bukan sedang sibuk membalas emel.

Skrin laptop Adi semakin jelas kelihatan saat aku mendekatkan diri kepadanya. Aku berdiri di belakang Adi dan bola mata aku tertancap pada gambar-gambar yang sedang di edit oleh Adi.

"You buat apa, sayang?" kedua tangan aku menyentuh perlahan bahu Adi. Aku dekatkan wajah pada sisi kirinya. Adi berpaling ke arah aku dengan perlahan sambil tersenyum.

Mata aku masih tertancap pada layar skrin di depan. Hati aku merasakan satu perasaan yang sukar untuk aku ungkap.

Adi sedang mengumpul gambar-gambar percutian kami.

Singapura, Kundasang, Port Dickson, Desaru, Kluang, Ayer Hitam, Tanjung  Piai, Ipoh, Lumut, Raub, Bukit Tinggi, Teluk Intan, Kuala Kangsar, Gerik, Tasik Banding, Penang....

"Sayang..." Adi berbisik perlahan.

"Cantik".

Kolaj digital gambar-gambar percutian aku dan Adi memenuhi skrin laptop.

"You suka?" tanya Adi dengan lembut seperti kebiasaan.

"Suka. Sangat" ada cecair bergenang di kelopak mata aku.

"I tahu rumah ni simpan banyak kenangan kita. Semua memori tu takkan hilang, dan I takkan pernah lupa. Setiap sudut rumah ni ada memori tersendiri. Island table tu, contohnya" Adi gelak kecil dan membuat aku turut tergelak.

"Tapi sayang... kita pun dah create banyak moment yang best waktu kita travel, kan?"

Soalan Adi aku jawab dengan anggukan kecil.

"So, kita akan tinggalkan rumah ni... tinggalkan Johor... kita akan bina hidup baru di tempat baru. Well, tidak lah baru sangat sebab you orang KL.." Adi sempat mengusik.

"Tapi, I nak you sedar kita pilih untuk pindah sebab kita tahu this is for our own good... Kita simpan semua memori yang pernah kita cipta, dan bila kita sampai rumah baru nanti... Kita cipta kenangan baru, di tempat baru, segalanya baru. Fresh start".

Adi mengelus lembut tangan aku lalu dibawa ke bibirnya. Ciuman lembut diberikan di belakang telapak tangan aku.

Membujuk dalam cara yang romantis.


Kami akan tinggalkan rumah ini.
Rumah yang menjadi saksi  - hati aku terbuka menerima seseorang yang aku sendiri tidak pernah sangka.
Kami akan tinggalkan rumah ini.
Rumah yang menjadi bukti - cinta tidak berpaksi semata kerana gender.
Kami akan tinggalkan rumah ini.
Rumah yang menyimpan beribu memori - tentang hidup dan cinta.

Kami akan tinggalkan rumah ini,
Namun kenangan yang pernah tercipta takkan mungkin kami lupa.

*
*
*

"I love you, Adi".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AdiWhere stories live. Discover now