Bab 8 : Tanjung Piai Yang Paling Terselatan Benua Asia

255 16 0
                                    


Walaupun sekarang sektor pelancongan boleh beroperasi, aku masih yakin kerja di syarikat ini merupakan pilihan terbaik buat waktu ini. Walaupun hanya sebagai administrator, kerja ini nampak lebih kukuh jika dibadai ombak Kawalan Pergerakan yang kini dah jadi makin pelik dengan kemunculan pelbagai abbreviation.

"Sayang, esok cuti kan?" Adi masuk ke bilik dengan senyuman. Mood dia nampak baik betul.

"Nak jalan-jalan tak?" senyuman masih belum hilang dari bibirnya.

Esok hari Sabtu. Aku cuti Sabtu dan Ahad. Ini mungkin hikmah yang aku baru sedar, sebab sebelum ini - jika masih dalam hospitality industry, weekend adalah hari bekerja.

"Nak jalan gi mana?". Idea si Adi ni kadang gila sikit. Bab berjalan dan explorasi memang kegemaran dia.

"Dekat sini je". Dia masih tersengih.

*****

Hutan paya bakau di kiri kanan titian itu dipenuhi sampah. Sebenarnya, memang itu lah antara fungsi utama paya bakau - menahan sampah sarap dari laut agar tidak kembali ke darat.

Itu adalah sebahagian pembelajaran baru sepanjang hampir satu jam di kawasan ini.

"Seronok tak?" dia disebelah menggenggam tangan aku. Kawasan laluan paya bakau menghala ke globe ini kurang orang lalu lalang, jadi boleh mengada-ngada berpegangan tangan.

"Seronok... dah lama tak keluar jalan-jalan dengan you". Aku membalas genggaman jemarinya dengan erat.

Menapak beberapa langkah ke depan, kaki aku terhenti pada satu papan tanda. Kami berdua berpandangan sesama sendiri. 'You never walk alone'. Tengah hutan macam ni papan tanda cenggini pulak diletaknya! Genggaman tangan dilerai.

*****

"Next time kita pergi masa fenomena air pasang besar, nak?" aku disebelah masih ralit dengan brochure ditangan. Fenomena unik air pasang besar ini memang sering ditunggu-tunggu oleh pengunjung sehingga menjadi salah satu aktiviti pelancongan tahunan.

"Hmm... pasal tu... I ada benda sikit nak bincang dengan you. Tapi nanti, lepas makan.. lepas mandi.. malam nanti, boleh?" satu penyataan dan satu pertanyaan dalam satu ayat. Dan aku kenal gaya dia. Ini gaya dia nak menyampaikan berita yang tak berapa nak best. Kereta menuju kembali ke arah Johor Bahru.

Usai minum susu - rutin sebelum tidur, aku naik ke bilik. Dia sudah berada di atas katil dengan pijamanya. Mungkin menunggu aku.

"Sayang".
Nada suara dia jelas gugup. Aku faham keadaan dia ketika ini. Langkah aku bawa perlahan ke arah katil.

"Berita apa yang you nak sampaikan ni? Bagitahu je lah... I dah sedia". Jawapan aku membuat riak wajah dia bertukar. Terkejut mungkin.

"I... kena... pindah... ke... HQ".

What?!

AdiWhere stories live. Discover now