Aku dan Adi bergaduh. Pergaduhan yang mungkin paling teruk setakat ini. Couple mana yang tak pernah gaduh, kan?
Tapi biasanya tak sampai lima minit, bila emosi masing-masing mula stabil, kami saling meminta maaf.Tapi tidak... bukan kali ini...
"Rose is my new housemate. I belum sempat bagitahu you... I tolong hantar dia balik ambil barang kat rumah parents dia je. Dah terlanjur sampai Teluk Intan, I yang ajak dia pergi tengok Menara Condong. That's all".
Walaupun panjang lebar penjelasan yang dia cuba sampaikan, jujurnya aku masih belum dapat terima dia buat keputusan sebegitu tanpa berbincang dengan aku. Mungkin ia perkara kecil bagi couple lain, tapi ia perkara besar buat aku...
Amy hulur secawan susu suam -- cara terbaik mengambil hati lantas menenangkan aku.
"Apa yang Hani nak risaukan? Adi bukan jenis suka cheat atau main belakang" tegak tanpa perlu melencong kata-kata Amy dituju terus ke muka aku.
"Still, Hani perlu rasa sedikit risau... what if one day Adi rasa yang Hani jauh... dan Rose ada depan mata dia?" bidas aku. Tak perlu nak selindung-selindung kalau dengan Amy.
"Kalau dia nak cheat, takkan ada apa yang boleh halang dia. Even you" seperti belati menikam hati, begitu padu kenyataan yang Amy lemparkan pada aku.
Kenangan dalam pantry D'rhu Resort menjelma tanpa dipinta.
Sewaktu aku minta putus dahulu, hati aku mungkin sudah bersedia terima... tapi dalam kes ini, aku masih sayang pada Adi..."Hani" Amy hulur telefon dia pada aku.
Gambar durian dengan isi kuning keemasan, nampak lazat sampai boleh bikin air liur meleleh.
"Raya Korban hari Jumaat. Ada cuti panjang tiga hari" Amy sengih sambil mengangkat-angkat kening. Gambar durian disua beberapa kali di wajah aku.
Apekehal pulak si Amy ni?"Adi ajak gi Genting" sengih Amy semakin melebar.
"Lepas tu kita boleh cari durian!" Amy mula sogok imaginasi aku...Durian Musang King Raub yang berbentuk unik, bertanda bintang di bahagian bawah, duri berjarak, isi kuning keemasan, rasa manis dengan sedikit pahit..... serta dijual dengan 'harga yahudi'!
"Hari raya gi makan lemang Bentong pun sedap jugak, kan?" Ahhh Amy, makin banyak pulak benda menarik yang dirancangnya...
Hmmm.. walaupun sampaikan niat melalui Amy, at least Adi tunjuk juga effort untuk memujuk aku, kan?
+ Sayang. I masih marah.
Mana boleh bagi Adi menang hanya kerana sogokan durian!+ Sayang, I am sorry. I salah.
+ I want to make up to you...
+ So, I nak bawak semua pergi Genting, okay?'Semua'?
+ Kita ambil dua bilik.
+ Satu untuk kita berdua, dan satu lagi untuk Amy dengan Rose.
+ Okay?Rose pun ada sekali?
"Amy.............." haih, ini lah sahaja tempat untuk aku meluah...
*****
"You have to face the reality, bebeh!" sambil mengangkat tinggi cawan teh hijaunya, Amy seolah sedang berucap di hadapan para penyokong parti politiknya.
"Dari sibuk meratap sedih... ambil tindakan, teman-teman... ambil tindakan..." Amy masih dengan gaya tadi. Sekejap dia telan seteguk, kemudian dia angkat cawan teh, kemudian seteguk lagi.
"Biar terus berjumpa depan mata... biar kita kenal musuh kita... barulah mudah kita nak rancang strategi..." aku jadi musykil dengan minuman Amy. Dia teguk teh hijau atau ketum?
"Penyondol memang ramai, teman-teman... seperti babi... memang menyondol je kerjanya..." perlahan-lahan aku capai teko kecil teh hijau Amy dan melihat ke dalamnya.
"Macam babi kat Teluk Sengat tu kan, Hani?" Amy tiba-tiba ketawa. Aku turut tersengih. Kenangan segerombolan babi hutan yang kini membuat aku trauma apabila melalui jalan gelap.
"Amy ada masalah ke?" serius aku risau dengan Amy.
Aku yang sepatutnya rasa macam tu dengan Rose, walaupun masih belum terbukti dia mahu menyondol kekasih aku. Dan aku memang marah dengan idea gila Adi yang nak ajak Rose dalam trip kalini.
Amy memandang aku dengan pandangan sayu.
"Faiz. Dia ada pompuan lain kat aussie" senyuman plastik terbit dari bibirnya.
Telefon aku capai.
+ We should go to Genting.
+ To be honest, I do this for Amy.Tak sampai seminit, telefon aku berdering dan nama Adi muncul di skrin.
"Dari sibuk meratap sedih... ambil tindakan, teman-teman..." (Amy, 2021)

ANDA SEDANG MEMBACA
Adi
Aktuelle LiteraturPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...