Bab 27 : Sungai Udang Refinery

229 11 11
                                    


Patrick Star hampir sehasta besar itu aku peluk penuh kejap. Anak patung ini Adi belikan sewaktu dia hadiahkan YesDay -- beberapa minggu sebelum aku berpindah ke Port Dickson. Hanya ini yang boleh aku lakukan untuk mengurang rasa rindu pada Adi.

Dah hampir sebulan Adi kembali ke Kuala Lumpur. Sejak kali terakhir dia bermalam di rumah dan kes WhatsApp dari Ben yang mengganggu malam kami, Adi belum berkesempatan menjenguk aku di Johor Bahru.

"Hani... Dah tidur?" suara Amy dari balik pintu bilik.

"Amy, masuk lah" aku menjemput Amy masuk. Paling tidak aku masih ada Amy untuk jadi teman berborak.

"Hani... Amy nak bagitahu ni... Amy dapat offer untuk site kat Sungai Udang" ujar Amy yang duduk di sisi aku.

"Sungai Udang.... Melaka?"

"Ya, Melaka. New refinery terminal project" Amy angguk kecil.

Aku tak pelik kalau Amy dapat banyak offer kat tempat lain. Profil projek terakhir dia di Pengerang memang cukup gah untuk mendapat periuk nasi yang lebih besar. Periuk nasi untuk 5 kilo beras sekali masak, barangkali.

"Project base? Amy nak pindah ke?" Alamak... hati aku bertambah sayu jadinya.
"Adi pindah... Amy pindah... takkan Hani nak duduk sini sorang-sorang?" nada aku dah berlagu sedih.

"Amy tak pindah... Amy dah bincang pasal hal rumah ni dengan Adi... Hujung minggu, Amy balik... Tak jauh pun Melaka dengan JB..." sengih Amy seolah Melaka-JB macam belakang rumah je jaraknya.

"Hani takut lah tinggal sorang..." aku bukan takut hantu tapi takut akan keselamatan diri bila tinggal berseorangan.

"Nanti Hani call Adi ya... Bincang. Bilik lama Hani tu kosong, kan?" Amy menepuk lembut bahu aku.
"Sorry... Amy tak dapat tolak job ni" riak wajah Amy benar-benar nampak dia dilanda rasa bersalah.

Aih... takkan aku nak halang Amy meluaskan kerjaya dia pula?
Seorang wanita patut lebih faham dan menyokong wanita lain untuk terus mencapai aras lebih tinggi dalam kerjaya! #sisterhood

*****

"So... tak jumpa lagi ke budak nak sewa bilik?" sambil menyuap roti, Ben ajukan soalan pada aku.

"Belum... takut juga nak terima orang yang entah dari mana. Musim COVID macam ni, risau!" aku meluahkan kerisauan aku pada Ben.

Sejak Amy ke Melaka, aku banyak habiskan masa dengan Ben.
Diwaktu kerja, Ben akan tapau makanan untuk aku sekali. Dan kini selang seminggu kami pergi beli groceries bersama. Petang pula kami berdua lepak di tepi tasik Bukit Layang-Layang.

"Amy sampai malam karang?" tanya Ben lagi. Aku cuma angguk.

Amy biasanya akan sampai ke rumah tengah malam. Dua hari dia habiskan weekend di Johor kemudian pada Isnin, sebelum subuh dia dah gerak balik ke Melaka. Begitulah rutin Amy sejak sebulan lalu.

*****

"Selalu ke kau keluar dengan Ben?"
"Adi tau?"
"Kau tau kan Ben memang suka kau?"

Amy tarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung.

"Amy tahu Hani rasa kosong... tak ada kawan..."
"Tapi makin rapat dengan Ben cuma akan bawa rasa gembira pada Hani dan sedih pada Adi"
"Amy tahu... sebab ini yang Amy rasa dengan Faiz"

Sekali lagi Amy tarik nafas panjang.

"Amy kalau boleh memang tak nak masuk campur hal Hani"
"Tapi, bila Amy dapat tahu Hani selalu keluar dengan Ben, apa Amy nak cakap pada Adi kalau dia dapat tahu?"
"Mesti Adi kecil hati... sedih..."

Amy duduk di kerusi berhadapan aku. Island table yang menjadi pemisah serasa sejengkal sahaja jaraknya. Suara Amy benar-benar keras malam ni. Dari tadi asyik dia je yang bercakap. Aku langsung tak dapat jawab sepatah haram!

Aku tahu aku salah. Aku tak cerita hal aku keluar dengan Ben pada Adi.
Tapi, kalau lah Amy ada kat tempat aku sekarang... pasti dia juga akan berbuat yang sama!

Aku bosan tinggal berseorangan di sini.
Amy jauh. Adi... lagi lah jauh!

"Hani..." suara Amy dah rendah semula.
"Hani.... suka Ben?" soalan Amy menyentak seluruh jiwa aku.

AdiWhere stories live. Discover now