Bab 18 : Rumah Sewa Scientex

192 14 7
                                    

Adi sekadar memeluk aku. Secebis kain pun tak tertanggal dari batang tubuhnya. Aku pula yang rasa sejuk kerana langsung tak memakai sebarang pakaian.

"Sayang" pelukan dari belakang bertambah kejap. Payudara kanan aku dianduh sepenuh tapak tangan.

"I tahu hubungan kita bukan macam pasangan normal lain". Adi dekatkan bibir ke telinga aku.

"Kalau I ni lelaki, malam ni juga I mintak izin nak nikah dengan you". Tersentak juga aku mendengar luahan sebegitu dari Adi.

"Tapi I pun manusia. Ada nafsu..." dia mengeluh kecil. Tangan yang berada di kawasan dada aku dilepaskan perlahan-lahan.

"You jangan macam ni... I takut I tak dapat kawal diri I..." lirih suara dia.

"I sayang you. Bukan hanya sebab nafsu dan seks semata" tangan dia sudah turun merangkul pinggang aku.

Aku ambil keputusan untuk berpusing menghadap Adi. Dia bergerak sedikit ke belakang, memberi ruang pada aku.

"You taknak I malam ni?" soal aku dalam nada geram. Penuh yakin aku bogel macamni, kau reject pulak!

Adi pandang ke dalam mata aku. Mungkin sedang menaakul, atau berfikir tindakan selanjutnya.

Dengan tiba-tiba Adi menolak aku perlahan, sampai telentang. Bibir aku dikucup penuh ghairah. Dia naik ke atas aku. Sebelah tangan menahan badan dari menghempap aku, manakala sebelah lagi meramas payudara aku dengan penuh nafsu.

Kaki aku dikuak, dan sesaat kemudian tangan yang tadi meramas dada turun ke bawah menyentuh....

Sayang... Sayang....

"Sayang".
Aku terjaga.

Adi sedang berdiri di hujung katil, masih lengkap berpijama.

"Dah nak dekat pukul 7. Bangun ya."

Cilaka punya syaitan yang bermain dalam mimpi aku...

Kepala aku cuba recall apa yang terjadi malam tadi.

*****

"I bukan nak poyo jadi gentleman bagai" suara Adi menyapa dalam gelap. Dia mengambil tempat di sebelah aku yang sedang berbaring.

"Kita dah bincang hal ni, kan?" ujar dia lagi. Baju dan seluar yang terjelepuk di atas lantai di angkat dan dihulur pada aku

"Pakai balik. Sejuk nanti". Huluran dia disambut.

*****

"Jaga diri baik-baik" satu ciuman dari aku hinggap ke pipi kanan Adi. Dia senyum malu.

"I sayang you. Janji taknak merajuk macam ni lagi" aku tatap tepat ke dalam mata agar dia tahu yang aku benar-benar serius.

"I sayang you jugak. Ok, next time I tak buat lagi. I akan lebih rasional" dia angguk-angguk dan nada suara mengaku kalah.

"Good". Aku hulur tangan, minta salam. Senyum terbit di bibir Adi. Mood dia dah ok la tu...

*****

"Esok I free, kenapa?" soal aku pada Ben. Kami sedang dalam perjalanan pulang ke ofis Pasir Gudang, setelah habis jamuan makan-makan di site office Gelang Patah.

"I nak mintak tolong sikit sebenarnya". Ben macam serius nak mintak tolong.

"You tahu Scientex?" Ben pandang aku. Aku angguk, sebab kawasan tu dekat je dengan kawasan rumah.

"I ada beli rumah kat sana. Bagi sewa budak-budak perempuan kolej dekat situ".

"Ada masalah sikit sebab budak-budak tu bawak lelaki masuk..."

Terus terangkat kening aku. Budak-budak sekarang... realiti pahit untuk ditelan.

"I nak mintak tolong you buat random spotcheck".

"Actually I nak mintak tolong Amy... you tau la dia cemana, kan? Tapi sejak dia cover Desaru... payah gila nak jumpa dia!" Ben sengih.

"No prob.. boleh je.. esok petang?" aku pulak yang tak sabar gayanya.

"Set!".

Haish.. ingat Ben nak ajak keluar dating. Salah sangka pulak!

Hmmm... tak baik buruk sangka, tau!

AdiWhere stories live. Discover now