Bab 40 : DesaRhu

150 11 4
                                    


+ Good luck, Along!

Text dari Hana membuat aku tersenyum. Tak sangka Hana sangat supportive disaat aku memerlukan sokongan emosi.

"Beb! Rileks... tarik nafas... jangan gugup...".
Aku tetap angguk memberi respon walaupun Amy tak nampak. Hanya suara telefon dari Amy yang menemani aku sejak tadi.

"Kau dah ready, kan?"

"Ye, Amy! Dah sampai masa Hani kena settlekan hal ni. Once and for all". Aku hembus nafas sekuatnya, dan kemudian menghirup semangat supaya tetap cekal menghadapi malam ini.

Kereta melepasi tol Cahaya Baru terus dipacu menuju Desaru. Di radio, lagu melankolik mendayu melatari kisah malam ini.


*****

"Terima kasih sebab sudi terima pelawaan Ben ni".

Ben ternyata gembira bila aku bagitahu aku dah sampai. Dia siap turun ke kawasan parking semata mahu menjemput aku. Sikap gentleman sebegini yang biasanya membuat hati wanita mudah cair.

"Let's walk". Aku balas ringkas sambil beriringan dengan Ben menuju Cafe. Dalam hati, aku berdoa agar pertemuan malam ini berakhir dengan tenang.

Sejak sempadan Singapura-Johor kembali di buka, sektor perhotelan mula kembali sibuk. Hotel Hard Rock ini yang dulunya suram sudah mula menerima kunjungan pelancong dari seberang tambak.

"Hani... Ben ada benda nak cakap". 
Ben mulakan mukaddimah.

"Ben tahu proposal haritu sangat improper". Dengus perlahan keluar dari mulut Ben.

"Ben cuma nak Hani tahu yang Ben memang maksudkan lamaran tu" Mata Ben tidak berganjak dari memandang aku. 

"I just want you to know that I am ready... to be someone...."

"Ben, hold on". Mungkin nada aku sedikit keras sehingga Ben tidak lagi menyambung kata-katanya.

"I setuju datang ni sebab I pun ada benda nak cakap..."


So, this is...


"Ben, I am sorry".

Hilang sinar yang tadi terbit di kaca mata. Hilang garis senyum yang tadi disimpul di bibir. Hilang seri wajah yang tadi dilakar lembut.


"Ben, I tahu kita rapat. Tapi Hani betul-betul terkejut bila tiba-tiba Ben proposed." Aku sedang melakar realiti di depan wajah Ben. 

"Hani belum bersedia untuk berkahwin". Aku benar-benar harap Ben faham dan jelas sebab utama aku menolak.

Ben angguk kecil dan tidak meneruskan kata-kata. Very matured. Very sensible.

"I need to congratulate him, then". Ben senyum. 

Him. 

Ben sedang maksudkan teman lelaki aku.

Aku geleng perlahan.

"No, Ben. I don't have anyone right now".
Muka Ben berubah. Sumpah dia terkejut dengan penyataan dari aku.

"But, still, I am not ready to be married". Aku senyum memandang muka Ben.

Dan muka Ben pasrah dengan kenyataan aku.


*****

"Settle?" Amy yang pertama menelefon sebaik aku tiba di rumah.

"Dah. Ben macam boleh terima" aku simpulkan pertemuan aku dengan Ben sebentar tadi.

"Bagus lah kalau macam tu. Kalau Ben cukup matang dan memahami, dia mesti terima dengan hati terbuka..." ayat Amy membuat aku berasa bertambah lega.

"So, lusa kau nak singgah jumpa mak?" Amy tukar topik perbualan.

"Ye. Nak ajak mak pergi tempah kain baju raya yang beli haritu".

"Tak salah aku, Adi balik dari Sarawak esok. Mesti dia balik Kluang jugak". Informasi dari Amy membuat aku rasa berdebar.

Lama juga aku tak jumpa Adi. Sudah hampir sebulan rasanya sejak kitorang pilih untuk pause.

"Lagi satu hal nak settle" Amy ketawa kecil di hujung talian. Aku turut ketawa, tidak ambil hati dengan usikan Amy.


*****

"Jap. Bila masa kita on-hold?"
Otak aku sedang cuba memproses kata-kata Adi.

"Jap, kita tak on-hold ke? Habis tu kenapa you tak contact I?" Aku kembali menyoal. Sumpah aku sedang berasa keliru.

"Jap, bukan kita dah putus ke?" soalan Adi benar-benar buat aku mahu pengsan.

"Jap, bila masa kita putus?!" oktaf suara aku mula meninggi.

Aku ambil nafas sebentar. Cuma meredakan keadaan. Ternyata Adi juga sedang diam dan cuba mengawal perasaan. Walaupun cuaca sekarang sejuk dan kabus Gunung Lambak ternyata mendamaikan, hati aku tetap rasa panas dengan kebengongan Adi.

"I ingat you pilih Ben?"

Aku rasa macam nak hempuk kerusi ni kat Adi.
Hampir tiga minggu dia diam langsung tak mahu contact aku.
Aku ingatkan dia minta waktu untuk tempoh bertenang...

Rupa-rupanya dia ingat kitorang dah clash!

"Dah kenapa pulak I nak pilih Ben?!"

Aku berdiri sambil berusaha membuka cincin bertatah berlian yang tersarung di jari manis aku.

"I AM YOUR GIRLFRIEND, REMEMBER?!!"

Aku suakan cincin itu di hadapan wajah Adi. Geram betul rasanya!!!

Bodoh betul Adi ni!

AdiWhere stories live. Discover now