Jam 10:40 pagi aku selamat tiba di Lapangan Terbang Bintulu. Usai mengambil bagasi, aku bergegas menyelesaikan urusan sewa kenderaan. Memandangkan trip kali ini meliputi perjalanan dari Bintulu ke Samalaju kemudian Batu Niah dan terakhir ke Miri, aku memilih pacuan empat roda. Di sini, 4x4 pickup truck ternyata lebih mendominasi jalan raya.Business trip kali ini mengambil masa dua minggu. Sebenarnya aku tidak kisah jika harus bermukim di sini untuk tempoh berbulan, atau setahun dua sekalipun. Dengan jarak memisahkan, sekurang-kurangnya aku punya ruang untuk merawat luka di hati.
Hani.
Ya, Hani.
Teman wanita yang tidak mampu diisytihar.
Teman wanita yang sekarang dilamar orang.Perempuan yang membuat hati aku terluka, sekali lagi.
*****
"Kitak kenak ngajar kamek klakar Serawak".
Itu je lah modal ayat yang aku ulang setiap kali habis meeting dengan anak bumi Sarawak. Bermanis mulut ini perlu untuk mengambil hati dan juga menyemat rasa hormat.
Paling fasih sekarang ini semua benda aku jawab "aok" kalau aku setuju, benar, mengiyakan, atau perkara tersebut tepat pada pandangan aku.
Aok. Ya.
Hah, berbalik pada hal yang tergantung tadi;
Hani lukakan hati aku?
AOK!
*****
"Tak tergeliat ke lidah kau dok kamek kitak kamek kitak hari-hari?"
Berborak dengan Amy sering membuat aku ketawa terhibur. Ada je soalan merepek yang terbit dari kepala hotak dia yang bergeliga macam batu cincin tu."Aku cuma risau kalau terbawak-bawak bercakap kamek kitak dengan mak je nanti"
Amy berdekah. Aku pun berdekah.
Dalam kepala timbul imaginasi mimik pelik wajah emak mendengar aku cakap Sarawak."Eh, cakap pasal mak, Hani ada ajak aku gi lawat mak hujung minggu ni...." nada suara Amy berubah bila menyentuh soal Hani. Mungkin dia faham nama itu agak sensitif di pendengaran aku buat masa ni.
"Lawat mak buat apa?"
Aku tak tahu kenapa respon nada aku kedengaran seolah prejudis."Dah lama tak jumpa mak... selain tu aku rasa dia nak bagitahu hal tu kot" ada getar gusar di hujung suara Amy.
'Hal' tu. Hal apa?
Sudah semestinya hal rencana perkahwinan dia..."Pergi je lah... nanti-nanti pun mak tahu jugak. Baik bagitahu je sekarang". Aku masih lagi rasional, walaupun jantung aku seolah di tusuk buluh runcing.
Amy sekadar diam untuk memberi aku ruang meredakan degupan hati.
"Dah jumpa kat mana nak setup office?" Amy ubah topik perbualan.
"Dah. Aku decide kat Bintulu. Area sini, Kidurong".
"Yakin, Di?".
Selain soalan merepek dan luar petala alam, Amy juga mahir bertanya soalan yang bikin menggugah jiwa."Ya beb. At least, project ni boleh buat aku lupakan sekejap serabut masalah berkait hati dan perasaan".
Sekali lagi Amy diam, dan diamnya kali ini lebih panjang.
*****
+ Assalamualaikum Ila. Hani dengan Amy ada datang siang tadi.
Text yang baru diterima dari mak aku tenung panjang. Tak tahu nak tulis apa sebagai balasan.
+ Wsalam mak.
Melihatkan respon aku cuma balasan salam, emak kemudian menyambung.
+ Hani ajak mak pergi Jakel esok. Amy pun ikut.
Hmmm... laju betul nak pilih kain untuk majlis... Siap ajak mak... Amy pun join sekaki..
+ Ok, ikut mak lah. Orang transfer sikit duit kot mak nak beli tudung sekali.
Walaupun rasa tak berapa syok dengan plan diorang, aku tetap support mak kalau bab membeli baju baru.
+ Ok... kau nak pakai warna apa?
Soalan mak merobek perasaan aku...
Kalau lah aku boleh pilih, pasti aku mahu satin putih untuk majlis nikah. Samping songket hitam berbenang emas, sepadan dengan songkok hitam. Baju Melayu aku mahu Teluk Belanga - biar nampak lebih tradisional dan berbudaya Johor, mirip persalinan nikah emak dan arwah abah.
+ Mak ingat hitam okay kot.
Text dari mak mengembalikan aku ke alam realiti.
Hitam? Biasa majlis nikah pakai warna putih kan? Tapi, mungkin cocok juga aku pakai hitam... berkabung perasaan.
+ Ha ok mak. Orang ikut je.
+ Ok la kalau macam tu.. ha, bila kau nak balik? Lama lagi ke kat Serawak tu?
+ Hujung minggu ni... nanti orang terus balik Kluang. Ada ni ole-ole belacan Bintulu.
+ Jaga diri. Jaga makan. Jaga solat.
Aku cuma balas emoticon 'okay'.
Hani dah start plan cari kain... mesti tak lama lagi mula cari catering, mak andam, pelamin, dewan...
Lepas tu tempat honeymoon...
Lepas tu pindah rumah...
Lepas tu rancang family...Sakitnya rasa putus cinta!
Boleh ke aku move on?
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...