Bab 35 : Kotak Kaca Di Ketinggian 300meter Menara Kolumpo

158 11 0
                                    

"Okay, ni last!".
Amy keluarkan luggage terakhir dari dalam boot kereta. Aku dan Adi membantu membawa barang-barangnya masuk ke rumah.

Amy benar berpindah ke KL, meninggalkan aku keseorangan di Johor. Dan yang membuat aku makin jealous adalah apabila Amy memilih untuk tinggal serumah bersama Adi; menggantikan Rose yang berpindah mengikut suami.

"Lepas ni boleh buat sesi berkenal-kenalan dengan housemate sekali lagi!" Amy ketawa dengan lawak sendiri.

"Hi, aku Amy. Housemate baru kau". Sambil memperkenalkan  diri, Amy hulur tangan gaya nak bersalaman dengan Adi.

"Hi, aku Adi. Welcome to the club!" jabat tangan disambut penuh kejap. Adi pun sama dua kali lima melayan kepala senget Amy.

Sungguh aku tak tipu, level jeles aku makin memuncak melihatkan betapa gembiranya Adi menerima kedatangan Amy.

"Petang ni free... ada plan nak gi mana-mana?" Amy memandang Adi. Dah macam nak buat sesi ice breaking sekali lagi lah pula gayanya...

"KL Tower jom! SkyBox tengah murah ni". Adi dan eksplorasi berpisah tiada. Si adrenaline junkie lagi sekor ni pun gembira je lah dengan cadangan Adi tu.

"Yok! Yok!" Amy punya senyum dah sampai telinga.

*****

Aku memejam mata penuh kejap, tak mahu melihat sekeliling. Tangan kanan menggenggam kuat palang besi sambil tangan kiri menggenggam sekuatnya lengan dia.

Amy di belakang dari tadi dok menjerit 'Pandang sini!!! Pandang sini!!!'

Pandang mananya Amy!!! Aku tengah berperang dengan hidup dan mati kat sini, kau tau tak?!

"You... bukak mata, pusing ke belakang". Adi menyentuh genggaman kaku aku yang melekap pada lengan dia. Walaupun mata sedang terpejam, aku tahu Adi sedang tersengih dan ketawa kecil.

Si Adi ni pun, dah tahu aku ni acrophobia, di ajak nya pergi ke tempat gini pulak!

"Tinggal 30 saat je lagi... meh cepat bukak mata, kita ambik gambar". Adi memujuk lagi.

Yang tempat ini pun... bagi masa sekejap sangat dah kenapa?!

"Jangan takut, I ada... I sentiasa ada..." perlahan suara Adi berbisik di telinga, menyusup ke dalam jantung hati.

Aku melepaskan tangan kanan dan berpusing sedikit -- cukup untuk membuat kedudukan aku kini berdiri bersebelahan Adi. Perlahan tangan Adi kemudian memeluk pinggang aku dengan lembut, lalu menarik aku mendekat dengannya.

Aku buka mata, memandang Amy yang dah bersedia dengan telefon. Adi di sebelah tersenyum manis. Rangkulan tangannya di pinggang aku dieratkan.

Kami berdua tersenyum, berpelukan berdua, dalam kotak kaca di ketinggian 300 meter, dengan berlatar belakangkan pemandangan Kuala Lumpur dan KLCC.

*****

"Bye Hani..."
"Jaga diri baik-baik, sayang"
"Drive carefully beb..."
"Sampai nanti you call ya"
"Jangan lupa kunci semua pintu bila malam tau!"
"I akan cuba datang jumpa you bila free nanti, ya!"

Bersilih ganti ayat ucapan dari Adi dan Amy yang berdiri di luar pintu pagar melambai kepergian aku pulang ke Johor berseorangan. Sedih rasa hati tuhan sahaja yang tahu.

Adi memang dah buat keputusan untuk stay kat KL sekurang-kurangnya untuk dua tahun lagi. Amy pula kini memilih untuk bekerja tetap, bukan lagi secara lantikan kontrak seperti sebelum ini. Sejak COVID-19 menghentam suasana kestabilan pekerja kontrak dan freelancer, Amy decide untuk bertukar kerja. Kota Kuala Lumpur pastinya destinasi terbaik untuk mencari tangga gaji tinggi bagi pekerja makan gaji tetap.

+ Hi.
+ You dah sampai JB?

Notifikasi WhatsApp berbunyi. Aku pandang sekilas, dan sesungguhnya dalam tidak sedar aku menghela nafas kecil.

Bukan WhatsApp dari Adi.
Text dari Ben.

Well, unfortunately, Ben gagal interview kerja di KL. Maka, dia memilih untuk menetap di Johor. Nak risau apa, sekurang-kurangnya di sini dia sudah memiliki sebuah rumah di sini untuk persiapan masa akan datang.

+ Kulai. Y?

Aku balas ringkas.

+ Let's have dinner together?

Alamak! Ben ajak dinner... sekali lagi!

Aku telan air liur yang terasa seolah berpasir.

*****

Cincin dengan permata berkilau dalam kotak baldu hitam itu disua perlahan mendekati aku. Wajah Ben kelihatan penuh berharap.

Serentak itu, tangan aku menggeletar dan jantung pula berdetak laju; seolah aku sedang berlari pecut... Aku tidak tahu harus memberi reaksi yang bagaimana... Di dalam kepala, aku mendiagnosis diri sendiri -- mungkin saja aku sedang mengalami panic attack.

"Ben tahu ini drastik".

Ya Ben! Ini memang drastik! TERLALU DRASTIK!

Mahu saja aku menjerit depan Ben, namun iman (yang walaupun senipis kulit bawang) membuat aku menaakul kembali tindakan tidak wajar itu.

Aku menarik nafas panjang, mencari sedikit kekuatan dan ketenangan.

"Ben, I dah berpunya".

Dan aku angkat perlahan tangan kiri secara menegak; supaya Ben nampak jelas, sambil telunjuk kanan menyentuh cincin bertatah berlian yang tersarung di jari manis kiri -- cincin pemberian Adi.

"Belum tunangan, kan?"

Dia seolah amat yakin dengan soalan yang dia sendiri lontarkan. Sungguh, aku tahu Ben sedang berada di puncak paling tinggi sifat percaya diri.

Apa harus aku jawab?

Aku bukan tunangan, malah tidak mungkin isteri pada Adi. Sungguh, aku hanya mampu ketap bibir menahan rasa dan pandangan aku jatuh ke lantai.

Dalam hening itu, Ben menarik kembali tangannya yang memegang kotak cincin ke sisi meja. Kotak itu ditutup perlahan.

"Mungkin bukan sekarang. I terima. Tapi, kalau dia ambik masa terlalu lama... I pasti akan cuba lagi" Ben senyum sengih, mengurangkan ketegangan hati aku.

Kotak baldu itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam poket seluar.

Pandangan aku jatuh pada cincin yang tersarung di jari.

Denial kah aku?

AdiWhere stories live. Discover now