Bab 42 : Selamat Tinggal, Johor!

247 12 5
                                    

"Dah siap kemas semua?"
Adi menyapa aku dengan senyuman di bibir. Dia sudah lengkap dengan pijama dan bersedia mahu masuk tidur.

"Sikit je lagi". Aku berpaling sekilas sambil tangan masih sibuk melipat beberapa helai baju. Hardcase luggage bersaiz 25 inci dengan separuh bahagian penuh bersusun pakaian terkuak di atas katil.

Adi kemudian melangkah merapati dan duduk betul-betul di belakang aku. Desah nafasnya kini terasa dekat di telinga. Beberapa kucupan lembut hinggap di bahagian tepi leher, membuat bahu aku ternaik akibat refleks.

"Sayang...."

Aku cuba menjarakkan diri.

Ini kalau dibiarkan berlarutan, bagasi atas katil ni nanti boleh jatuh ke lantai pulak!

"I rindu you..."
Satu lagi kecupan hinggap di leher. Rona merah mulai terbit di pipi aku.

Tangan Adi sudah mula melingkari pinggang, lalu mengunci aku rapat dalam pelukannya. Bau haruman Davidoff Cool Water mula merantai aku.

Haih, nak tidur pun wangi kemain!

Aku memusingkan pandangan, cukup sekadar bersentuhan dengan kepala Adi. Kali ini, aku pula yang menghadiahi dia satu kucupan di pipi.

Tangan kanan Adi yang tadi melingkari pinggang kini sudah berani naik ke atas, menyentuh bahagian dada. Desah nafas sudah mulai berlainan rentak. Aku juga turut terbuai dengan sentuhan dia.

Bagasi yang tadi di atas katil kini sudah selamat mendarat di lantai. Di tepi katil atas meja sisi, bouquet dengan satu dozen ros merah terletak elok.

*****

Petang tadi Adi sampai di rumah diiringi hujan lebat dan dentuman guruh.

Mungkin dia memandu perlahan dan berhati-hati. Musim hujan sebegini sering menjemput berita kemalangan jalan raya.

Usai memberi salam, dia lantas naik ke bilik untuk mandi dan bersalin pakaian. Aku masih duduk mendepani island table sambil menikmati susu panas.

"You dah makan?" sapa dia bersahaja menuruni tangga, seolah tiada konflik antara kami. Aku hanya diam tanpa mahu membalas.

Adi kemudiannya berjalan masuk ke dapur. Kabinet dibuka perlahan sambil tangannya pantas mengeluarkan mangkuk dan whisk kegemaran.

Sesaat dia berpaling ke belakang sambil mengutus senyum lembut pada aku. Apron dicapai dan dia kini tenggelam dalam mood pâtissier tak bertauliah. 

Bau harum mini pancake yang terhidang mula meretakkan tembok ego aku. Hujan masih lebat di luar. Adi sengaja membiarkan sliding door terbuka yang menyebabkan angin sejuk menerjah masuk ke arah kami yang sedang duduk berhadapan satu sama lain mendepani island table.

"Makan lah... dah sejuk nanti tak sedap". Adi menghulur pisau dan garfu. Aku ambil perlahan. Tak baik menolak rezeki, apatah lagi rezeki yang sedap sebegini.

"Sorry, simple je kali ni". Adi pandang aku dengan wajah sedikit suram. Pancake di hadapan aku ini cuma semata pancake tanpa hirisan strawberry dan sirap coklat -- signature dish Adi bila mahu mengambil hati aku.

Aku dilanda serba-salah. Dah cukup baik Adi nak sediakan manisan petang. Tembok ego aku kini mula runtuh sedikit demi sedikit.

"Tak apa, pancake ni pun dah cukup. Thanks. You makan sekali?" aku potong sedikit dari dalam pinggan dan menyuakan garfu berisi kepingan kecil pancake ke arah Adi. Ternyata Adi terkejut dengan tindakan spontan aku.

Aku tahu Adi sedang malu-malu tapi tetap juga dia buka mulut dan menerima suapan. Suapan ke dua aku masukkan ke mulut sendiri sambil buat muka tak kisah. Adi nampak menunggu suapan seterusnya.

"Nak lagi ke?" soal aku dengan nada sengaja mengusik Adi.

"Sayang..." Adi ketawa malu kerana sedang kantoi menunggu aku menyuap dia.

Eleh! Mengada nak makan bersuap pulak...

*****

"Kita bincang sekejap, boleh?"

Adi memang begini. Kalau melibatkan hal hati perasaan, dia sebolehnya minta izin dari aku terlebih dahulu sebelum mula berdiskusi. Mungkin kerana hormatnya pada pasangan atau mungkin kerana dia memang matang dalam menangani situasi begini.

Disebabkan perut pun dah terisi dengan mini pancake dan Adi pun dalam mood relax selepas menghirup secawan latte, aku angguk bersetuju. Hal begini harus diselesaikan secepat mungkin. Apatah lagi aku yang gagal mengurus emosi semalam.

Adi ambil tempat dan duduk berhadapan aku. Island table menjadi pemisah antara kami.
Di tangannya ada dua gelas air yang satu kemudiannya di hulur pada aku. Gaya macam nak borak lama ni...

"Ok, first... I minta maaf".
Adi mulakan sesi luahan hati dengan permohonan maaf yang sesungguhnya membuat aku rasa pelik.

Semalam aku yang merajuk baling cincin sampai lari balik JB... Tapi dah kenapa pula Adi yang nak mintak maaf ni?

"Sayang... sekejap". Aku memotong Adi dari meneruskan perbualan.

Riak wajah Adi sememangnya terkejut. Jarang sekali aku mahu memotong tanpa memberikan Adi ruang untuk bercakap. Tapi kali ini aku rasa memang wajar.

"Sayang, you tak perlu minta maaf. I yang salah. I yang patut mintak maaf dari you". Senafas aku lafazkan.

Riak wajah Adi kelihatan lega. Senyum nipis mulai  terbit menandakan dia senang hati dengan permohonan maaf dari aku.

"OK, baik... I terima permohonan maaf you ni". Sengih nakal dari Adi membuatkan aku tahu yang kami sedang baik-baik sahaja. Lega juga bila dapat partner yang tak emotional dan santai ni!

"So... second..." Adi kembali bernada serius. Aku cuba memberikan perhatian sepenuhnya.

"You masih ingat pasal proposal nak ajak you duduk dengan I kat KL?" suara Adi bernada bass. Dia benar sedang serius.

OK, nampaknya aku kena terus-terang dengan Adi. Selain dari kes Ben, ada lagi satu benda aku kena explain...

"I masih ingat... and let's talk about this".

Senyum paling manis aku berikan buat Adi.



Hey Adi, I love you!

AdiWhere stories live. Discover now