+ Sayang, jadi datang hujung minggu ni?Sejak balik dari Sabah tiga minggu lepas, belum berkesempatan nak jumpa. Rindu!
+ Next week, 20th. Kenapa? Rindu?
Dia ni... pakai ilmu tilik ke?
+ Takut you yang rindu kat I.
Denial!
+ I ada town hall meeting ni. Sambung nanti, sayang.
Ala... busy pulak...
+ I miss you. I love you, I do - Adi
Text terakhir itu menyejukkan hati aku. Entah kenapa, sejak balik bercuti haritu, aku kerap teringat dan rindu pada dia...
Adakah sebab malam itu?
*****
"Sayang, you dah nak tidur ke?" dia bertanya pada aku yang sedang berbaring di sebelah. Memang malam ni aku mengantuk, penat mengemas barang-barang yang di beli dari Sabah. Ole-ole untuk family dan kawan sekerja.
"I dah nak tidur ni. Kenapa?" sambil menguap aku menjawab.
"I rindu nak tidur macam kat Sabah".
Aku yang tadi mengantuk terus terjaga. Segar terus biji mata aku.Rindu nak tidur macam kat Sabah?
Flashback.
Pagi itu, dengan sejuk mencengkam sampai ke tulang... berkongsi selimut dan kemudian dia menghangatkan aku dengan pelukan.
Aku tak boleh nak bergerak, sebab aku terkejut... tapi aku tak dapat nak tolak... kerana sungguh, aku rasa selesa dengan keadaan waktu itu... dan tangan kanan dia... aku rasa aku hilang kewarasan. Menyelinap rasa yang aku tak dapat gambarkan. Dan ketika itu juga, aku membiarkan tangan dia melingkar, menyentuh tubuh aku. Dan akhirnya diam di satu sisi, menganduh payudara kiri aku.
Dia masih hormat tentang perjanjian kami yang melibatkan hal hubungan intim. Maka pagi itu, dia tidak menyentuh pada bahagian yang tak sepatutnya.
Aku tahu dia bukan lagi seperti setahun yang lepas. Sentuhan aku untuk dia cuma sekadar di tangan atau pipi. Dan kadang kala di bibir, mengikut waktu dan emosi.
"Sayang...." aku berpaling perlahan ke arah dia.
"If nak macam kat Sabah, boleh... tapi keep macam kat Sabah". Aku jegilkan mata, isyarat yang aku sangat-sangat serius.
Dia senyum, manis. Paling manis.
Dan malam itu, aku relakan sekali lagi, tidur dengan pelukan dia... dan aku rasa dia memang sengaja setting aircond dengan suhu paling sejuk. Dan... aku juga memang bersedia sebenarnya. Sekali lagi, rasa inginkan dia itu hadir tak tertahankan.
+ Sayang.
Text dari dia melenyapkan lamunan.
+ My company not allowing any interstate travel, starting today.
What?!
*****
Lintas langsung pengumuman khas Perdana Menteri berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebentar tadi membuatkan aku rasa sesak nafas. Dua minggu tinggal dalam hostel.
Dan jauh dari dia.
I miss you, damn much.

YOU ARE READING
Adi
Ficción GeneralPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...