Bab 26 : Kembali ke Kuala Lumpur

164 12 6
                                    

Sudu yang berisi bubur ayam ditiup lembut, cukup untuk sekadar memastikan ia sejuk sebelum disua perlahan ke mulut aku.

"Lepas ni makan ubat ya" Adi memujuk.

Aku geleng perlahan menandakan aku tidak mahu. Makan ubat lebih-lebih lagi dalam bentuk pil memang bukan perkara favourite aku. Masa kecil aku pernah tercekik (terlekat sebenarnya) ubat selesema di kerongkong. Pahitnya jangan cakap... sejak itu aku trauma telan pil.

Minggu lepas sewaktu Adi terima vaksin, dia demam hampir dua hari.
Semalam, giliran aku pula. Disebabkan telah punya pengalaman, Adi tenang melayan dan menjaga aku.

Mangkuk bubur dah nampak dasar. Usai makan, Adi melangkah ke meja sisi. Panadol Soluble dikeluarkan.

"Ha... dah pandai pun simpan ubat... senang nak telan" Adi senyum sambil mencapai gelas berisi air. Pasti saja dia ingin mencairkan sebiji dan paksa aku minum.

Kalau lah Adi tahu yang Panadol Soluble itu sebenarnya diberi oleh Ben...

*****

"Sayang". Aku memanggil Adi yang sedang mengadap laptop di meja kerja. Dia segera berpaling ke arah aku yang cuba bangun dari katil. Automatik dia melangkah ke arah aku untuk membantu.

"I nak pergi toilet". Aku bangun perlahan sambil berpaut pada bahu Adi. Sudah hampir separuh hari aku berbaring. Demam ini sudah beransur kebah. Aku mahu bangun dan bergerak sendiri.

"Sayang, loceng bunyi. Ada orang kat depan. Tak apa, I boleh pergi toilet sendiri" sambil aku menapak perlahan ke arah penjuru bilik.

*****

"Hani ada kat atas. Sorry, dia tak sihat... semalam vaksin" aku berdiri di balik pagar sambil membetulkan facemask yang terlekat di wajah.

Ben sedang berdiri di tepi pintu kereta sambil tangannya menjinjing plastik.

"Oh.. ha.. aku tahu... sebab tu aku datang nak pass ni". Plastik bertukar tangan.

"Nampak kat status Whatsapp dia ambil vaksin semalam... tu ada sikit buah, kurma, dengan roti" suara Ben kedengaran cukup yakin seolah dia memang biasa menghantar makanan ke rumah ini.

"OK, nanti aku pass pada Hani"

"Sorry... kau kawan Amy ke... kawan Hani? Memang duduk sini?". Soalan Ben memang kedengaran jujur. Kening dia terangkat menandakan dia benar-benar ingin tahu.

"Aku member Amy... Dulu tu aku singgah. Ni tumpang sekejap sebab ambik vaksin kat PERSADA minggu lepas. Esok lusa nak balik KL" aku jawab senafas tanpa gagap walaupun jawapan itu ternyata suatu pembohongan.

"Oh... dulu tu aku pass dokumen kat kau la kan?" Ben sedang mengingati kali pertama dia bertemu aku.

Aku sekadar mengangguk.

"Kau ni boyfriend Hani ke?" aku tanya tegak. Walaupun separuh wajah Ben dilitupi facemask, mata dia tak dapat berbohong. Sememangnya dia terkejut dengan soalan aku.

"Tak... kawan office".

"Bro... aku ingat kau boyfriend dia! Concern sungguh-sungguh kau ni..." aku ketawa kecil.

"Tak lah..." Ben turut ketawa.
"Tapi doa gak la kot dia sangkut kat aku..." Ben pandang aku dengan ketawa tersisa.

"Kalau cukup usaha, niat ikhlas... InsyaAllah, bro.."
Disebalik mask, aku senyum tawar.

*****

"Siapa datang tadi?" Hani yang dah keluar dari toilet sedang duduk di atas katil.
"Ben"
"Ben? Dia datang buat apa?" suara dia kedengaran terkejut.
"Pass barang-barang ni... untuk you"
"Dia cakap apa?" memang tak boleh nak sembunyi yang dia benar-benar terkejut.
"Tak ada apa-apa... dia pass ni je" plastik ditangan di letak ke atas meja.
"Apa ada dalam tu?"
"Epal... Kurma... Roti..." tangan aku memegang Panadol Soluble yang datang bersama barang-barang dalam plastik.
"Dengan Panadol ni sekali" aku letak Panadol di atas meja, betul-betul sebelah Panadol Soluble yang aku jumpa dalam laci sebentar tadi.

AdiWhere stories live. Discover now