Pertama, cuaca sejuk membuatkan jiwa aku jadi lebih tenang.
Kedua, Adi memang tak pernah berenggang dengan aku; membuatkan Rose sentiasa membontoti Amy.
Ketiga, bukan setakat Genting, Raub dan Bentong; Adi melayan kehendak aku untuk ke Bukit Tinggi.Bento dengan tempura udang di depan mata benar-benar membangkitkan selera. Lunch sambil menghadap pemandangan tanah tinggi yang memukau ini menjadikan mood aku serba serbi lebih baik.
"Lepas ni kita ambik gambar pakai kimono nak?" cadangan Amy mendapat persetujuan dari Rose. Aku diam seketika, cuba untuk memikir cara terbaik untuk menolak.
"Korang berdua pakai, aku dengan Hani jadi photographer cukup lah" Adi menyelamatkan keadaan.
Dalam keadaan pandemik ini, dapat bercuti makan angin pun sudah dikira rahmat! Jadi, aku memang sedaya upaya menjaga SOP dan kebersihan kendiri.
Usai makan, kami menapak perlahan ke arah rumah untuk menyewa kimono yang dimaksudkan.
Rose memang cantik orangnya, malah bertambah cantik bila mengenakan kimono merah itu. Aku yang perempuan ini pun boleh mengakui kecantikan dia.
"Hani... I ambik gambar dengan Adi, boleh?" Rose mendekati dan seakan berbisik di sebelah aku.
Aku tak dapat menyorokkan riak terkejut yang jelas dapat dibaca oleh Rose.
"I know you guys...." dia diam untuk beberapa detik kemudian kembali menyambung, "so, minta izin ya...". Dia sengih dan menapak ke arah Adi yang dari tadi dipaksa-rela menjadi photographer Amy (yang sibuk posing kalah retis, diseluruh kawasan kolam ikan koi).
Adi terkejut bila Rose tiba-tiba menghampiri dan mengambil posisi di sebelahnya. Riak wajah dia mengisyaratkan pertanyaan seolah 'you okay ke Rose nak bergambar dengan I?', cukup jelas di mata aku. Aku hanya senyum nipis, dan ia cukup untuk buat Adi faham yang aku tak kisah dengan situasi tersebut.
"Meh I ambikkan gambar". Aku menapak ke arah Adi dan Rose yang cantik berkimono - sedang bersedia diambil gambar berlatar belakangkan hutan hijau dan kolam koi.
*****
"Sayang".
Adi mendekat ke arah aku yang sedang baring mengiring membelakanginya. Wangian Davidoff Cool Water serta merta menyapa deria bau.Tangan kanannya dilingkarkan ke pinggang aku. Nafas hangat mula terasa di belakang tengkuk. Sekejapan, dia mula memeluk aku sambil beberapa ciuman di belakang telinga membuat bulu roma aku tegak meremang.
"Sayang" bisik dia perlahan di tepi telinga.
Aku mula mendesah nafas berat. Hangat pelukan dia mula dirasai. Beberapa saat kemudian, tangan dia sudah mula melingkar ke dalam baju. Sekali lagi, payudara aku menikmati sentuhan dia.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu connecting room bilik sebelah membuatkan aku tersentak. Tangan Adi aku tolak perlahan, meleraikan sentuhan.
Aku dengar Adi mendengus kecil. Tapi aku pula yang tergelak kecil, kerana jarang sekali aku dengar Adi marah, apatah lagi kerana sebab diganggu sebegini.
"Korang, aku dengan Rose nak keluar beli makan. Korang nak ikut?" Amy menjenguk setelah pintu yang menghubungkan bilik aku/Adi dan Amy/Rose dibuka.
"Takpe Amy. Masih kenyang" aku tolak pelawaan itu sambil memandang Adi yang masih berbaring.
"Sama. Masih kenyang" Adi tunjuk isyarat 'okay' pada Amy.
Amy kemudiannya memusatkan pandangan ke arah baju aku - atau lebih tepat, ke arah dada.
"Oh.. kot la nak kirim, kot sat lagi lepas olahraga rasa lapar". Amy sengih menganjing, memang sejenis muka meminta nak kena tampar percuma!
Shit!
Amy mungkin boleh agak apa yang baru berlaku sebentar tadi!
Wajah aku memang dah merah padma, seolah mengakui aku dah kantoi dengan Amy.
"Ok, selamat honeymoon". Ayat terakhir Amy sebelum menarik daun pintu, meninggalkan aku yang hampir jadi patung akibat malu.
Aku melangkah kembali ke katil. Adi kemudiannya bangun dan menekan suis lampu. Switch off. Keadaan jadi gelap. Ah... sudah....
"Sayang"
Adi kembali memeluk aku."Terima kasih sebab setuju join trip ni..." bisikan suara Adi betul-betul di tepi telinga.
"Terima kasih sebab bagi peluang pada I, pada Rose" rangkulan dia makin erat.
Udara di luar agak dingin, suasana pula sepi.. ditambah pula hangat pelukan dia...
"I love you". Satu ciuman hinggap di pipi aku.
Macam mana Rose boleh tahu pasal kita?
You ada bagitahu dia ke?
Bila you bagitahu dia?
Apa reaksi dia bila dapat tahu?Ahh.. macam-macam soalan berlingkar dalam kepala aku. Tapi satu pun tak terluah.
Sebab apa?
Sebab tangan Adi dah mula melingkar kembali dalam baju aku, dan ciuman di belakang telinga kini dah turun ke leher...
Esok je lah aku tanya!
YOU ARE READING
Adi
Narrativa generalePernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...