City of stars
Are you shining just for me?City of stars
There's so much that I can't seeWho knows?
Is this the start of something wonderful and new?
Or one more dream that I cannot make true?-City of Stars, La la Land
Air mata dah menderu laju sampai bibir aku basah, sampai terkadang terasa masin juga di lidah.
Emosi betul melayan La La Land malam ini."Adi?" suara Rose dibelakang membuatkan aku terus menundukkan wajah. Segan juga kalau dia nampak aku menangis beria macam ni.
"You okay ke?" Rose dah duduk di sebelah aku pulak. Nak taknak terpaksa aku angkat muka. Sempat juga aku mengelap air mata di pipi.
Baru sebentar tadi Hani telefon. Dalam borak-borak itu, terselit cerita tentang Ben yang akhirnya membawa satu pengakuan dari Hani. Kerap keluar bersama dan Ben selalu menemani dia akhir-akhir ini adalah suatu kenyataan yang sukar untuk aku telan.
"Lusa you balik JB nak ambil second dose, kan?" Rose bersuara lagi. Aku cuma angguk lemah.
Macam mana aku nak jumpa Hani sedang hati aku rasa hancur saat ini?
*****
Wajah Amy memang nampak seronok. Aku singgah Melaka ambil dia sebelum meneruskan perjalanan ke Johor.
"Jom singgah jumpa mak, nak?" Amy bagi cadangan. Aku terus setuju. Lama juga aku tak balik jumpa mak. Surat MITI masing-masing diletak atas dashboard. Dalam kepala dah terbayang kopi hainan, mi kari, dan roti bun mentega kaya!
"Hello. Kat mana? Aku dengan Adi nak singgah rumah mak. Jumpa sekali kat sana lah!" sekilas aku lihat Amy dah pegang telefon. Ah sudah... dia telefon Hani pulak!
Kereta dipacu terus menuju Tol Ayer Hitam.
"Assalamualaikum, mak!" Amy pulak yang excited jumpa mak. Mak dengan telekung dan tangan menjinjit kain menjenguk keluar pintu.
"Astaghfirullah... bertuah punya budak!" namun senyuman lebar emak berikan kepada aku yang berdiri di pintu pagar.
"Patut lah aku rasa nak masak lebih harini..." mak menyenduk kari ayam dari periuk lalu menghidangkannya ke atas meja. Bau harum kari semerbak menyapa hidung.
Sedang elok aku dan Amy mula menyuap makan, suara Hani memberi salam kedengaran di pintu rumah.
"Panjang umur lagi sorang budak bertuah ni!" bising suara emak di ruang tamu.
Amy pandang aku dengan sedikit mencerun.
"Jangan bergaduh depan mak pulak!" sepertinya dia memberi amaran.
"Hani! Meh makan! Mak masak lauk kau suka!" Amy menjerit dari arah dapur. Sesaat kemudian emak dan Hani melangkah beriringan ke arah dapur.
Kopi ais gelas besar dengan bun mentega kaya memang kombinasi minum petang paling sedap. Amy pula sedang bergembira menyuap mi rebus berkuah pekat sedang Hani senyum menyuap mi kari dengan ayam goreng.
"Balik nanti, aku bawak kereta Hani, okay?" usai makan, Amy yang pertama memulakan perbualan.
Aku dan Hani berpandangan. Jujurnya, masing-masing mengerti niat sebenar Amy. Hani angguk lemah. Nampaknya, perjalanan sejam setengah ini akan terasa panjang...
*****
"Kita nak discuss dalam kereta, ke?" Hani mulakan bicara saat kereta melepasi tol. Pandangan aku difokus pada papan tanda arah kiri ke Johor Bahru.
"Kita nak discuss apa je?". Kalau Amy dengar nada suara aku sekarang, pastinya dia naik angin serta-merta. Dingin suara aku memang terasa jelas.
"I sorang-sorang kat sini. Kadang I takut juga tinggal sorang. Amy balik hujung minggu. You pulak dah lebih dua bulan tak balik.
I perlukan kawan... at least tak ada lah I bercakap dengan dinding..."Itu baru mukaddimah dari Hani.
"Dah I tak ada kawan... I keluarlah dengan Ben! I pasti you pun akan buat perkara yang sama kalau you ada kat tempat I"
Itu point pertama Hani beri.
"You pun dulu keluar dengan Rose! Siap pergi jalan Menara Condong... I just lepak kat tasik je kot"
Itu point kedua dari Hani.
"Sometimes, I kena keluar beli barang. Yes, Ben teman I pergi Jusco. Takkan I nak beli tunggu Amy pulak?"
Point ketiga dari Hani membuat aku faham yang Ben kini benar-benar menjadi sebahagian dari kitaran kehidupan Hani.
"Sayang" suara Hani merobek lamunan akan perbualan kami semalam.
"I masih terkejut sebenarnya. You keluar dengan Ben tak bagitahu I. I rasa macam you tak respect I. And the worst part is... you tetap keluar dengan dia walaupun you sedar he's hitting on you!"
Hitting ke flirting? Ah! Aku tak peduli! Aku tetap rasa dikhianati!
*****
Usai mandi, aku duduk di katil menunggu Hani yang turun ke dapur untuk minum susu. Rutin harian dia yang tak pernah berubah. Tak lama kemudian Hani melangkah masuk ke bilik. Melihatkan aku dalam mood serius, dia terus mengambil tempat di sebelah aku.
"Sayang, I rasa dah sampai masa kita bincang hal yang lebih serius tentang hubungan kita ni" aku mulakan bicara. Hani hanya diam mendengar.
"Berpaksi pada realiti, I sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Memang I sedih bila you kata Ben selalu teman you... tapi sebenarnya I sedih sebab I yang sepatutnya berada dengan you selalu" nada aku sudah bergetar tanda aku sedang menahan perasaan.
"I tak dapat teman you hari-hari. I ada komitmen kerja. Dan kadang waktu untuk kita terbatas. I dah cuba bahagi masa tapi nampaknya tetap tak cukup untuk harung long distance relationship ni" aku meramas jemari Hani.
"I tak sempurna. Takkan sempurna. Dan hubungan ini pun tak pernah sempurna" jemari Hani kemudian aku dekatkan ke bibir dan kucup perlahan.
"I sayang you. Sungguh... I sayang... Tapi fitrah tetap fitrah" jemari Hani kemudian aku letakkan kembali ke sisi katil. Ibu jari aku menguis lembut cincin yang tersarung di jari manisnya. Hani memang tak pernah tinggal cincin pemberian aku ni.
"So, kalau hati you dah mula suka dan terima Ben... I hormati pilihan you" pandangan aku bertemu dengan mata Hani yang sudah mula berkaca.
"Hubungan yang macam kita ni mana mungkin kekal" ayat terakhir aku lafazkan.
Dan berguguran lah air mata aku di hadapan Hani yang turut menangis.
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...