Bab 32 : Mango Tango tepi Feringghi

133 12 0
                                    




"Ada buat reservation, encik?"

Seorang staf perempuan yang menjaga pintu masuk menahan kami. Seperti biasa panggilan 'encik' itu dituju kepada Adi.

"Maaf, belum. Penuh ke? Kami dua orang je ni."
Adi berdiplomasi tenang walaupun dia disalah anggap secara tak sengaja sebentar tadi.

Mungkin atas faktor terkejut dan segan kerana Adi tidak bersuara garau, gadis tersebut menjenguk ke dalam lalu membuka pintu untuk kami. "Masih awai jadi belum ramai orang. Cik boleh masuk tapi duduk bahagian atas, boleh? Tempat lain dah reserved".

Adi senyum angguk setuju.
"Terima kasih" ujar kami sebelum melangkah masuk ke restauran popular di Batu Feringghi ini.


"Macam dah lama kita tak makan berdua macam ni kan?"
Aku senyum memandang Adi disebelah.

"Actually... I ajak you makan kat sini sebab ada benda I nak borak sikit"
Adi angkat gelas dan meneguk perlahan Mango Tango dihadapannya. Aku memusatkan pandangan pada Adi. Sungguh, malam ini aura dia serius benar!

"Amy ada bagitahu dia pergi interview kat KL?"
Soalan Adi membuatkan riak wajah aku berubah.

"Amy nak pindah KL? Kenapa? Kerja mana? Duduk dengan you ke?"
Bertubi soalan aku pada Adi. Amy tak cerita pada aku pun tentang plan dia mahu berpindah ke KL.

"Amy baru interview... tak pasti lagi dia dapat kerja tu..."
Adi cuba membuat aku bersabar.

"Tapi... you tahu juga kan Ben pun pergi interview ni?"
Lipat maut leher aku memandang Adi. Soalan ini memang suatu yang aku tak jangka akan keluar dari mulut Adi.

Macam mana pulak Adi boleh tahu latest update hal Ben?

"Amy bagitahu I..." tangan Adi menyentuh tangan aku dengan lembut. Simple gesture dari Adi ini membuatkan otak kembali waras lalu aku menarik nafas panjang dan cuba bertenang.

"Sorry buat you rasa tak selesa macam ni. I just nak pastikan you okay kalau Amy betul nak pindah KL" tangan Adi kini menggengam erat jemari aku.

Aku tarik nafas perlahan, cuba untuk kekal bertenang.

"Ya, Ben ada bagitahu dia pergi interview..." aku angguk lemah.

Helaan nafas dari Adi memang jelas kedengaran, seolah Adi sudah dapat mengagak yang aku sudah tahu hal ini. Sesaat itu juga genggaman tangan aku dilepaskan.

"Jadi... kalau diorang dapat kerja KL... You macam mana?" Adi menatap mata aku sungguh-sungguh menunggu jawapan dari mulut aku.

"I belum buat apa-apa keputusan lagi. Boleh kita bincang hal ni nanti?"

Aku benar-benar tak selesa nak berbincang hal sebegini di tempat terbuka. Aku masih ingat malam waktu Adi tinggalkan aku berseorangan di bilik dan dia tidur di bilik tetamu. Sakit jiwa aku menahan sedih.

"I ingat you ajak ke Penang ni sebab nak bincang hal kita?" aku soal Adi kembali.

"Nantilah kita bincang hal ni" Adi kembalikan jawapan bersama senyum tawar.


Malam itu aku tidak mampu untuk tidur lena. Adi di sebelah mungkin sudah jauh berlayar ke alam mimpi. Telefon aku capai dan WhatsApp dari Ben dibuka. Aku scroll up dan membaca kembali baris-baris ayat dari Ben.

+ Ben serius.
+ Tapi Ben faham kalau perkara ni agak drastik.
+ Ben sayang Hani.

*****

"Seronok Penang?" emak senyum bertanya. Aku hanya sekadar mengangguk.

Plan impromptu ke Penang petang semalam sememangnya idea gila Adi. Emak tidak mahu ikut serta kerana ingin menghabiskan masa bersama Mak Long Yong.

"Ni ada sikit buah tangan, Mak Long". Aku hulur plastik berisi jeruk famous Pulau Pinang pada Mak Long yang berdiri di pagar. Kami hanya singgah untuk mengambil emak, dan kemudian terus pulang ke Johor.

"Terima kasih.. Mike terus nak ke Johor?" tanya Mak Long sambil menyambut plastik yang dihulur aku.

"Iye.. lepas ngantor saya, deme nak balik JB..." emak bersalaman dengan Mak Long. Aku dan Adi cuma tunduk hormat. Malas mahu bersalaman lebih-lebih lagi semalam merata tempat dah kami pergi.

"Gerak dulu, Mak Long. Assalamualaikum" aku melambai perlahan, dan kereta bergerak meninggalkan Karai.

*****

"Nah. Buah tangan sikit untuk you". Aku hulur plastik yang berisi beberapa bungkus jeruk itu pada Ben.

"Eh? Hani pergi Perak ke Penang?" berkerut dahi Ben memandang aku.

"Both" ringkas jawapan aku.

"Dengan siapa?"
Eh dia ni... tiba-tiba nak soal aku pulak...

"Malam ni Hani free tak? Nak ajak dinner".

Ringkas soalan Ben, tetapi kenapa dada aku terasa sesak?

AdiWhere stories live. Discover now