Bab 41 : 125 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan

211 10 8
                                    


"Dia campak cincin kat muka aku...".
Lirih suara Adi di hujung talian. Mesti masih berperang dengan perasaan.

Aku tengok jam sekilas. Dah hampir sejam aku berborak dengan dia.

"Dia jerit I'm your girlfriend, remember?!"
"Lepas tu dia campak, nasib baik jatuh atas meja."
Walaupun tak berada depan mata, aku boleh imagine macam mana gaya Adi sedang bercerita sekarang.

"Lepas dia campak cincin tu, kau buat apa?" soal aku pendek.

"Aku kutip lah! Dia blah terus pergi parking. Nasib baik air dah siap bayar... aku pun cepat-cepat bangun terus pergi kereta".

Aku tergelak kecil. Sumpah aku tak sengaja. Aku tak pernah nampak Hani naik angin. Ini kali pertama aku dengar Hani marah Adi sampai macam ni.

"Pastu kau pujuk dia tak?"

"Nak pujuk macam mana? Dia langsung tak pandang muka aku. Sampai rumah, lepas salam mak, dia menonong balik JB tinggalkan aku".

Huh? Boleh tahan jugak angin puting beliung Hani ni bila tengah marah.
Tapi, wajar lah Hani marah...

Punyalah dengan susah payah kawan tu tolak lamaran Ben, tiba-tiba Adi boleh tanya soalan meminta penampar pulak! Ingat senang ke nak reject calon suami lengkap pakej macam Ben?!

"So, semalam lepas dia menonong balik, kau ada contact dia tak?"

Adi diam tanpa respon. 

"Jangan keras sangat Di... kau tahu dia sayang kau, kan?"

Aku mahu sebut 'pilih' sebenarnya. Tapi ini rahsia antara aku dan Hani.
Sebaiknya, biar Hani sendiri yang buka mulut tentang hal ini.


*****

+ Adi dah otw...
+ Bincang elok-elok.

WhatsApp ringkas aku hantar pada Hani usai tamat perbualan aku dengan Adi sebentar tadi.
Memang mudah berborak dengan Adi. Selagi perkara itu rasional dan baik, dia akan turuti tanpa banyak soal.

+ Buat apa dia datang?

Hmmm... perempuan, kan? Ego dan drama berpisah tiada.

+ Dia nak pujuk lah tu.
+ Semalam tak sempat cerita pasal Ben, kan?

Tiada balasan text dari Hani.


Aku menggeleng kepala. Bukan mudah menjadi orang perantara ni. Aku kena faham situasi dan emosi keduanya. Yang pasti, aku tak boleh sewenang memenangkan sebelah pihak tanpa memahami situasi pihak yang satu lagi.

Aku tahu Adi dan Hani memang punya chemistry dan selayaknya bersama.
Connection tu terlalu kuat, sampai aku sendiri boleh perasan.
Sejak pertama kali kitorang keluar dinner bersama, pada malam itu Adi tak dapat nak selindung yang dia sememangnya tertarik pada Hani. Si Hani tu pulak boleh flirting dalam WhatsApp group!

Bila Hani balik kampung, Adi memang menunggu text dari Hani. Di mulut memang dia nafikan tapi gaya rindu itu sungguh tak boleh nak selindung.

Waktu Hani salah faham tentang hubungan Adi dan Nawwar, pada aku lah tempat dia mencurah perasaan -- yang akhirnya membawa pengakuan rasa hati dia terhadap Adi.

Bila berdua, ada sahaja gurauan antara diorang. All the laughs and giggles, it is too obvious!

Dan paling tak boleh lupa adalah waktu diorang bercumbuan kat ruang tamu. Aku yang kebetulan balik awal terkejut ternganga melihat insiden asmara terkantoi tu.

Siot betul! Kot nak bercium pun, setting lah dalam bilik!


Getaran telefon di atas meja menggangu lamunan aku. Hantaran WhatsApp sekeping gambar dari Adi.

Wow! A bouquet of red rose!
Sedozen, mungkin.

+ OK tak gini?

Aku tergelak sendiri. Romantis juga si Adi sebenarnya.
Aku hantar emoji thumbs up.

+ Cinta datang tanpa diundang, seumur masa tercipta.
Dia datang bagai sakti, bagai menyaksi mekar kembang pagi.

Aku tekan send.


Semoga hubungan korang baik-baik sahaja hendaknya.

AdiWhere stories live. Discover now