"Nak PCM lagi?" aku hulur air untuk Adi yang terbaring sejak petang tadi. Adi geleng perlahan. Comforter aku selitkan di kiri kanan badan agar suhu sejuk tidak masuk.
"Sayang..." lemah suara Adi.
"Sejuk..." ujarnya perlahan.
Aircond sejak petang tadi dah switch off. Kipas pula di kelajuan satu. Tapi Adi masih menggigil kesejukan. Ternyata dia demam.
Aku lantas baring disebelah dan comforter ditarik menutup badan aku. Dengan susah payah Adi mengiring mengadap aku. Lengannya di bawa ke arah pinggang aku dan pelukan Adi mula di rasai.
"Selesa?" soal aku. Adi angguk sedikit.
Aku berpaling dari Adi. Tangannya masih melingkari pinggang aku. Comforter ditarik menyelubungi kami berdua. Adi kini di belakang aku.
Tangan Adi kemudian bergerak perlahan dari pinggang, dan seperti yang aku duga tangannnya mula masuk ke dalam baju tidur... dan akhirnya mengarah ke dada aku.
Amboi! Tengah tak sihat pun sempat lagi!
Tapi aku biarkan. Aku biarkan, sehingga ke pagi.
*****
"Dah rasa sihat?" Roti telur dan kopi dihidang pada Adi yang sedang duduk di atas katil. Breakfast in bed, special untuk Adi.
Senyum sampai telinga tak surut-surut!
Adi raih tangan aku dan mengajak duduk di sebelah.
"Ni kali pertama I rasa betul tak sihat. Terima kasih jaga I" ciuman di pipi Adi berikan.
"Nasib baik dapat ambik kat sini. Kalau kat KL, siapa nak jaga?" aku pandang ke dalam mata Adi. Aku sendiri terkejut begitu sekali penangan kesan vaksin terhadap tubuh dia.
"Haih... kenapa la kita tak terus tinggal sekali, sayang?" Adi mengeluh. Jarang sekali Adi mengeluh di depan aku.
Aku genggam tangan Adi. Sesaat kemudian pandangan aku jatuh pada luggage hitam milik Adi yang terletak elok di tepi wardrobe.
"Jangan risau, I belum ada plan nak guna luggage tu" Adi yang perasan akan pandangan aku perlahan membalas genggaman lalu tersengih.
*****
"Kau work from home sampai bila?" Amy yang baru turun menyertai kami di ruang dapur.
"Mungkin sampai habis PKP. KL tengah teruk, kes mencanak. Nak jumpa client pun takut" sambil menjawab soalan Amy, tangan Adi cekap menghiris nenas menjadi potongan nipis.
"Okay, dah mendidih, boleh masukkan ikan" pandangan Adi mengarah pada aku yang sedang menggenggam senduk.
"Dapat jugak aku merasa asam rebus hasil air tangan Hani" Amy gelak kecil sambil menepuk-nepuk bahu Adi.
"Kalau sedap, katanya boleh buat modal boyfriend ajak kahwin!" Adi gelak besar dan kemudian berjangkit pada Amy. Kemain lagi dua ekor ni gelak sakan!
"Seronok nampak?" jegil mata aku sudah cukup membuat kedua-duanya terdiam serentak.
Tahu takut...
Tak habis-habis menyakat aku hal yang satu ni!"I gurau je lah!" Adi dah mendekat dan memujuk aku.
"I belajar masak ni pasal I tahu ini lauk favourite you. Tolong hargai usaha I, boleh?".
Haaa... ambik jajan... Nak sangat perli-perli kan..
"Tu la kau Di.. cuba hargai sikit effort Hani belajar masak ni..." Amy buat muka tak bersalah.
"Ceh! Kau pun sama je gelak tadi!" nada tak puas hati Adi begitu jelas.
"Jap, aku nak call mak" Amy capai telefon.
"Nak buat apa?"serentak aku dan Adi bertanya. Amy ni bukan betul sangat... entah apa yang nak diceritanya pada emak.
"Suruh mak datang merisik Hani" sambil gelak Amy berlari ke arah ruang tamu meninggalkan Adi dan aku yang speechless.
Mangkuk hayun, Amy!
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...