Aku memandang Adi yang sedang memandu di sebelah. Usai menghantar emak, kami teruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru.
"I nak tanya Amy pasal job interview tu, boleh?" aku mulakan bicara. Dari utara ke selatan, setelah beratus kilometer, baru sekarang aku berani buka mulut tentang hal yang tergantung di HardRock Café semalam.
Adi hanya angguk kecil. Mungkin dia juga mahu tahu kalau Amy sudah dapat jawapan dan buat keputusan. Telefon di sisi aku capai dan nama 'Amyyyy' dicari.
"Salam Amy..."
*****
Jam 5 pagi Adi sudah bangun bersiap. Dia harus kembali ke Kuala Lumpur pagi ini. Sempat juga aku menyediakan sarapan roti telur dan kopi kegemarannya.
"Jaga diri baik-baik, sayang". Adi cium pipi aku lalu tangannya memulas tombol pintu. Hati aku di pagut sayu. Mungkin Adi tak sedar, tapi sebenarnya agak lama juga aku tak dengar dia panggil aku 'sayang'.
Malam tadi aku dan Adi sekali lagi berbicara soal hati dan perasaan. Jika sebelum ini Adi menangis dan bawa diri tidur di bilik bawah, malam tadi kami berjaya kawal perasaan masing-masing. Tiada drama. Tiada air mata. Atau, mungkin juga Adi benar-benar bersedia nak berbincang mengenai arah tuju hubungan kami.
"Boleh ke tinggal sorang-sorang?" tanya Adi menandakan gelanggang luah perasaan baru sahaja dibuka.
Aku angguk perlahan, mengiyakan. Sudah beberapa bulan aku tinggal seorang dan ditemani Amy cuma pada hujung minggu.
"Amy dah buat keputusan. Kita pula, macam mana?" Adi rapatkan wajahnya pada aku. Mungkin mahu melihat jawapan jujur dari mata aku.
Aku bekukan pandangan pada mata Adi, kemudian dengan perlahan aku tatap wajah yang sering aku rindui ini.
"I tak suka kita jauh macam ni. Tapi I hormat keputusan you, demi kerjaya you. Dalam hidup, ada banyak benda yang kita nak tapi tak semua kita boleh dapat".
Sungguh matang bukan ayat yang keluar dari mulut aku?"Terima kasih sebab faham keadaan I" jari telunjuk Adi menyentuh cincin di jari manis aku.
Heh, aku tak pernah buka cincin ini, walaupun sedang dalam fasa bergaduh atau hati lara!"Macam mana you dengan Ben?" aku sudah agak soalan ini pasti akan ditanya oleh Adi. Aku cuba hela nafas panjang dan butir bicara aku cuba susun sebaik mungkin.
"Ben... dia kawan office I. Dia selalu ada teman I. Sebab, I tak ada kawan kat sini..." aku sentuh jemari Adi, biar dia dapat rasa jujur yang sedang aku hidangkan.
"Tapi I tak pernah terfikir untuk ada orang lain selain you. I dah pernah rasa sakitnya dikhianati masa dengan Shah dulu..." kali ini jemarinya sudah bersilang dengan jemari aku.
"You ingat... senang ke I nak lupakan segala benda yang pernah jadi antara kita?" dan aku kuatkan genggaman agar dia tahu yang aku sedang serius.
"Kita takkan boleh bernikah, sayang. Tapi I akan ada sentiasa ada di sisi you, selagi mana you nak I ada di sisi you".
Aku kembalikan janji yang pernah Adi ucap dulu.
Dan malam itu aku tidur dalam rangkulan Adi.
*****
Aku terima ajakan Ben untuk dinner malam ini. Aku tidak curang pada Adi. Tolong lah jangan judge seolah aku ini perempuan jahat!
Aku mahu pastikan Ben faham yang kami boleh berteman, tapi cuma sekadar teman... Aku tak mahu membuat Adi sedih apatah lagi patah hati.
"I dah reserved tempat untuk kita" Ben senyum sewaktu kaki melangkah keluar dari lif.
Restoran yang ditempah Ben ini terletak di rooftop yang turut menyajikan panorama Selat Tebrau dan cahaya neon dari bangunan pencakar langit bersebelahan.Aku jadi gugup. Restoran ini memang untuk pasangan kekasih memadu asmara aku kira!
Starter sudah, main course sudah, kini di depan kami terhidang sizzling brownies untuk dessert. Ben juga sudah siap sedia dengan kamera telefon. Kepul asap yang terhasil dari coklat panas yang disiram atas pan panas itu membuat kami berdua ketawa teruja.
"Hani..." Ben pandang aku yang sedang khusyuk menyudu aiskrim vanila topping brownie.
Aku angkat kepala memandang Ben, simetri dengan respon panggilan dari dia.
"Kenapa Ben tak pernah nampak Hani main mesej dengan boyfriend setiap kali kita keluar? Like.. masa kita beli barang.. atau lepak kat taman... atau macam ni, macam sekarang ni?"
Alamak! Apahal direct sangat soalan dari Ben ni? Semua orang memang dah jenis straightforward ke?
Jujurnya aku tersentak dengan soalan dari Ben ni.
"Ben tahu kita baru kenal"
"Tapi Ben dah kenal Hani dari tiga tahun lepas"
"Dari zaman Hani kat Desaru lagi"
"Cuma waktu tu Ben tak berani sebab ada Shah"
"Tapi kali ni Ben taknak rasa menyesal lagi"
"So, here I am.... seize the opportunity..."Ben meraba sesuatu dalam poket seluarnya. Dan beberapa saat kemudian tangan kanan Ben menggenggam erat kotak baldu berwarna hitam.
"Hani.. Ben ikhlas"
"Ben bukan nak sekadar nak bercinta"
"Ini... tanda Ben serius dengan Hani..."
"Sebab dalam sesuatu hubungan, perlu ada hala tujuan"Kotak baldu hitam itu di buka perlahan di depan aku. Sebentuk cincin bertatah berlian terletak kemas dan elok di dalamnya. Kotak itu kemudiannya disua perlahan di depan aku.
"Hani... Will you... marry me?"
Aku selalu berfikir akan masa depan aku dan Adi. Tapi, jujurnya aku mahu hubungan yang konkrit, jelas matlamat dan menyokong aku.
Dan Ben memenuhi semua kriteria itu.
YOU ARE READING
Adi
General FictionPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...