Bunyi notifikasi membuat aku mencapai telefon secepat mungkin. Sayang sekali text tersebut bukanlah sesuatu yang aku tunggu."Haish, SMS peringatan COVID dari MKN rupanya..." aku mengeluh kecil.
RM0 Tahniah rakyat Malaysia. Kita berjaya mencapai 95% penduduk dewasa dan 62% remaja yg telah divaksinasi sepenuhnya. Terus patuhi SOP & amalkan norma baharu.
Telefon diletak kembali ke sisi. Selang beberapa saat, bunyi notifikasi kembali berdenting.
Banyak pulak nasihat dan peringatan dari MKN ni...Eh?
+ Salam.
+ You free?
+ Mak nak call you.Text dari Adi membuatkan dahi aku berkerut. Seketika kemudian telefon berdering dengan paparan nama 'Emak' di skrin.
*****
"3 peket, sepuluh". Emak mengganguk tanda faham akan harga yang ditawarkan. Tangannya cekap memilih peket-peket kecil dalam bakul merah yang bersusun di depan mata. Aku yang duduk di sebelah emak turut mula memilih beberapa peket untuk diri sendiri.
"Itu belida, tak berapa sedap. Yang ini lebih sedap" emak menghulur sepeket kepada aku.
"Ni ikan loma. Setahu emak ikan ni cuma ada kat sungai sini je. Datang dari arah hulu terus ke tasik sebelah ni" emak memberi penjelasan.Aku menyambut peket ikan pekasam Tasik Raban yang cukup popular itu dari tangan emak.
Sekarang aku faham dari mana Adi warisi sifat suka berkongsi ilmu dan eksplorasi alam.
"Hulu tu... tahu ke arah mana?" Adi yang dari tadi hanya diam memerhati 'bonda-bonding' antara aku dan emak kemudian bersuara.
"Hulu Perak tu... Gerik,kan?"
Heh! Salah hari lah nak acah main soal kuiz geografi dengan aku!Adi terdiam, mungkin terpegun dengan general knowledge aku.
"Hani dah pernah sampai sana?" emak juga seolah impressed dengan jawapan aku tadi.
Aku hanya menggeleng perlahan. Tasik Raban juga baru pertama kali, apatah lagi mahu ke Gerik!
"Esok mak nak habiskan masa dengan Mak Long Yong. Kalau Hani nak pergi, si Hadilla ni boleh bawa".
Adi pandang aku. Aku pandang Adi. Kemudian kami sama-sama pandang emak.
"Serius mak?" Adi meminta kepastian.
"Pergi lah bawa Hani jalan-jalan" emak angguk memberi keizinan.
Adi senyum dan aku pula dah tersengih tunjuk gigi.
*****
Pemandangan gunung dengan hutan menghijau membuat aku senyum sepanjang jalan. Kami baru melepasi pekan Lawin menuju Gerik.
"Dari tadi senyum... tak penat ke?" Adi yang memandu di sebelah ketawa kecil. Suka betul dia dapat mengusik aku.
"I menikmati pemandangan, okay... bukan senang nak dapat peluang explore tempat macam ni" aku membalas, tak mahu kalah.
"Kalau setakat tengok pemandangan dari dalam kereta, explore mende...." Adi ketawa lagi tapi tak lama kemudian dia diam bila melihat wajah aku yang dah mencuka.
"Kalau you nak explore... let's explore..." bersungguh pula dia kali ni. Entah apa yang difikirkan dalam kepala dia tu...
*****
Aku betul-betul teruja ketika kereta merentasi tasik yang membiru di sebelah kanan dan kiri jambatan.
YOU ARE READING
Adi
Fiction généralePernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...