"Aku tahu aku jauh. Sebab tu aku cuba bahagi masa pada dia. Text... Facetime... dan haritu aku gigih usaha drive tujuh jam dari Penang ke JB semata-mata nak jumpa dia.. ingat nak buat suprise..."
Suara aku dah meninggi. Ini semua gara-gara Amy bagitahu Hani merajuk dengan aku sebab tak turun JB.
"Tapi... aku pulak yang dapat suprise... sampai area rumah, aku nampak dia baru turun dari kereta mamat mana ntah. Aku suspek, si Ben tu".
Aku luahkan isi hati.
Sedih. Marah. Kecewa.
Broken beb!!"Kau kawan aku.. Hani pun kawan aku... Ben tu pun kawan aku..." Amy memang tidak mahu berpihak pada sesiapa.
"Tapi aku rasa kau patut tanya Hani kenapa dia naik kereta dengan Ben. Kot kalau itu memang Ben la..." Amy cuba merasionalkan aku.
"Amy, dulu Hani dengan Shah... lepas tu dia pilih aku sebab dia tengah broken... kau bagitahu aku, kalau kalini dia pilih lelaki memang tindakan paling wajar?" Aku tak perlu dirasionalkan sebab aku sentiasa pilih fakta yang relevan!
Perempuan, cuma perlukan orang macam aku bila hati dia hancur dek lelaki. Tapi, sampai satu tahap, hati aku pula yang hancur dek perempuan yang meninggalkan aku dan memilih untuk bersama seorang yang bergelar lelaki.
Fitrah.
Agama.
Anak.
Stigma.Pilih lah. Semua jawapan di atas tiada satu pun salah.
*****
+ Adi, balik pukul berapa?
Text dari Rose di petang hari mengundang kepelikan.
+ 6 sampai rumah. Kenapa?
+ Masak sedap ke? 😋Kadang Rose masak, so aku tumpang rezeki langkah kanan.
+ Tak lah! 😅
+ Ada tetamu datang rumah harini.Uiks? Tetamu? Kawan si Rose ke?
+ I singgah beli makanan sikit lah petang ni. Nak apa?
+ Set tomyam untuk 4 orang, tau!
Tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, daging merah, dan sambal belacan. Fuhhh!
+ Okiedokie! 👌
*****
"Macam mana boleh lepas?" aku pandang dia yang sedang duduk di sebelah.
"Mohon surat polis, urusan kerja. Amy tolong" dia jawab perlahan.
"Gigih datang..." aura merajuk aku masih belum surut.
Beberapa detik berlalu namun dia masih berdiam diri. Amy dan Rose dah hilang masuk ke bilik masing-masing lepas makan tadi.
Aku tunggu lagi kot dia nak bukak mulut membidas aku...
Dengan tiba-tiba dia berdiri lalu menarik tangan aku. Aku yang kaget terus melangkah membontoti dia menuju ke arah bilik.
Pintu di tutup, punat kunci di tekan.
"You salah faham pasal I dan Ben".
Hani buka mulut tapi pandangan tajam mata dia jelas menunjukkan dia marah pada aku.Hani dan Amy datang rumah petang tadi. Rose pun dua kali lima bersekongkol dengan budak berdua ni. Pendek cerita, Amy jelaskan pada Hani yang aku memang datang JB nak jumpa dia... kemudian terserempak insiden Hani dengan Ben... Hani yang dilanda rasa bersalah minta bantuan lalu Amy guna taktik kotor minta surat pelepasan rentas negeri untuk dia dan Hani - semata-mata nak datang pujuk aku.
Sesungguhnya aku terharu atas kegigihan Hani dan Amy...
"Yang you tak jelaskan awal-awal, kenapa? Sejak bila you tak reti selidik, aci redah bawak diri merajuk macam ni?" panjang pulak serangan bebelan Hani tepat ke muka aku.
Tup!
Hani tekan suis lampu dan serta merta keadaan bilik jadi gelap. Ye lah, dah nak dekat pukul 9 malam.Hani tolak aku perlahan ke arah katil. Dalam samar, aku nampak Hani melucutkan pakaian.
Dia bogel, gila!!
Aku dalam dunia khayalan ke ni??Dia melangkah ke arah katil lalu berbaring di sebelah. Selimut di tarik menutupi dada, dan dia berpusing ke arah aku.
"Bukak aircond la.. panas, sayang" macam kena sihir, aku capai remote dan turunkan suhu sampai nombor 16.
Aku diam sekejap, memandang Hani yang bergulung dalam selimut, dan semestinya sedang tanpa seurat benang...
Jadi... patut tak aku bukak baju jugak ni?
YOU ARE READING
Adi
قصص عامةPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...