PROLOG

4.8K 177 39
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

Love is blissful but love is hurting.

---

Kotak yang berbalut dengan pembalut bercorak berbentuk hati dipandang sayu.
Sakit hati masih tersisa. Tapi rindu. Rindu dengan sang suami yang sedang menduakannya. Sekeping gambar dikeluarkan dari kotak itu. Gambar dimana dia dan lelaki tersebut mencipta kenangan semasa bulan madu mereka.

"Kenapa awak buat saya macam ni Alief, teruk sangat ke saya kat mata awak? Awak tak pernah jaga hati saya. Kalau berjanji sekelip mata je awak mungkir." dia menangis dan terus menangis.

"Kalau awak kata saya rampas kebahagiaan awak dari mama papa saya boleh terima,tapi bila awak kata saya rampas kebahagiaan awak dengan Ira,saya...saya tak sangka awak macam ni sekali." dia mengusap gambar yang berada ditangannya.

Tok! Tok!

"Isha aku masuk eh?" suara Nana menyapa telinga.

"Kejap aku tengah kemas meja." gadis yang dipanggil Isha membalas perlahan.

"Dah masuklah." Nana membuka pintu bilik tetamu dengan membawa semangkuk bubur dan air kosong. Tubuh kecil yang sedang duduk dibirai katil dipandang sepi.

"Isha kau makan eh? Aku bawa bubur ni. Kau sehari suntuk tak makan,nanti sakit." Nana meletakkan mangkuk bubur dan air tersebut di atas meja lampu. Isha menggelengkan kepala.

"Aku tak ada selera. Lagipun bubur tak sedap." Isha menolak. Nana mengeluh perlahan. Dahlah sehari suntuk tak makan dibuatnya pengsan macam mana?

"Tak kau tak boleh macam ni." Nana menggelengkan kepala. Mangkuk bubur di atas meja di ambil. Dia mengambil sesuap dan meniup kemudian dihulur kepada Isha. Isha menolak lagi.

"Aku taknak." Isha membalas dengan suara serak basah.

"Cuba kau cakap dengan aku kenapa kau macam ni? Aku ada kau boleh share dengan aku." Nana menatap mata Isha lama.

"Aku tak kuat Na...kenapa semua orang nak buat aku macam ni? Ummi abi tinggalkan aku. Sekarang? Alief pun? Kenapa dia buat aku macam ni Na? Kenapa?" Isha kembali menangis dan terus menangis. Nana mengusap belakang badan Isha memberi kekuatan.

"Kau kena kuat Isha. Aku tak suka. Ummi abi tinggalkan kau. Alief tinggalkan kau. Tapi aku? Aku sentiasa ada dengan kau. Ingat ni." Isha menatap mata Nana lama lalu memeluk tubuh kecil Nana.

"Aku dah banyak susahkan kau, aku banyak susahkan abang Adrian. Aku dah banyak susahkan mama dengan papa. Aku dah buat keputusan Nana." Nana mengerutkan dahi.

"Keputusan apa ni?" Nana menyoal.

"Aku nak tuntut cerai dengan Alief dan aku nak keluar dari rumah mama papa." Isha membalas.

"Isha ap..."

"Aku taknak susahkan diorang dah. Aku dah cukup susahkan orang lepas kematian ummi abi. Aku nak duduk rumah aku balik. Aku tak kira." Isha memotong. Dia segera bangun dari duduknya.

"Apa kau cakap ni?" Nana menyoal.

"Kau tak kesian kat mama papa kau?" Isha menggelengkan kepala.

"Bukan macam tu. Aku cuma nak ketenangan." Isha membalas.

"Hati ni."

"Dah cukup sakit untuk hilang orang lagi. Sakit sangat." Isha mengambil kotak tadi segala gambarnya dan Alief di ambil dan dikomotkan.

"Isha, stop." Nana menarik Isha dalam pelukan. Isha memberhentikan kerjanya.
Dia menangis lagi.

"Aku tak sanggup Nana..." Isha berkata dalam keadaan lemah.

"Walau macam mana pun kau sakit hati, tapi kesihatan kau mesti dijaga. Kau sakit aku orang pertama paling risau." Nana membalas. Isha memandang muka sepupunya itu.

"Aku..."

"Kau apa?" Nana menyoal.

"Aku lapar." Isha tersengih kecil. Nana tersenyum melihat sepupunya.

"Dah jom makan bubur tu,aku tau kau lapar dari tadi lagi." Nana menarik tubuh kecil itu dan di dudukkan dibirai katil semula.

"Nah makan." Nana menghulurkan mangkuk bubur tadi. Isha menggeleng.

"Suap." Nana menggelengkan kepala sambil tersenyum kecil.

"Come, buka mulut." Nana menyuakan bubur kepadanya.

'Mulai harini aku taknak kenal siapa Muhammad Alief Ar-rayyan dalam hidup aku.' kata hati Isha berbicara.

"Hey, Isha buka mulut." Isha tersedar dari lamunannya.

"Hehe sorry..." Nana hanya menggelengkan kepala. Isha memegang tangan Nana yang sedang meniupkan bubur lagi. Nana memandangnya.

"Thank you." Isha membalas sambil tersenyum.

"Sama-sama." Nana membalas dan menghulurkan suapan lagi.

'I hate you Muhammad Alief Ar-rayyan'

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now