BAB 33 : ALIEF AR-RAYYAN

679 51 8
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Abang lapar..."

Isha mengusap perutnya perlahan. Bibirnya dijuihkan. Alief yang baru sahaja mahu melelapkan mata perlahan-lahan matanya digagahkan untuk dibuka.

"Kenapa?" Alief terpisat-pisat bangun.

"Lapar..." sejak bangun dari tidur dari perutnya minta diisi. Tetapi dihiraukan memandangkan suaminya masih berkelakuan dingin.

"Tch," Alief berdecit kemudian kembali menutup mata. Isha yang perasan itu terus mengeluh lemah. Kepalanya masih terasa sakit tetapi dikuatkan juga bangun untuk mandi dan bersiap. Kalau Alief taknak layan dia, dia nak keluar sendiri!

"Huh..." Isha mengeluh. Kepalanya dipegang. Sakitnya ya ampun!

"Sakit." Isha merintih sambil memegang kepalanya. Tangannya berpaut kuat pada sinki bilik air.

Matanya dikelip-kelipkan bila terasa matanya mahu tertutup. Tangannya yang melemah jatuh mengikut beg pencuci muka yang tidak sengaja ditolak. Kepalanya terasa berat! Bagai ada batu yang menghentam.

"Woi, kau okay tak? Benda apa yang jatuh?" soal Alief dari luar. Automatik mata Isha yang hampir tertutup, terbuka. Mulutnya digagahkan juga untuk bercakap.

"O...okay." balasnya sepatah.

"Okay." Alief berlalu pergi. Isha mengetap bibir menahan geram.

Bukan nak tolong ke apa!

Baju segera dipakai dan keluar dari bilik air. Alief yang sedang tidur menelentang itu dipandang sekejap. Satu notes kecil dikeluarkan dari beg tangan.

Isha pergi makan, kalau abang bangun nampak Isha still takde dalam bilik. Isha dekat cafe bawah. Mwah love you, Isha mintak maaf pasal tadi.

Your lovely pretty wife >.<

Kakinya dibawa keluar untuk pergi ke kafe hotel. Kepala yang masih sakit dihirau. Perutnya minta diisi!

***

Isha tersenyum sendiri bila makanan mendarat masuk ke dalam perutnya. Sedap! Sakit kepala pun terus hilang.

Sedang ralit dia menikmati, tidak perasan ada seseorang yang sudah setia berdiri disebelahnya. Dengan laju pandangan dialihkan.

"Cik Farisha?" soal lelaki itu. Isha mengangguk perlahan dengan senyuman semanis yang boleh.

"Can I sit?"

"Duduklah, takde siapa nak halang pun." balas Isha lembut. Makanannya kembali dijamah. Lelaki tadi memanggil seorang pelayan dikafe itu untuk membuat pesanan.

"Cik Farisha datang sini dengan siapa?" soalnya sebaik sahaja pelayan tadi pergi. Isha mengangkat muka.

"Jangan bercik dengan sayalah doktor, panggil je Isha." ujar Isha dengan bibir dicebik.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now