MR ALIEF AR-RAYYAN
love is blissful but love is hurting.
---
"Hah?! Papa gila ke pa?" soal Alief dengan keningnya bertaut.
"I'm not crazy man," santai sahaja Dato' Ilham membalas.
"Tapi company mana papa?" soal Alief. Keningnya masih bertaut.
"Company arwah atok yang along handle, kamu jadi CEO, along turun pangkat. Dia yang nak sebab Kak Khayra kamu tu berisi lagi. Nak jaga bini konon." balas Dato' Ilham sambil menunggu reaksi Alief. Mulut Alief ternganga.
"Sumpahlah pa? Kak Khayra pregnant lagi? Laju along buat kerja. Putri baru 7 bulan kot." kata Alief dengan muka tak percayanya. Dato' Ilham cuma mengangkat bahu.
"Tapi pa, bagilah Alief habiskan diploma tahun ni dulu." pujuk Alief sambil matanya tak lepas memandang Dato' Ilham.
"Tu baru papa suruh kamu dengan Isha berhenti kolej lepastu kamu kerja,belum lagi-"
"Belum lagi suruh bagi aku anak buah cepat-cepat." sambung Adrian yang datang dari arah pintu dapur. Balang biskut dipegang erat. Mulutnya mengunyah.
"Kau ni tak menyakitkan hati tak sahkan?" Alief mengecilkan anak matanya memandang Adrian. Adrian mengangkat bahu.
"Papa sokong Ian," Alief membulatkan mata. Amboi Adrian pandai curi bapak orang buat geng. Adrian memandang Alief sambil tersenyum sinis. Aku menang!
Adrian membuat bentuk 'L' sambil menjelir lidah. Alief menjeling.
"Ouh lagi satu, ni rahsia kita bertiga je tau," kata Adrian tiba-tiba.
"Aku sponsor kau punya honeymoon, jangan bagitahu adik. Kalau tak aku pancung kau." sambung Adrian lagi.
"Woo sumpahlah woi!" Alief menepuk belakang badan Adrian kuat. Excited! Adrian yang masih lagi menguyah terus tersedak.
"Woi agak-agaklah nak aku mati ke gila?!" tengking Adrian.
"Maaflah aku sengaja." balas Alief. Mulutnya tersenyum sinis. Amik kau balasan suka kenakan aku.
"Aku tarik balik nak sponsor honeymoon kau." Adrian meneguk air yang dibawanya. Sakit tekak woi!
"Eleh, papa kan ada? Boleh sponsor aku punya honeymoon. Ye dak pa?" Alief mengangkat keningnya berkali-kali.
"Taknak papa sponsor, bayar sendiri." Dato' Ilham menyilangkan kakinya diatas kerusi. Alief ternganga. Bapak dia ke ni?
"A-"
"Aaa diam-diam, papa geng dengan aku. Bluekkk!" Adrian menjelirkan lidahnya lagi. Alief merengus geram. Ni baru dengan bapak mertua adik weh! Macam mana dengan bapak mertua sendiri?
"Papa..."
"Pergilah pujuk Adrian tu balik, pandai buat pandai tanggung." Dato' Ilham mengangkat kaki masuk ke rumah semula.
"Weh Adrian, jangan dho macam ni. Tak baik weh, buruk siku!" Alief cuba memujuk.
"Kisah apa aku." Adrian mengalihkan pandangan. Satu biskut marie dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyah. Nyum!
"Weh, Adrian...aduuu bodohlah."
"Ha mencarut,"
"Kau pun dua kali lima."
"Ha k, baru nak sponsor balik honeymoon kau. Takpelah tak jadi balik." Adrian bermain tarik tali. Alief membulatkan mata.
"Eyy tambi, betul-betullah." Alief menggepal penumbuk.
YOU ARE READING
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]
RomanceStatus : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan...