BAB 18 : ALIEF AR-RAYYAN

748 58 16
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Nana!" laung Puan Shahidah kuat. Nana yang baru sahaja mahu terlelap terus bangun dari baringnya dan menuju keluar dari bilik. Dipandang malas Puan Shahidah.

"Mana surat tanah rumah pakcik kau yang dah mampus tu?" soal Puan Shahidah dengan muka tegangnya. Nana mengangguk.

"Bak sini, aku nak jual tanah tu bila sepupu kau tu dah keluar dari rumah tu ikut laki dia." ujar Puan Shahidah berserta muka tegangnya. Mata Nana mengecil memandang muka Puan Shahidah.

"Ibu...ibu boleh tak kalau tak kacau kebahagiaan orang? Isha tu dah takde ummi abi dia ibu. Dosa aniaya anak yatim." rayu Nana dengan muka meminta simpati ibunya supaya tidak melakukan demikian.

"Kau mak atau aku mak? Kau jangan cakap dengan aku dosa pahala lah! Ambil surat tanah tu sekarang!" tengking Puan Shahidah. Bahu Nana terhinjut.

"Nana taknak ibu merangkak cari Isha kat akhirat nanti ibu, dosa aniaya anak yatim berat ibu." Nana mula menitiskan air mata. Matanya yang mula memerah menatap anak mata Puan Shahidah. Tiada tanda-tanda mahu mendengar rayuannya. Nana mengeluh pasrah. Berdosanya dia menolong ibunya sekarang.

Kakinya melangkah ke bilik semula untuk mengambil segala surat tanah yang dicuri masa hari perkahwinan sepupu rapatnya.

"Kau nak pergi mana?" soal Puan Shahidah. Giginya diketap. Nana memusingkan badan semula.

"Ambil surat tanah yang ibu minta lah, penat dah Nana merayu kat ibu macam-macam ibu taknak dengar. Nana ikutkan saja. Nana dah penat." balas Nana malas. Ikutkan hati mahu sahaja dia memberitahu rancangan ibunya ini kepada Isha. Tetapi sudah diberi amaran awal-awal lagi.

"Bagus, ambil sekarang." Puan Shahidah menayang senyum sengetnya. Nana membuka langkah semula ke biliknya.

Laci dibuka perlahan. Air matanya jatuh. Rasa terkilan dengan perbuatan ibunya. Rasa berdosa kerana sudah menganiaya sepupunya sendiri, sepupu rapat. Rasa berdosa menganiaya anak yatim piatu. Sampul coklat yang berada ditangannya diganggam kuat.

"Aku janji, aku janji akan perbaiki dosa aku dekat kau lepas apa yang aku buat ni Isha. Aku janji." ujar Nana sendiri. Bibir dikemam menahan sebak.

"Putri Khairinna! Cepat sikitlah! Kau nak suruh aku jadi tunggul kat sini ke bodoh!" laung Puan Shahidah dari luar. Nana mengelap air matanya dari menitis lagi. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

'Maafkan aku Isha. Aku berdosa sangat-sangat dengan kau.'

Kakinya melangkah keluar.

"Nah, ambillah." Nana menghulur sampul coklat tadi. Laju Puan Shahidah merampas dari tangan anaknya. Dibuka dan diteliti satu persatu helaian surat tanah tersebut. Bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Lepasni, aku takkan malu lagi dengan adik beradik aku yang lain kata aku miskin." kata Puan Shahidah suka. Nana mengemam bibir. Sakitnya hati memandang ibunya yang bersuka ria menggunakan harta orang lain untuk kepentingan diri. Harta anak yatim piatu.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now