BAB 9 : ALIEF AR-RAYYAN

881 88 49
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Yuhooo! Cuti!" jerit Isha gembira. Datin Zira  yang sedang memasak memandang pelik Isha. Dahlah baru balik dari kolej, pastu menjerit macam gorilla. Siapa tak fikir pelik?

Datin Zira melangkah ke arah Isha yang baru hendak menaiki tangga.

"Isha kenapa jerit tadi? Mama tengah masak pun terkejut." soal Datin Zira sambil mukanya masih berkerut. Isha tergelak.

"Taklah mama, Isha cuma gembira! Cuti sem hehe." balas Isha sambil tersengih. Datin Zira menggelengkan kepala. Entah apa-apa jelah.

"Jangan gembira sangat, esok petang ikut Ray keluar beli baju nikah. Papa dengan mama dah bincang, Ahad minggu depan korang nikah terus. Baju tu mama dah tempah, cakap je dengan orang tu nanti." ujar Datin Zira. Isha yang dalam mood happy nya terus mencebikkan bibir.

"Tak awal sangat ke mama?" soal Isha ragu-ragu. Bibir masih dicebikkan.

"Isha sendiri yang cakap ikut keputusan mama, dah jangan banyak cakap, ikut je." balas Datin Zira selamba.

"Ish mama ni! Yelah-yelah." Isha membuat muka merajuk. Datin Zira melangkah ke dapur semula.

"Isha pergi naik mandi, mama ada masak ketam masak lemak cili api. Your favourite cake  pun ada. Kalau lambat mama habiskan cheese cake tu!" jerit Datin Zira dari dapur. Isha membulatkan mata. Tak boleh jadi ni! Kaki Isha terus berlari menaiki tangga.

'Tersembam ke apa lantak lah janji mama tak makan cheese cake aku!'

Datin Zira menggelengkan kepala melihat telatah Isha sebelum bibirnya melorek senyuman.


***

"Alief, you tak nak tarik balik ke rancangan you ni?" soal gadis yang duduk berhadapan dengan Alief di cafe berdekatan dengan rumah Isha.

"I tak tahulah babe, I macam kesian kat dia. Tapi I nak teruskan rancangan kita ni. Dah tak boleh patah balik dah hampir berjaya dah." balas Alief. Gadis itu mencebikkan bibir, kalau boleh dia taknak ikut rancangan gila Alief ni.

"Belum terlambatlah! You dapatkan wasiat parents dia? You ada kaitan dalam wasiat tu! Memang kahwin paksa, tapi last-last boleh happy kan? Kenapa you nak buat rancangan gila ni juga?" soal gadis itu lagi. Alief menggelengkan kepala.

"You tak faham I Ira, I serabut." balas Alief sambil meraup muka.

"Apa yang I tak faham you? Cuba you cakap?" soal Ira mendatar. Alief mengeluh perlahan.

"I takut I tak bahagia Ira,"

"I takut semua kecewa dengan I bila I kahwin dengan dia tanpa rasa cinta tu." balas Alief. Ira mendiamkan diri.

"You buat rancangan gila ni, I lagi kecewa dengan you tau tak!" muka Ira merah padam menahan amarah. Dia taknak terlibat!

"Ira..."

"Cinta boleh dipupuk selepas kahwin Alief, bercinta selepas nikah I jamin boleh bahagia,"

"Please stop rancangan gila ni." Ira mengeluh. Sesak nafasnya bila bercakap dengan orang tak ada otak ni.

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now