BAB 10 : ALIEF AR-RAYYAN

952 83 32
                                    

MR ALIEF AR-RAYYAN

love is blissful but love is hurting.

---

"Hah?!"

Isha menurunkan tangannya dari menggomol pipi Arief. Matanya memandang Alief dan Arissa silih berganti.

"Arief, anak Alief yang ada kat sebelah awak sekarang ni." ujar Arissa tanpa rasa bersalah.

"Arissa, you-"

"I need your explaination." ujar Isha pendek. Dia terus menolak troli yang penuh berisi barang dapur beredar ke kaunter. Perasaannya bercampur aduk. Alief memandang tajam Arissa sebelum kakinya laju mengejar Isha yang sudah jauh.

Tangan Alief merentap pergelangan tangan Isha yang berlapik. Merah. Ya merah. Muka Isha mula berubah merah. Matanya yang berair cuba ditahan.

"Kau okay?" Alief-Alief, soalan bodoh juga kau tanya kan?

"Saya ok, saya nak balik sendiri. Awak tak perlu risau." Isha membayar semua barang dapur Datin Zira. Air matanya masih cuba ditahan.

"Jangan buat hal Isha...aku boleh terangkan. Kau jangan memandai nak balik sendiri." pujuk Alief dengan nada membisik. Isha menggelengkan kepala. Beg plastik yang berisi barang dapur dicapai dari kaunter. Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada cashier tersebut sebelum melangkah pergi.

"Saya boleh balik sendiri, awak nak balik dulu baliklah. Bawa barang mama ni." Beg plastik bertukar tangan.

"Isha..."

"Dah jangan cakap apa-apa dah. Awak boleh pergi, nanti saya balik juga." Isha membuka pintu teksi yang ditahannya. Alief menarik tangan Isha jauh dari teksi tersebut.

"Alief! Dahlah jangan buat perangailah kat public ni!" Isha menarik tangannya lagi.

"Aku ke kau yang buat perangai?! Jangan cabar kesabaran aku Isha. Kau nak penjelasan aku boleh bagi tapi please lah jangan buat hal!" tengking Alief kuat. Isha tersentak. Bahunya terhinjut kerana tengkingan tadi. Orang yang lalu lalang mula memandang mereka berdua.

"Mama risau nanti! Aku boleh jelaskan semuanya!"

Isha menghiraukan tengkingan Alief. Isha berlari ke arah teksi tadi. Pintu dibuka dan meloloskan diri masuk. Alief yang memanggil-manggil namanya dihirau. Alief meraup muka.

***

Masuk sahaja Isha ke dalam teksi tersebut, air mata yang ditahannya serta merta jatuh. Kenapa dengan dia ni?

"Kamu nak kemana?"

"Perumahan Taman Malawati..."

'Kenapa aku kena menangis sebab Alief, kenapa aku rasa sakit? Ya Allah...'  Isha teresak-esak menangis. Pemandu teksi yang agak berumur tadi mula membuka mulut.

"Kamu okay ke nak?" soal pakcik itu. Isha cuba mengelap air matanya. Mulutnya mengukir senyuman tawar.

"Saya okay sahaja pakcik." balas Isha pendek. Pakcik tersebut menggelengkan kepala.

"Nama pakcik, Pakcik Gani. Kamu boleh cerita masalah kamu dekat pakcik. Pakcik boleh dengar." ujar Pakcik Gani sambil memandang Isha sekilas dari cermin pandang belakang.

"Nama saya Isha pakcik. Macam mana pakcik tahu saya dalam masalah?"

"Pakcik tau kamu dalam masalah, mesti dengan lelaki hensem tadi bukan?" soal Pakcik Gani lagi. Isha mencebikkan bibir. Hensem konon! Bluek!

MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD]Where stories live. Discover now